CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 January 2013

Potty Training Qistina

Salam.

Akibat kebosanan meh kita post entry banyak². Hehe...

Untuk record sendiri, berjaya men"free" Qistina dari pampers/cloth diapers. Hehe... sgt lah terharu sebab hanya buat pada weekend sahaja. Dan weekend ke-2 Qistina dah berjaya nak bagitau kalau nak poo poo atau kencing. Terharu ibu, nak...

Mula² nak start tu sebenarnya sebab dah tgk Qistina bila kencing jer dia ckp basah. Tanda² dia dah ready nak free diapers tu dah ada. Bila nak start poo poo jer dia akan cakap busuk. Hehe.. comel jer dgr suara anak kecil ckp ni. Start situ dah nekad nak buat potty training utk dia. Kat umah BS dah start umur dia 2 tahun lagi. Tapi on off gitu dan biasalah anak mesti nak tunggu ibu dia jugakan. :)

Umur dia 2 tahun 2 bulan, waktu tu Disember tahun lepas. Weekend yg tak berapa tenang tu ajar dia tak pakai pampers. Memang awal² tu setiap setengah jam tanya dia nak kencing tak? Mesti jawapan dia geleng jer. Pastu biarkan dulu. Tak lama pastu mesti dia akan kencing. Kadang² berjaya bawa dia ke tandas, kadang² tgk je la air berjejeran meleleh. Hehe... kalo dia kencing kat luar ke kat mane² bukan toilet, daku tak marah just bagitau dia lain kali bagitau ibu jika nak kencing. Pastu puji² la anak tu. So dia tak stress sgt dalam process ni.

Sabtu, ahad minggu pertama gitu la rutin tapi nampak makin byk improvement. Minggu kedua tu dah start cakap nak kencing tapi itu lah masalah satu plak. Dia tak nak duduk bawah atau atas toilet bowl jika kencing atau poo poo. Penat tu mmg la.. tapi tak jemu suruh dia duduk. Kebetulan potty seat yg beli tak p amik lagi kat seller. Dan kat umah BS pon dah free diapers kecuali time tido saje. Qistina waktu tido dia tak kencing. Bangun tu barulah dia kencing. Kadang² tengah berlari tu adalah terbabas. Hehe...

Masuk minggu ketiga, tido malam sahaja pakai pampers dan waktu p berjalan². Memang Qistina sgt bersedia utk free diapers dah. Even pegi jalan² dipakaikan pampers tetap la dia request nak kencing dlm toilet. Berjaya naikkan dia ke atas toilet bowl tapi still berdiri. Minggu keempat, potty seat sampai. Alhamdulillah... terus dia nak duduk. Sekarang totally free diapers. Jalan² last weekend yg panjang tu pon takde la pakai pampers. Ibu dia tetap bawak extra baju and pampers just in case. :)

Tahun baru Qistina start dengan pamper-less. Seronok ibu ayah jalan² tak payah bawa beg besar² dah. Semoga anak Ibu, Qistina sukses dalam hidup dunia dan akhirat. Amin. :)


Dah start tak pakai pampers di luar :)


Di rumah mama long. Alamak cekci sket.


Makan² diluar dan free diapers :)

2 comments:

farahtaufik said...

nik...dah besar dan makin lawa anak dara mu...heheheh..dah diapers free ye...good job baby!!!

Sima said...

Ha ah farah membesar bagai JOHAN!! hahaha.... itu la dah free diapers lega ibu dia :D