Salam.
Kita berpuasa dah separuh bulan. Tinggal beberapa hari je lagi nak menyambut raya! Wahaha... ini daku tak sabo nak nunggu nih. Tapi kan rasa sedih gak le nak tinggal bulan yg mulia ni. Apa2 pon tak buat lagi! Baca Quran pon blom sempat. Huhu sedih!! Semoga hari2 yg tinggal ni daku dpt manfaat sepenuhnya. Amin. ( Telinga dah dok dgr lagu raya je ni ).
Oh...daku menyusu tapi puasa masih penuh. Alhamdulillah.. syukur sgt. :) Bajet2 nak capai tak yah ganti puasa nnt moga2 tercapai. Amin. hehe.... Ramai gak yg heran nape daku bole puasa lagi sedangkan daku menyusu. Diorg tanya tak penat ke? Tak dehydrate ke? Takde apa2 effect ke? Meh sini daku jawab. Allah tu Maha Pengasih..daku tak mengalami apa2 kesukaran setakat ni sepanjang ramadhan. Alhamdulillah syukur sgt. Ya mmg pernah sekali skip sahur tapi mmg takde effect. Badan masih sama cuma rasa lapar lebih sket. Tang tu takkan tak leh tahan kan? Dahaga? Opkos la dahaga. Wat pe org ckp puasa kalo tak bole tahan lapar dan dahaga? Ini daku punya badan masih lagi boleh bertahan. Bab menyusu lak susu daku ada sedikit effect la.. Effect kerana daku penat. Hanya penat saja wat susu daku drop. Tapi sampai skrg daku masih penat! Huhu...so mmg tiap2 hari penat la. Susu drop la 1oz utk setiap sesi. Byk wokeh!! Tapi daku masih lagi bole top up dgn stock yg dok pulun sebelum ni.
Ini la salah satu sebab kenapa aku nak wat stock. Bila time2 memerlukan sgt membantu. So aku tak risau aku tak stress! Maleh nak tambah penyakit. Hehe... skrg stok hanya bole buat bila ada lebihan. Kalo dulu bole la aku wat stock 18oz setiap minggu tapi bulan ni hanya dpt 12oz saja. Hmmm... takpe lepas ni pulun balik wat stock. Jgn risau jgn sedih. Kita bermunajat kpdNya. Usaha lepas tu tawakkal la. Tak mo la stress2 mcm awal2 zaman penyusuan dulu. Pengalaman mematangkan kita. Dak gitu? Hehe... so susu kering time puasa adalah mitos! Bagi daku itu semua mind set sahaja. Fikir kita boleh, positif baru la semuanya nampak best saja. Ada faham? Tak faham buat2 faham la ye.
Oh ya, sepanjang berpuasa ni daku hanya sekali membeli di bazaar ramadhan. Itu pon planning asal mmg nak mkn lauk dari bazaar shj tapi jadi lain cerita. Disebabkan rege kat param tu sgt la mahal then tak sedap lak tu. Daku pon rela hati masak la utk berbuka dan sahur. Ini lah punca penat daku. Kije + menyusu + pam + memasak + mengemas! Aiyarkkk nak jadi supermak!!!! Biasa daku masak sekali utk berbuka. Yes daku masak pagi hari time bersahur baru berselera sket. Pastu lebihkan utk ke berbuka. Nnt balik penat kije takde la nak bersilat kat dapur lagi. Hehe... en somi riang gumbira la dpt mkn kat umah. Mamat tu mane suka mkn kat luar. Membazir katanya. Huhu... teringin nak mkn buffet japanesse food. Best wooo... kadang2 time daku penat sgt en somi la masak. Itu pon masak nasi dan sayur aje. Lauk still daku yg masak. Tapi kemas umah skrg ni en somi la yg buat. Penat wehhh...daku dok menyusu Qistina 24jam. I heart u lah darling..
Apa pon, byk lagi persiapan raya tak buat! Huhu... nasib la kan. En somi pon tak bersungguh daku pon apa lagi. Takde rasa sgt nak beraya. Boleh?
Pssttt : Mau cari LED tv. Mane satu yg best eh?
No comments:
Post a Comment