Salam.
Selesa lepas request daku kepada encik suami buatkan pizza. Tapi cam biasa la resepi dari internet gak. Resepi ni dah berkali2 buat. Hehe.... sedapppp. Topping lak buat byk2 sampai melimpah ruah. Hehe..... kitorg suka yg jenis nipis. Sebabkan takde tempat nguli yg besarrrr so buat takat mane yg ada je la..
Gambar sempat snap sekeping ajo sebelum semua abes. Daku ni penggemar pizza. Suka order dari domino cepat tangkas dan sodap. Tapi memandangkan ongkos membeli pon bosar, mari kita berjimat. Buat ikut sedap dan letak cheese byk2. Sebab dah malam dan daku dah naik berat berkilo2, maka cheese tu limited edition la plak ( sebenarnya en somi yg nak diet ). Apa pon masakan beliau ada kelas tersendiri. Ececece sapa lagi nak puji kalo bukan bini dak gitu? Hehe......
Nak tepek gak resepi kat sini. Kopipes dari MYR kecuali gambar tu fresh from my oven. ::
Air tgn en somi. Overloaded pizza |
Resepi asal: http://www.myresipi.com/ top/detail/3195
Bahan-bahan ( loyang 11" )
** Untuk doh pizza **
200g / 2 cawan tepung gandum
20g / 2 st yis segera
3g / 1/2 st garam
5g / 1 st gula
10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
1/2 cwn air suam untuk menguli
** Untuk sos pizza **
1 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato - cincang halus
2 sb minyak masak
3 sb tomato puri
2 sb sos tomato
3/4 st gula
1 st oregano
garam & gula
** Untuk Topping **
Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
Lada benggala hijau atau merah, tomato
Cendawan butang, bawang besar, nenas
Keju untuk pizza
Cara-cara
** Untuk doh pizza **
Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.
** Untuk sos pizza **
Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.
No comments:
Post a Comment