CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

04 September 2012

Qistina 23 Bulan

Salam.


Alhamdulillah Qistina dah masuk 23bulan dan lagi sebulan nak masuk 2 tahun. Masih lagi menyusu susu ibu sepenuhnya. Harap-harap dapatlah PHD nnt dlm breastfeeding. Walaupun pengeluaran dah pon semakin hari semakin menyusut, namun sessi pengepaman masih berjalan (kadang-kadang ada gak skip waktu pam). Bila Qistina dah masuk 2 tahun, hasrat ibu nak menguruskan badan. Weeee hehehehe..... mau exercise pagi-pagi. Biasanya Qistina masih lagi melekap dari malam sampai ke pagi.

Untuk birthday Qistina nanti insyaAllah ada planning utk buat majlis kecil-kecilan. Makan-makan kat umah burung ai aje. Ai ober excited nak buat segala mende sendiri utk majlis nanti walaupun hanya dirai oleh kami bertiga + family or kawan-kawan yg nak dtg. Hehe.... tak sabar ibu tau. :p

Qistina sekarang amat la becok walaupun dgn bahasa jerman dia. Kadang-kadang tu paham gak tapi mostly masih lagi dalam bahasa jerman. Dah pandai mengira walaupun sebutan tak jelas. Suka berlari-lari dan explore tempat baru setelah sejam meninjau keadaan selamat ke tak. Dah banyak imaginasi. Terbaru dia ada baby kecil a.k.a ulat bunyi-bunyi yg panjang tu. Dibawa sampai ke dalam kereta dan diletakkan dalam car seat. Pastu nak tido mesti tidokan "baby" dia dulu. Hahaha.... layan aje la. Tapi part paling lawak suruh ibu yg susukan. Adeiiiiiii...... Hehehe... paling best dah tau kalo tgk cerita part romantik tu mesti dia teruja malu-malu kuchengggg... Gegirl sungguh anak ibu walaupun bergurau kasar :p

Dari segi fizikal lak, dah start DIET okeh. Sangat tembam, makan tanpa henti buat ibu risau. Anak dara mane bole besar-besar sangat. Huhuhu.... dah le sgt tinggi. Rasanya berat dah lebih 15kg kot. Malam-malam terjaga wajib nak makan. Makanan tu wajib la kene sorok. Semalam si ayah lak bole tinggalkan biskut atas meja. Haaaaa...bila terjaga malam kul 2-3 pagi tu, makan dulu biskut berkeping-keping. Dah kembung perut baru sambung tido. Hohohohoho.... ini tabiat wajib dihalang sepenuhnya dari terus berkembang ke makanan lagi berat. Bab pergaulan lak... haaaa ini agak susah sket sebab Qistina agak picky dalam memilih untuk berkawan. Lagi-lagi dgn yg baru jumpa. Ambil masa juga utk dia panaskan enjin tu. Tapi kalo dah start wajib lupa ibu tau. Huhu.... tapiiiii Qistina pantang jumpa baby mesti dia nak cium tanpa henti dan peluk ketat-ketat. Lemas anak org Qistina oooiiii... seremssss ibu tgk Qistina hugs. 

Dengan binatang lak, Qistina sgt penakut dgn binatang atau pergerakan yg secara tiba-tiba. Dia boleh terkejut macam nampak hantu dan meraung sekuatnya. Ermmmmmm.... part ni tak tau dia dapat dari mane (maybe ayahnya) hehe.... 

Apa-apa pon perkembangan Qistina, ibu sangat gembira. Take your time to learn and explore things :) happy learning my dear daughter.




2 comments:

farahtaufik said...

wahh tahniah nik...boleh la jadikan pembakar semangat farah ni....

Sima said...

Hehe... terima kasih farah. InsyaAllah farah pon boleh :D