Salam.
Semalam, hari sabtu bersamaan 23 Julai 2011 aku, en somi, Qistina dan sepupuku pegi ke chemor perak. Tujuan ke sana kerana member daku kawen sudaaa. Hehe... asal rancangan takde pon nak pegi sebab daku ada training tapi last minute cancel sebab trainer ada hal so postponed ke minggu depan. Harap2 sebelum posa la. Tak larat la kelas sampai ke 7.30 mlm ni. Penat oooo... eh melalut lak.
Wokeh, bertolak ke sana kul 12tgh gitu. Planning konon nak pegi pagi2 cepat pegi cepat balik. Ye la perak tu.. 2jam perjalanan. Tempat tak pernah sampai lak tu. Huhu... naseb tak sesat. Alhamdulillah..sepanjang perjalanan ok ok je. Cuma ada accident jalan menghala ke kl. Dah le baru je berlaku..remuk teruk gakk.. Lagi pon hujan lebat gak. Kadang2 sampai tak nampak jln raya! Bahaya sungguh. Naseb la en somi ku bawak agak berhemah. Risau tu..bas dan lori lak berlumba2 nak melintas kenderaan. Cam hape ntah.
Sampai ke destinasi dewan chemor, hujan masih lagi lebat. Tunjuk je muka ke pengantin terus menjerit2 galak. Sabo je la..daku nak menjerit sama tak le suara takdak. Huhuhu.... sampai masuk terus cari member2 yg lain. Dah lama tak jumpa..ada la 2-3 tahun gak. Windu sama diorg.. hehe... ini member2 masa belajar kat UiTM Jengka. Time tu amik course Business Insurans. Pastu punya la excited, mane2 yg dah kawen rata2 dah ada anak pon. Yg bujang2 ada lagi..hehe... Takpe insyaAllah ada rezeki turn bujang2 ni plak. Kalo kesempatan daku mmg nak pegi majlis2 member2.
Wokeh, kat majlis tu ada disediakan durian... durian tuuu... walaupun durian kampung aje tapi sgt sedapppp. Aku kompom la mkn sket je. Risau Qistina panas badan lak nnt. Nasi, lauk pauk merbeles la. Hihi..aku mkn sekali je. Takde tambah2. Tak mo la perut dah kene tegur cam pregnant lagi. Huk huk... malu aiiii. Panjang lebar dok berborak2. Daku awal2 senyap aje. Takde mood nak gossip. Sakit tekak ooooo...selsema lagi. Lagi pon hajat dihati mau mkn, jumpa member2 jap pastu balik la... pegi jln2 round2 perak ke. Hehe... Sampai naik utk bergambo en mood masih lagi ke laut. Sakit sungguh tekak. Ingatkan nak makin sembuh. Huhu... Dok borak2 sket, pastu pas abes bergambo ingat nak balik le. Sekali member ajak p umah tumpangan mereka. Kot2 nak salin pakaian ke hape ke. Daku pon on aje sebab dah mmg berniat nak tukar pakaian pon. Nak mandikan Qis sekali. Dah sampai en somi aku p layan tdo. Lamaaaa tunggu sekali dgn Qis pon tdo tinggal daku sorg dok terkebil. Member2 pon sama dok tdo sebab penat dok bergendang dari mlm sebelum tu lagi. Huhu...
Tak lama tu member2 aku yg lain pon sampai. Makin meriah lak umah tu. Haha... terus la daku dok berborak tak hengat donia. Sekali da lebih 6 ptg da...punya la nak balik rupa2 dan nak masuk magrib da. Sabo je la. Terus la solat tu semua. Ingat da nak balik pon tak jadik jugak, tunggu magrib dulu pastu pengantin dtg bawa makanan + durian lagi. Haha...jamu kami lak. Dah mkn2 lagi..sambil2 borak ofkos... Dah borak, sambil potong kek plak. Haha... sabo je la. Nasib daku tergerak ati nak bawak baju. Bole mandi2. Hilangkan peluh :p dah dok bising2 satu umah tgk2 dah kul 9. Ape lagi nak kene gerak jugak la ni. Ada ke plak suh tdo situ. Tak le jadikkk karang esok ptg baru balik kl lak kan. Gambo tak amik byk sgt sebab daku lupa bawak kamera sekali hp pon bateri cam tak mo idop lama. Huhu...
Bertolak kul 9.30 sampai hampir kul 12 mlm. Sepanjang perjalanan Qistina tdo je. Ibunya amik peluang tdo jugakkk.. hehe... ok la. Bebel panjang2 jom layan gambo tak seberapa. ;)
p/s : selamat pengantin baru ye ailin dan ismail. Moga berbahagia hingga ke anak cucu. Amin. :)
|
Semua tak leh nak dok diam.. |
|
Ada je nak borak. |
|
Tgk.. aku je diam..huhu sakit tekak |
|
Akhirnya ada gak gambo semua dok posing |
|
Alahaiii kek comelll |
|
Qistina + ayah dok menunggu ibu dok borak |
|
Sebak ibu tak peduli |
|
Pengantin baru... |
|
Anak member lentok ditgn member kitorg. Haha.. |
2 comments:
heheh...cian qistina dok tengok je la ibu dia borak2 tak ajak dia...hihihi..
satu dewan dgr sora dia je. hehehe... ape la ibu Qis ni. borak tak hengat donia... :P
Post a Comment