Salam,
Ini adalah cubaan pertama membuat kek karamel. Alhamdulillah menjadi. Puding tak rebeh dan kek pon sodap. Dah lama mengidam nak buat kek ni. Ye la kan asek dok tengok org dok tayang je. Hehehe.... ini resepi jenis puding yg tebal. Kalo makan panas2 cepat rasa muak. Ritu tak penyabar punya kes nak makan terus ngap lepas kuar dari oven. Memang sekali ngap terus rasa cepat muak. Peh tu ai pon letak ler dlm peti ais. Tunggu petang baru ngap balik. Sedapppppppppppppppp plak rasa dia. Tak muak pon. Hehe.... yg membuat cepat rasa muak tu puding dia. Kalo kek tu makan panas ka sejuk ka semua sedap. Hehe..... syioknya dah menjadi kek ni. Weeeeeee.... bole la buat bila2 masa ai terasa nak makan. :D
Meh kita tengok gambo2 dia. Hehehe..... oh ya ai potong tak cung ah. Maap ler... tapi belang dia ok la. Buat warna apa yg ada je. Time tu ada 3 warna aje. Skrg gigih mengumpul warna pelangi. Nak buat kek pelangi lak :) Yang berwarna-warna tu ai letak perisa. Warna coklat, perisa coklat. Warna hijau perisa pandan dan warna pink perisa strawberry. Weeee..... kalo tak letak perisa pon takpe. Itu adalah optional.
Pandangan sisi... sila abaikan pandangan dibelakang ya. hikss.... |
Time amik gambar ni lepas keluar dari oven. Terus potong... sebab tu sememeh sket. Huhuhu.... Bila time sejuk2 dipotong tak sempat nak amik gambor. Potong je abes.. haha... dasar suka makan kek. Gitu la...
Pandangan dari atas. Hehe..... |
Yg ini yg dipotong.. sememeh sket. Malu saya.... |
Resepi kopipes dari : Diana
Bahan-bahan : Loyang 22cm
2 sudu besar gula ( untuk buat gula hangus )
- Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.. biar gula hancur dan warna tukar jadi perang ).
- Ketepikan dulu ( gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu ).
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 sudu teh esen vanila
- 3 biji kuning telur
- 2 biji telur ( putih & kuning )
- 140 gm tepung gandum
- 70 gm gula kastor
- 3 biji kuning telur
- 135 ml air biasa
- 1 sudu teh baking powder
- 45 ml minyak msk
- 2 sudu besar susu pekat manis ( Ana tambah ) _ Diana tak bubuh
- 6 biji putih telur
- 70 gm gula kastor
- 1 sudu teh krim of tartar
- Sediakan bahan ( A ) dahulu, ketepikan.
- Kacau semua bhn ( B ) perlahan²... jangan bagi berbuih²... nanti tak jadi karamelnye...
- Tapis bahan ( B ) tadi dalam loyang gula hangus ( A ) tadi.. ketepikan.
- Pukul bahan ( C ) *Ana guna senduk je.. ketepikan.
- Pukul sampai bhn ( D ) sampai jadi kembang & bila kita angkat dia tak jatuh...( meringue )
- Campurkan adunan ( C ) + ( D ) dan gaul dengan senduk hingga sebati.. jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna dan paste kalau nak..
- Masukkan ke dalam loyang yang ada gula hangus & keremel tadi ( A + B )..s elang seli warna, letak ditengah² loyang, adunan kek akan terapung.
- Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175°C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160°C / 170°C sahaja, ( bergantung kpd oven masing-masing juga ya )
- Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit.
- Bila masak angkat & rehatkan 25 minit / setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi... masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
- Masukkan dalam peti sejuk 1 jam dan lepas tu makan sejuk². Lebih sedap selepas semalaman.
- Sedap dimakan sejuk.
2 comments:
ape ni ape ni ape ni...
nak jugeksss
Kek karamel aida... hahaha... abes da... suda dihadam :D
insyaAllah nak buat lagi. :D mau ka? ;)
Post a Comment