CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

06 February 2013

Plan CNY Holiday

As Salam,

Alhamdulillah masih lagi kesempatan nak update blog ni. In shaa Allah jika ikut perancangan, cuti² raya cina ni akan bercuti ke Cameron Highland sekali lagi. Kali ni pergi dgn family belah daku plak. Sewa satu apartment ramai² duduk sana. Family belah daku adik² dan mak semua pergi kecuali kakak sulung tiba² ada hal tak dapat dielakkan.

Sepupu sesewel daku pon join sama. Tak padan mak buyung..bersungguh nak berjalan. Hahaha.... Disebabkan ramai nak pergi kitorg planning nak masak sendiri jer kat umah tu. Disebabkan daku berkereta hagakkkkk bosar sket jer. Byk ler barang² dari umah kene bawak. Yang penting, selimut!!! hahaha... karang beku kat sana!

In shaa Allah kali ni nak qada melawat tempat² yg tak sempat pegi tu. Hehehe... seronok plak rasa. Blom juga senaraikan tempat² yg syiok nak pegi neh. Nanti nak buat list la. Pastu bentang kat meja bulat. Moga perancangan kami berjalan lancar. Amin. :D


31 January 2013

IPong KONG!!

As Salam.


Huhu... tepat birthday daku, iphone terchenta buat hal plak. Sebelum ni dah start ada problem. Ada masalah software sound tak bunyi² kecuali ringtone jer. Sekarang ni plak sim card tak leh baca lak. Huhuhu.... ai tau bukan masalah sim card. Tapi masalah dgn iphone. 

Daku tak pernah bukak or tukar sim pon selama ni. Sedihnya..... uwaaaaaaaaaaa.... so tak leh nak online. Pastu segala mala post kat facebook wish birthday tu ai reply through yahoo mail jer. Huhuhu... sedey gila. Harap² ada la solution dia. Sebelum ni pegi apple service center pon tak membantu sgt. Siap suruh trade in lagi. Ai akan dapat iphone version sama tapi hat baru la. Dannnnn kene tambah RM711. Uwaaaaaa... sedeynya. :(

Nak beli iphone 5 hat baru tu idak le ku mampu.... huk huk... ya Allah permudahkan urusan ku. Amin. Dah le sgt² sentimental value ini iphone. :(

Mode : sedey, kuciwa


30 January 2013

Potty Training Qistina

Salam.

Akibat kebosanan meh kita post entry banyak². Hehe...

Untuk record sendiri, berjaya men"free" Qistina dari pampers/cloth diapers. Hehe... sgt lah terharu sebab hanya buat pada weekend sahaja. Dan weekend ke-2 Qistina dah berjaya nak bagitau kalau nak poo poo atau kencing. Terharu ibu, nak...

Mula² nak start tu sebenarnya sebab dah tgk Qistina bila kencing jer dia ckp basah. Tanda² dia dah ready nak free diapers tu dah ada. Bila nak start poo poo jer dia akan cakap busuk. Hehe.. comel jer dgr suara anak kecil ckp ni. Start situ dah nekad nak buat potty training utk dia. Kat umah BS dah start umur dia 2 tahun lagi. Tapi on off gitu dan biasalah anak mesti nak tunggu ibu dia jugakan. :)

Umur dia 2 tahun 2 bulan, waktu tu Disember tahun lepas. Weekend yg tak berapa tenang tu ajar dia tak pakai pampers. Memang awal² tu setiap setengah jam tanya dia nak kencing tak? Mesti jawapan dia geleng jer. Pastu biarkan dulu. Tak lama pastu mesti dia akan kencing. Kadang² berjaya bawa dia ke tandas, kadang² tgk je la air berjejeran meleleh. Hehe... kalo dia kencing kat luar ke kat mane² bukan toilet, daku tak marah just bagitau dia lain kali bagitau ibu jika nak kencing. Pastu puji² la anak tu. So dia tak stress sgt dalam process ni.

Sabtu, ahad minggu pertama gitu la rutin tapi nampak makin byk improvement. Minggu kedua tu dah start cakap nak kencing tapi itu lah masalah satu plak. Dia tak nak duduk bawah atau atas toilet bowl jika kencing atau poo poo. Penat tu mmg la.. tapi tak jemu suruh dia duduk. Kebetulan potty seat yg beli tak p amik lagi kat seller. Dan kat umah BS pon dah free diapers kecuali time tido saje. Qistina waktu tido dia tak kencing. Bangun tu barulah dia kencing. Kadang² tengah berlari tu adalah terbabas. Hehe...

Masuk minggu ketiga, tido malam sahaja pakai pampers dan waktu p berjalan². Memang Qistina sgt bersedia utk free diapers dah. Even pegi jalan² dipakaikan pampers tetap la dia request nak kencing dlm toilet. Berjaya naikkan dia ke atas toilet bowl tapi still berdiri. Minggu keempat, potty seat sampai. Alhamdulillah... terus dia nak duduk. Sekarang totally free diapers. Jalan² last weekend yg panjang tu pon takde la pakai pampers. Ibu dia tetap bawak extra baju and pampers just in case. :)

Tahun baru Qistina start dengan pamper-less. Seronok ibu ayah jalan² tak payah bawa beg besar² dah. Semoga anak Ibu, Qistina sukses dalam hidup dunia dan akhirat. Amin. :)


Dah start tak pakai pampers di luar :)


Di rumah mama long. Alamak cekci sket.


Makan² diluar dan free diapers :)

28 January 2013

Further study

Salam.

Pagi2 dah terjaga.. Terfikir nak update blog. Hehe.. Sebelum ni ada mention pasal offer further study dari uitm kan.. Akhir tahun lepas decide nak further sebab terasa ilmu makin kurang dan apply job lain xdpt panggilan pon. Fikir punya fikir dan bincang dgn en suami, last2 kompom nak apply. Alhamdulillah diterima. Plan asal, kalo further tapi xleh nak fokus, ai nak berenti kije and fokus dlm study. Pehtu apply la kije part time mcm tutor tu ke.. Hehehe

Skrg ni sebab baru je tukar kerja, opkoz la kene stay dulu kan... Nak tak nak kene study betul2.. So yg paling penting adalah sokongan family lagi2 en suami. Semoga proses pembelajaran ni berjalan lancar. Amin.... Dalam otak ni masih lagi ada sedikit keraguan, boleh ker daku sambung belajar ni.. Larat ke nanti? Ya, ada yg berjaya genggam master dlm tgn even bekerja dan berkeluarga. Moga2 dipermudahkan urusan aku nanti.

Lagi pon master aku amik ni bukan research oriented. Tapi exam oriented. Untuk research masa mmg byk sebab takde kelas sgt. Tapiii bab nak berfikir nak buat project tu...aiiii mmg kene superrrrr fokus nak buat tu. Sebab tu ai pilih exam oriented. Pening nanti utk exam jerr. Dah pernah buat thesis masa degree dulu. Hohoho....tak tido nak siapkan okeh. Pengsan.....

9hb Februari ni daftar, ada masa lagi nak tukar fikiran... Hhaha ngamuk en somi karang. Dah ler dia pon mau sambung belajar gak. Heheh... Semoga semuanya dipermudahkan perjalanan, urusan, exam dan segalanya dalam pembelajaran kali ini. Amin...

Ohhhh minggu ni nak kene buat medical checkup dan bayo yuran. Huh.... Semoga murah rezeki juga. Amin ya rabb.



21 January 2013

New place new experience

Salam.

Rini daku start masuk kerja tempat baru. Biasalah first day kan.. Mane ada terus buat kerja. Mmg very free and easy lah. Lagi pon boss tetiba ada meeting urgent tak dapek nak jenguk staff baru dia. Hehehe.... First impression was I'm a bit shock. Ye la sebelum ni kerja kat fully swasta and now kat GLC company. The culture different are huge. Tak pa slowly adapt diri dgn tempat baru. :) but all the staff here are very pleasant and friendly. Alhamdulillah takde la rasa cam kera sumbang on the first day. Muahahaha....

Disebabkan kebosanan melampau dan tiada mende bole buat, daku pon baru la teringat nak check status application masuk uitm utk further study. Alhamdulillah berjaya. Syukur ya Allah.. Dimurahkan rezeki dan dilancarkan semuanya. Ni nak kene p buat medical checkup. In shaa Allah daftar 9hb Feb nanti. Fuhhhhh excited nak jadik student balik neh. Amik pon utk part time saje. Tapi gelabah mcm baru nak masuk U first time!! Ekekeke... Ni rasa tak sabo nak tgk offer letter tu semua. Ngeeeee....

Awal bulan ni dapat settle hutang ptptn. Ahamdulillah berganda2.. Lega satu perkara. Sekarang ni nak kene fokus dlm kerja dan pelajaran. Bab family mestilah nombor satu lagi dlm hidup. Hehe... Encik suami amat menyokong. Harap2 pembelajaran semula ni lancar. Amin. :)

Oh ya, walaupun kat tempat lama dari bab ilmu programming jadi tumpul tapi ada dua perkara yg dpt dari sana. Ilmu pengurusan dan kawan-kawan sekalian. Hehehe... Syukur dipertemukan dgn mereka. Walaupun sekejap tapi keakraban tu seperti lebih seabad berkenalan. Moga persahabatan kita berkekalan walaupun dah takleh nak hanging out mcm dulu. ;) ada open house silalah kalian panggil ya. Hehehe....

Alhamdulillah... Syukur padaMu ya Allah. :)