CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

02 January 2011

Detik detik bersambung nyawa

Salam,

Lama tak bersiaran kan. Hehe... sowi la ye tiada kesempatan. Ini pon bersiaran jam 4.30am. Masih lagi menyesuaikan diri dgn jadual baru :- being a mother and a wife. :D :D

Mari nak bercerita detik detik sebelum bersalin. Seperti sedia maklum, aku time pregnant suspek GDM dan tak leh overdue k. Balik raya ritu daku sempat la check up, booking dan byk lagi utk preparation bersalin ni. So tiba la waktu due aku 1/10/2010 ketika itu masih lagi tiada tanda2 nak bersalin maka terpaksa la pegi serah diri kat Klinik An-Nisa'. Plan da lama nak bersalin situ. Pegi la klinik dia dulu sblom masuk wad. Ada la dekat sejam wat CTG. Siap tdo bangun tak siap2 lagi. Rupanya2 da ada contraction setiap 20minit tapiiii aku tak rasa pape sakit pon. Hehe..serius ni takde rasa pon. Lepas tu sesi selok menyeluk pon berlaku. Bapak aih sakittttt.. midwife tu pesan siap2 jgn tendang dia. Hahaha...bole la skrg kalo time tu mmg nak sepak je. Check2 jalan tak terbukak lagi. Baby lak baru masuk 1/3 laluan. Terus aku kuar darah tanda2 utk bersalin. Pas abih sume timbang berat tu sume masuk la wad. Ooo..berat terakhir aku 55kg. Naik 8kg sepanjang pregnant ni.



Masuk wad, aku diberi ubat utk induce. Ubat telan ye bukan ubat masuk ikut tutttt... Tak lama pastu baru la rasa sakit sket2. Itu aku kira contraction da 5minit skali dan darah turun dgn byk sgt. Org tua ckp kembar darah @ turun darah ni lagi sakit dari air. Huhu..ngeri lak dgr. Sakit contraction aku ni tetap stay mcm tu. Then midwife dtg check, langsung tak terbukak jln lg. Pastu terasa lapar sgt. Suh la en somi pegi beli chicken chop. Hehe.... suka dpt mkn sedap2 ni. Sepupu, adik2 dan mak aku dtg temankan aku. Tapi bila da mlm aku still tak bersalin lagi, sume balik le tinggal en somi menunggu. Terharu den dgn en somi. Sbb da mlm, utk 2nd induce tu diorg ckp esok pagi baru kasi lagi. So aku tdo la dgn lenanya. Mlm tu ramaiiii ibu2 bersalin.

Sesi makan chicken chop dgn sgt lahap. Time ni darah da turun mencurah2.

Cousins dan adik aku turut sama menjamu selera.
2/10/2010
Jam kul 6 pagi mata aku da terkebil2 dok tgk sekeliling. Ye la busan menunggu si kecik tak mo kuar2 lagi ni. Org lain dok kuar masuk LR. Aku jugak yg setia menunggu. Jam 8pagi mak aku dtg temankan sekejap. En somi masih dok membuta. Haha...kesian dia. Kene tdo kat luar wad. Plan nak bilik private. Tapi time tu ramai la plak org. Aku dok dlm waiting list utk masuk bilik private. Klinik ni kecik je. Bilik private ada 3 bilik je. Hmmm...bayaran bukan main mahal. Kompom pasni tak mo da kat situ. Sakit contraction tu terus makin hilang lak. Pegi makan nasi lemak dulu. Pastu terus bgtau nurse ckp contraction da makin kurang. Midwife pon dtg la check lagi. Seluk lagi laaaa... adeiii.. Da 3cm bukak. Terus dia ckp prepare la utk masuk LR. Mak aku da pgi kije da time tu. 

Patut lunch time aku ada order mkn dari diorg. Terus tak sempat nak mkn da. Huhu...masuk LR, kene masuk drip. Takde pon kasi utk berak ke ape ke. Pelik le daku ni. Makin lama makin sakit. Masih bole senyum2 lagi. Ni sakit da 3 minit skali. Graft tunjuk 100%. Sakit pon tahan la. Lama sakit, masuk dlm kul 12t/h lagi. Kul 3 tu dok sakit, tak lama pastu midwife dtg seluk tgk bukaan. Still 3cm dan kepala bb masih jauh. Sakit aku ni sentiasa 100% da. Selang masa lak tak sampai 5saat. Punya la sakit tak tahan. Diorg ckp sakit camni aku patut da terbukak jalan. Air ketuban pon da pecah sendiri. Aku lak punya gelabah takot bb lemas. hehe...sayang anak woo..

Akhirnya, doc dtg..check lagi tgk bukaan tetap 3cm. Aku sakit menggelupo da. Takde offer ubat tahan sakit langsung ni. Aku mintak, diorg ckp tunggu dulu. Doc consult ckp bedah sbb bb tak turun pon dan bukaan aku tak terbuka langsung. 3 cm tu pon asalnya doc tlg sket. Huhu...akhirnya bedah la aku pon. Terus kene bius satu badan. Jam 3.55pm selamat la anak daraku keluar dari perut ikut tingkap. Hehehe.... aku sedar bila da ada dlm wad dan badan menggeletar sbb sgt sejuk. Terus la diorg warmkan aku guna warminng light tu. cam bb da. Hahaha...diorg pon tunjukkan la bb kat aku. Terus cium sket. pastu kasi aku pegang. Syahdu betul time tu. Nama time tu aku tak fikir lagi ye. Ye la jantina bb aku tak tau sampai da lahir baru la tau. Dah.. utk seterus cerita nntkan di n3 baru ye. Layan gambar2 ;)

Menunggu dalam LR. Senyum lagi ni.

Ni la makanan yg patut aku mkn lunch time. Selamat dibedal adik aku.

Akhirnya ada bilik kosong. Family dok menunggu dlm bilik. Sila abaikan sibuyung tak meletup atas katil.

Ini la permata hati ibu dan ayah. Fresh from womb. Bam bam kannnn


No comments: