N3 panjang kali ni bercerita pengalaman aku menyusu ketika berpantang. Sedia maklum kan N3 sblom ni aku da ada sikitttt cabaran nak meyusu exclusive ni. Ya.. aku da niat di hati nak menyusu Qistina secara exclusive a.k.a tiada campuran susu lain dan air serta lain2. Disebabkan kurang ilmu, byk gak le cabaran yg tak dpt ditepisss piss pis..
Tdo kekenyangan selepas minum susu ibu :) |
Hari pertama bawa balik Qistina, Alhamdulillah semuanya elok2 ja. Aku pon da tenang. Tiada gangguan sekalian alam. Haha... Sbb da bersalin kat private hospital kan lagi la yg bukan BF hospital, time nak balik tu mmg byk la saguhati diberi. Paling best dpt 3 TIN SUSU TEPUNG. haaaa... da menduga aku tuhhh.. My Qistina kan sedia maklum mmg category big baby. Perut dia awal2 lagi da kene sombat dgn FM nih.
Mlm pertama kat umah mak aku, Qistina asek menangis je. Ye la lg pon aku kan lambat dpt nak stimulate susu tu. Sehari lepas bersalin baru bole stimulate. Huhu.. Mlm tu pon aku mengalah leee.. kasi 2oz ke 1oz FM ( haku lupa daaa ). Senyap la si Qistina. yela da hadap FM bykkk. FM ni kan susu byk lemak kandungan dia sbb tu kene kasi air kalo minum FM.
Pastu start hari ke-5 dan seterusnya aku da let go FM selama-lamanya. Yeahhhhh!!! daku berjaya! Haha..gumbira tak terkata tapi pendam dlm ati je la kan. Sbb family yg lain2 bukan tau sgt pon pasal kebaikan susu ibu + info pasal susu ni yg bole simpan lama lama lamaaaa... Hehe.. Yg start fully breasfeeding adalah akak 2nd aku. Ye, siap guna pam manual lagi. Berjaya BF baby selama 10 bulan. Haaa...aku gunakan semangat yg dia tunjuk tu. Kalo org lain bole buat, insyaAllah aku pon bole jugakkk.. :D :D
Sudah melepaskan diri dari FM (*_^) |
Selama berpantang kat umah mak aku, mmg byk membantu aku memulihkan tenaga aku. Lagi pon mak aku tak bantah aku nak BF baby. Tapi bising sket sbb aku tak kasi langsung air. Aku ni kan keras kepala sket. Mmg da terkenal mak aku tak le nak buat apa daaaa.. Dan sepupu aku yg lagi tua lagi mak aku pon ada membantu sama. Time2 mak aku kene outstation sehari dua, dia la yg tlg selain adik2 aku 3 yg kecik tu bekerja keras menolong. Sepupu aku ni dok la bising tiap2 kat aku suh kasi air. Aku wat bodo je. Hehe.. tak jalan la kak.
Kalo mak2 sedara aku datang, kompom si bolat tecik tu kene sumbat dgn air. Huhu... kang aku melawan ckp aku ni melawan kata org tua. Kadang2 aku dok nyusu Qistina tanpa henti. Kebetulan lak si bolat ni mmg suka mengempeng!!! Da la kluar je da bolat bertambah bolat jadinya. Nak jadikan cerita, aku nampak le kuning2 sket kat area muka Qistina. Aku da risau kot2 la kene jaundice kan. Time tu hari ke-7, mlm tu en somi balik kl da.. Menanges berlagu lagu aku nak pisah. Cam la tak le jumpa langsung. Hehe.. manja tul. Pastu ckp kat mak aku, mami dia kata sket je nih. Takde papenya. Sebagai ibu kan mane la nak rilex. Gundah gulana aku. En somi suh bawak Qistina pagi esok ke klinik.
Esok pepagi aku ni bersiap la. Sekali mak aku ckp nnt la. Dia tgk schedule klinik tu dulu. Huhu.. tunggu la aku pon. Pastu lunch time aku pon bersiap sekali lagi, dan lagi mak aku kata nnt ptg la. Sbb da tak sempat dia berkejar dgn kije. So ptg tu aku siap2, mak aku pon siap2kan Qistina. Qistina lak asek tdo je. Lagi la aku risau kan. Biasa tak mcm tu. Biasa sgt susah nak tdo siang.
Sehari sebelum kejadian. Merengek mau susu ibu. |
Mlm lepas magrib pegi la klinik ibu dan anak. Klinik first pegi, pendaftaran da tutup time tu kul 8.30 mlm. Tensen da aku ni. Pegi la kat klinik lain, situ da daftar pe sume, tunggu la turn. Anak aku, sepupu aku pegang. Ini sepupu yg sama baya dgn aku. Kebetulan dia dtg, so temankan aku le. Time dok menunggu tu spupu aku tanya soklan cepumas : Wei anak ko mmg camni ke? ( tgn tergerak2 mcm nak slow to epilepsy. ) Waaa aku nak nanges time tu gak. Terus aku ckp tak pastu pegi kat kaunter ckp nak mintak jumpa doc, URGENT!! terus la masuk bilik doc, doc suh aku p emergency hospital besar sbb ckp ni tanda nak sawan ni. waaaa.. nanges aku time tu gak. terus mak aku pecut ke spital. nasib la dekat.
Sepanjang jalan aku nanges. Ye la weiiiii... sapa tak runtun hati tgk anak. Terus ke emergency, spupu aku tlg daftarkan. aku terus masuk tmpt kecemasan tu. sob sob.. nak nanges da ni sambil menulis. waaaa.... Doc wat diagnosis bagai la. Pastu Qistina meraung nak nenen. Kalo tak sblom ni asek tdo je. huhu... terus la aku susukan sambil lap2 air mata. Pom pang pom pang..(byk soal jawab la) terus kene admit. Waaa..lg aku sedey. Sampai je kat wad tu pakar kanak2 dtg check. Diorg suh aku tunggu luar sbb nak kene amik darah si kecik. Aku curi2 tgk, nanges2 anak aku. Huhu.. lagi la aku menanges. Pastu diorg panggil suh aku susukan anak. Mak2 sedara aku semua da berkumpul kat luar. Mlm2 buta kene berkejar ke spital sape tak risaukan. Da la satu2nya cucu pompuan. Kat wad tu ada bilik utk mommies yg tunggu anak diorg. so mlm tu aku tdo situ la. tapi aku tdo kejap je. Aku dok temankan anak aku le... da nurse2 kat situ suh aku berehat biar diorg jaga anak aku. Tapi ye la..mcm ne nak tdo aku runsingkan anak aku..wuwuwuw..
Tiap2 1-2jam sekali aku jenguk anak aku. Dah le tmpt anak dgn tmpt bilik si ibu tu jauhhh... Dgn dlm pantang lagi dgn czer lagi. Aku da tak pedulik da sakit aku tu. Yang aku tau aku mesti tunggu anak aku. Anak kesayangan ibu. Sampaikan kencing pon aku terlupa. Makan minum tak terurus langsung. Kat situ mkn minum disediakan tapi aku tak jamah langsung kecuali air je. Aku ni berharap sgt anak aku dpt discharge esoknya. Harappppp sgtttt...
Continue la next entry ya.. sgt panjang cerita ini.
No comments:
Post a Comment