CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

23 November 2012

Selamat Hari Lahir Nik Nawwar Qistina yg ke-2 Tahun ^________^

Salam. (Entry tertunggak lama)

Pada 2 Oktober 2012 jam 3.45 petang tarikh ulang tahun kelahiran anakanda tercinta, Nik Nawwar Qistina. Alhamdulillah anakanda tercinta telah melangkau umur 2 tahun. Ibu sangat-sangat gembira dan bersyukur. Lebih-lebih lagi Ibu dapat Master in BreastFeeding. Alhamdulillah..diizinkan olehNya.

Ibu doakan semoga anak Ibu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik-baik serta membesar menjadi anak yang solehah. Membesar sebagai juara duniawi dan akhirat. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Maka genap jugalah perjalanan penyusuan ibu kepada anakanda tercinta. Bersyukur Ibu diberi peluang dan rezeki menyusukan anakanda. Pengalaman yg tak dapat ibu lupakan. Indah sungguh aturan Allah S.W.T. 


Untuk birthday celebration Qistina, kami buat kecil-kecilan sahaja. Mula-mula buat kat rumah babysitter. Lunch time tu sempat la balik tengok jap. Menu kat umah babysitter, meehun goreng, nugget, kek coklat lapis cheese dan air milo kotak. Hehe... malu-malu kucheng Qistina bila time nyanyi lagu birthday. Hehe.. mula dia buat perangai takmo berenggang dengan ibu. Sabar la anak manja oit. Gambar pon tak sempat amik sangat. Ada la rakam video tapi mulut ayahnya tak berenti membebel. Tak nak la post kat sini. Memalukan ai aje. Lepas makan-makan sket, terus la nak balik opis. Macam biasa la anak pasti menangis ingat kita balik amik dia. Hehe....


 Weekend tu pula buat majlis kecil-kecilan utk family. First time buat nasi tomato. Hehe.... Menu hari itu nasi tomato, ayam masak merah dan dalca sayuran. Kek Russian Black & White ai buat utk celebration ni. Dan air sarsi sejuk serta buah-buahan. Alhamdulillah... gumbira tengok Qistina seronok dok bermain. :)

Dan Qistina dapat hadiah ikan emas 4 ekor dari mama long dan pak long dia. Sekarang 2 ekor dah mampus. Sebab apa tak tau. Maybe sebab air tu berbuih so oksigen tak le nak masuk sgt. Huhu... itu dah tukar air tiap-tiap hari tu. Ermmmm..... ntah ler.


Penyusuan lepas Qistina 2 tahun ni, dah tak le nak pam sebab pam rosak dikerjakan Qistina. Huhuhu... nak servis, en somi cakap tak yah la. Nanti beli baru. Huhuhu...sedeynya. So dok marmet je la untuk tak sakit sgt. Siang-siang pon dah kurang menyusu. Tanya babysitter, Qistina ada mintak-mintak susu tak. Jawabnya dah tak meminta susu. Bila org lain menyusu pon dia just tengok jer. Ai plan nak kasi fresh milk kat dia. Nak kasi susu kambeng terasa mahei plak. Tak plan lagi apa yg nak kasi kat dia. Skrg ni just kasi fresh milk sikit-sikit kat dia. Bagus anak ibu, sayang anak ibu. Muahhhh... tapi malam-malam dibantai menyusu sampai ke pagi ler. :)

On her birth day anniversary. :)

Posing sebelum memotong kek

Patut gambar Qistina dan kek tapi abang Hareez mmg suka bergambo. Hehe.. (Ignore je kaki tu)

Birthday Girl and Cake

Acara potong kek. Ibu tak sempat menghias kek. Huhu...

Kek Besday Girl. Russian Black and White.

Lepak santai dgn family. Model Haneef Absyar.

Ikan emas mama long dan ayah long kasi present. Asal 4 ekor tinggal 2 ekor je. T_T



No comments: