CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

04 April 2012

Qistina 1 tahun 6 bulan

Salam.

Hehehe.... alhamdulillah dah setahun 6 bulan Qistina pada 2 April 2012. Membesar bagai johan! :) dan masih lagi menyusu dengan jayanya. Alhamdulillah... dapat Master in Breastfeeding. Moga penyusuan dapat diteruskan hingga ke PHD. Ada 6 bulan lagi. Nak kene tempuh waktu berpuasa gak ni. Moga2 dipermudahkan. Amin.

Perkembangan dia.. macam kanak2 lain juga alhamdulillah. Sekarang dah ajar mkn rempah ratus. Kari bagai tu... selera tok sah cakap la. Perut dah sendat still nak mkn lagi tu. Huhu... pasal ni mmg sangat merisaukan. Kene kontrol kalo tak perut tu. Ayorkkkk.... Pantang ada makanan ada atas meja. Laju jer dia nak p makan. Letak bungkusan makanan wajib la kene korek. Kalo kene marah kemain lagi muka tu sedih sgt. Ish ish... kamu buat ibu cairrrrrrr... hehehe... comel je tgk nangis sedih tak le mkn. Kih kih kih.. suka sakat Qistina. Semalam ibu MC. Seharian dok bermain dgn Qistina. Apa lagi amik peluang la kan menyusu tanpa henti. Kalo ibu bangun nangis kan. Kesian dok main sorang2. Pagi ni excited nak bermain dgn kawan2 lak.

Dah sangat faham apa yg ibu dan ayah cakap. Sudah pandai menyuarakan ( dengan bahasa jerman dan badan dia ) apa yg mau. Suka sangat bergurau dan berkawan. Pandai memujuk ibu bila ibu marah. Sudah mau bermain2 dengan ayah. Pandai berdoa utk mkn dan naik kereta. Hehe... sungguh cepat terasa masa berlalu. Baru je terasa seperti baru melahirkan Qistina. Teringat2 ketika Qistina tak tahu apa2. Skrg perkembangan Qistina sgt pantas. Risau ibu lak tak terkejar. Moga Qistina menjadi anak yg baik, hamba ya taat kepada Allah S.W.T dan org yg berguna di masa hadapan. :)




3 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

comel :)

Sima said...

Syukur pada Allah S.W.T. Hehe... terima kasih izwa. :D

Norazrani Maamin said...

tembam btul die nie..geram untie..

semoga membesar dgn sihat sayang..muahhhh