CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

12 May 2012

Chilled Oreo Cheesecake

Salam.

Ini kali pertama cubaan daku nak buat chilled cheesecake. Pilihan hati guna biskut oreo sebab stok biskut dah ada. Cuma tak terbuat sampai la selasa lepas sebab takde gelatin. Pastu p cari gelatin halalgel kat Giant. Alhamdulillah ada. Terima kasih kawan2 yg kasi info. Ai ni susah sket nak percaya bab tanda halal yg tak terkenal ni. Pastu permintaan encik suami lak nak makan cheesecake. Bahan2 semua ada kat store. Apalagi ku godek2 sampai la jumpa 1 resepi ni. Tapi resepi ni byk dah daku olah sesedap citarasa daku la. Hehe.... lain org lain citarasa kan. Daku tak suka telur..nanti rasa berlemak sgt. So dapat la kat sini. Basic resepi tu aku amik kat situ. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.


Pandangan atas... takdak topping
Sudah potong dan diletak topping



Okeh kat sini meh daku share resepi olahan daku lak. :) Kalo ada yg sudi nak cuba, silakan la. InsyaAllah bagi yg tak berapa gemar manis2 ni bole la guna resepi ni.

Resepi asal : Chilled Oreo Cheesecake
Olahan : Sima


Chilled Oreo Cheesecake

Bahan-bahan
- 250G cream cheese
- 40G Gula Halus
- 70G/2.5Oz Air panas
- 1/2 tsp Esen Vanilla
- 130ml/4Oz Whipped cream. ( Nik guna whipped whipping cream
- 1 tbsp gelatin
- 5 keping biskut oreo
- Lebihan cream base biskut oreo

Bahan Base
- 100G Biskut Oreo dibuang krim
- 50G butter dicairkan

Cara-cara Base
1) Tumbuk/Blend biskut oreo hingga halus
2)Gaul dgn butter yg dicairkan hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang dan tekan hingga padat
3) Sejukkan dalam peti sejuk sementara membuat filling

Cara-cara cream cheese filling
1) Masukkan gelatin ke dlm air panas yg disukat. Kacau hingga larut. Ketepikan.
2) Pukul cream cheese, gula dan vanilla sehingga sebati. Masukkan lebihan cream oreo.
3) Masukkan whipped cream, kacaau secara lembut.
4) Masukkan gelatin, kacau sebati secara perlahan.
5) Masukkan chopped biskut oreo ke dalam adunan. Tuang adunan ke atas base.
6) Sejukkan selama 4 jam.




No comments: