Salam.
Lama tak update. Hehe..... hujung minggu lepas Qistina ada follow up kat DEMC utk sakit dia baru2 ni. Alhamdulillah makin sihat. Kahak takde.. batuk2 takde dan demam pon takde. Syukur sangat dan hari tu jugak amik cucuk last jab utk pneumococcal... tak demam pon. Hehe... asek dok tunjuk je tempat dia kene cucuk. Kesian tengok... sabar la anak. Untuk kebaikkan. Nanti bulan depan cucuk lagi ye. Kali ni utk jab wajib lak. Patut nak cucuk waktu check up tu. Kebetulan dia sakit lak so postponed la ke bulan depan.
Ok la Ahad lepas buat roti multigrain utk Qistina dan en somi. Sebenarnya ni dah kali ke-2 buat. Ni buat byk2 sket request dari en somi. Suka sangat makan roti. Nak buatnya senang ajo. Roti jenis ni tak gebus ya sebab byk serat dia lebih berat dan cepat kenyang. Gambar tak sempat nak snap sebab asek dok kejar masa je. Huhu...... sempat snap gitu2 jer...
Ini first time buat |
Rasa dia sedappppppp... hehe.. resepi amik dari buku yg disambar kat warewolf sale dulu. Berbaloi2 beli. Banyak buku resepi daku rembat. Ada berapa kerat je guna. Hehe.... Kali ke-2 ni daku buat bun utk separuh adunan separuh lagi buat loaf macam yg kat atas tu.. Bun terover masak sket tapi loaf tu ngam2..ngeee.... bakar semua sekali gus tu la jadinya. Hehe.... yang utk ke-2 ni daku ada masukkan flax seed dan rasa dia jadi lebih sedap.
Ini bun overcooked.. rasa tetap sedap |
Nak tepek resepi kat sini lak.
Resepi asal : Easy Home Baking oleh Carole Clements
Multi grain bread
Bahan2 (1 loaf)
1/2 sudu kecil yeast
1oz air suhu bilik
35g rolled oat
225ml susu
1 sudu kecil garam
1oz minyak
27.5g gula perang
1 sudu besar madu
1 biji telur dipukul sedikit
15g wheat germ
260g wholemeal flour
210-245g tepung roti
1/2 sudu kecil yeast
1oz air suhu bilik
35g rolled oat
225ml susu
1 sudu kecil garam
1oz minyak
27.5g gula perang
1 sudu besar madu
1 biji telur dipukul sedikit
15g wheat germ
260g wholemeal flour
210-245g tepung roti
Cara2
1) Campurkan yeast dengan air, kacau dan biarkan selama 10 minit dan berbuih.
2) Masukkan susu, minyak dan oat kacau biar sebati. Masukkan campuran yeast dan kacau.
3) Kemudian masukkan gula, madu, wheat germ, telur dan wholemeal tepung. Kacau atau uli sampai menjadi ala2 doh kasar.
4) Alihkan doh ke tempat menguli dan mula uli sambil tambah tepung roti sedikit demi sedikit sampai menjadi doh dan tak melekat di tangan. Adunan ni agak2 dlm 500 gram keseluruhan tepung + wholemeal tepung.
5) Letakkan doh dlm bekas yg dah digris dengan minyak sehingga naik 2 kali ganda dan tutup dengan kain lembap atau cling wrap yg digris dengan minyak juga. Agak2 dalam sejam setengah ke dua jam utk doh naik 2 kali ganda.
6) Selepas naik dua kali ganda, keluarkan doh dan tumbuk2 utk keluarkan angin. Kemudian bentukkan ke bentuk yg digemari dan masukkan ke dlm loaf pan/ pan.
7) Tunggu 45 minit utk doh naik sekali ganda dan bakar dlm oven suhu 190 darjah selama 20 minit.
No comments:
Post a Comment