CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 May 2012

Rich Blueberry Muffin


Salam,

Mood baking dah datang. Hehe..... mood memasak makanan ruji ke laut. Yeahhhhhhaaaa.....
Kali ni buat muffin kurang manis... utk mak bapak ada blueberry dan untuk anak, takda filling. Kali ni amik resepi simple yg amat tapi hasil yg marbeles dari Che Mat Gebu.

Tapi yang bestnya si Qistina sukaaaa sangat yg ada blueberry. Bila masa dia p amik yg ada tu pon tak tau la. Yang dia punya tu tak nak lak. Sabooooo je la. Aiii pemanis sungguh anak den ni.



Resepi kopipes : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
130 g mentega berkualiti
125 g gula halus
3 biji telur gread "B"
250 g tepung gandum*
10 g susu tepung*
15 g baking powder*(*disatukan dan diayak)
130 ml susu sejat "IDEAL"
1 camca teh esen vanilla
Bluebery filling secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu antara 1 biji telur ialah 1 minit.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi berselang seli dengan susu cair, hingga habis dan di akhiri dengan esen vanilla. Putar hingga rata.
  4. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 1/2 penuh dan sudukan 1/2 camca teh blueberry filling, tambah sedikit lagi adunan. Buat hingga siap.
  5. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan turun kan suhu kepada 180C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sejukkan sebelum dihidang untuk minum petang...Menghasilkan kurang lebih 20 biji muffin bergantung pada saiz muffin cup yang anda gunakan..




No comments: