CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

19 February 2013

Percutian Cameron Highland

As Salam,

Seperti yg dijanjikan entry percutian di Cameron Highland semasa cuti CNY baru² ni. Seperti yang dirancangkan kami bertolak pada pagi ahad sesudah subuh. Konvoi ramai² ikut jalan simpang pulai. Dari arah KL, konvoi 3 kereta. Satu family daku, satu kereta family akak dan satu kereta lagi sepupu sefamily. Mak dan adik² akan bertolak dari kelantan ke Cameron Highlands dan akan berjumpa disana. Mak bertolak petang selepas selesai kerja² dikedai waktu pagi.

Perjalanan ke simpang pulai memakan masa 4 jam inclusive berhenti rehat la makan la.... Biasa la kan bila travel lagi² ada anak kecik ni. Yg tua pon sama jer. Hehe... Ni first time guna jalan simpang pulai. Ye la baru second time pegi cameron kan. Hehe.. sebelum ni guna jalan sg.koyan. Jimat duit tol tapi jam perjalanan tu lebih sket la. Lebih kurang 4 jam tak berhenti. On the way ke simpang pulai jalan tak jammed tapi masih byk kereta di atas jalan. Alhamdulillah smooth ajer perjalanan. Sesampai ke Brincang dalam pukul 11 pagi gitu, singgah di Bharat Tea Shop. Minum² sket tapi byk shopping teh ler. Ehhhh daku tak beli tau. Akak dan sepupu sepapat la dok memborong teh. Yang beli trip sebelum ni pon tak abes² pon lagi. Malas den nak tambah stok. Pehtu amik gambar atas nun... menarik gak tempat tu walaupun kawasan teh takde la luas mane.

Jam 12.30 tgh hari, kitorg bertolak ke Tanah rata. Tapi perjalanan mestilah melalui Kea Farm dan pekan Brinchang. Haaaa... kat sini la kitorang stuck lebih dua jam!! Super jammed pack okeh. Lagi² kat kawasan kea farm tu. Jalan dua lorong jer tapi kereta dok slow down nak berenti parking. Imagine la camne jammed tu. Huhu.... tido bangun tak sampai. Tido balik bangun balik pon tak sampai² lagi. Naseb la en somi sangat penyabar. Hehe.... sebab tu bole rilex² tdo jer. Qistina sama naik dgn ibu dia. Ibu dia tido, dia pon tido. Ibu dia dah bangun dia masih lagi tido. Sedap tido dalam sejuk ni. Cuaca kat atas tu tak la panas tapi takde la sejuk mane pon. Cuma angin bertiup tu memang la terasa sejuk sket. Sampai tanah rata, tuan rumah dah sedia menunggu. Rumah Indian owner, tingkat dua. So far ok la. Cuma terasa la was² sket. So barangan rumah dalam tu kami tak guna pon. Memang dah siap² bawa kelengkapan memasak dari rumah lagi. Macam nak pindah sana terus lah. Haha...

Stok makanan semua bawak bahagian masing². Dah siap² bahagi sapa bawa apa barang. Mostly daku ler kene bawak byk barang kekunun sebabkan kereta besar sketttt jer. Nasib baik den ni baik (suka puji diri sendiri) haha... Bawa la toto sampai dua, bantal, periuk belanga, beras dan macam² lagi. Alhamdulillah ada lah balance² sket tu bawa balik semula. Sesampai di rumah naikkan semua barang² dan sebabkan lantai tu bahagian karpet ada depan tv jer maka terpaksa ler hamparkan toto dan tilam kat luar. Sejuk ooo nak pijak. Tuan rumah ada sediakan tilan single extra dua keping. Bantal lebih dan water heater tu yg penting. Air sejukkkkkkkkkkkkk yg amats. Huhuhu... selepas tu bertungkus lumus ler sediakan makan tengahari even lambat sket la. Masing² lapar kebulur tak sangka stuck dalam jammed lama giler. Sesudah makan, kemas² apa patut siap² utk keluar lagi. Hehe...mula² rancang nak pegi ke pasar malam Brincang jer tapi keluar jer dari lorong rumah tu terus nampak traffic jammed, apa lagi cancel plan. Shopping kat area tu jer la. Ai beli baju dua pasang dan dua pasang sarung tangan utk si kecik. Ibu dia dah ada satu sempena tempat sejuk beku kat opis lama dulu. Hehe... en somi tamao apa² so memang tak beli apa² ler.

Selesai shopping area kat pekan tanah rata, masih ada hati nak pegi ke pasar malam brincang. Separuh jalan je pegi pastu patah balik. Pegi ke kawasan Bharat tea center kat tanah rata tapi situ semuanya dah tutup. So apa lagi terus balik umah ler. Singgah beli burger pehtu daku terus zzzzz.... sebab Qistina dah sapu bersih burger ibu dia. Ayahnya makan tak toleh dahhhh... zzz sekejap pastu terjaga sebab teringat mak terchenta bersama adik² belom sampai lagi. Rupanya diorg pon sama stuck kat Brinchang lamaaaaaaaaaaaa... Pukul 12 malam lebih baru la family nik sampai. Termasuk ler sepupu sorang lagi join sama. Haha... Ramai gila dalam rumah tu. Alhamdulillah muat jer dengan tilam dan toto² yg ada. Esok pagi² lagi dah byk plan.

Hari ke dua sesudah subuh, kami siapkan breakfast dan kemas² pon dah dekat jam 10 pagi. Keluar jer dah start jammed. Huhu... so kami ke arah bertentangan la dgn arah jammed tu. Pegi la kearah Ringlet tu. Singgah di Bharat tea shop yg besar sket berbanding yg lain. Lepas tu dah ramai nak p petik strawberry kami pon terpaksa la redah jugak jammed. Alhamdulillah masa nak jammed tu nampak jalan shortcut masuk ke rumah sewa kami. Lalu jalan tu dah pintas beberapa ratus meter gak. Lepas tu sampai dekat balai polis Brinchang ada polis sekat dari jalan straight kene menuju ke jalan belakang. Tak pe la kami pon lalu ler walaupun tak tau apa. Alhamdulillah tak jammed dan pintas dekat dua kilometer gak ler. Hehe.... terus ke Big Red Strawberry farm. Kat situ dah tak leh nak picking strawberry. Ye lah ari sabtu lagi dah semua dok picking jer. Yang lambat sampai ni tgk je la. Makan² kejap tengok² apa yg ada dan beli la salad situ berpeket².  Ye la murah kan haruslah borong lagi² org nak diet macam ai ni. Selepas tu pegi ke pasar malam brinchang. Akhirnya tertunailah hasrat mak buyung dan mak dua anak tu. Haha... ai memang tak kesah sebab ai dtg sesaje nak lepak jer. Macam² dibelinya. Pasar malam tu kalo cuti sekolah memang dibuka setiap hari. Tapi kalo hari biasa, hanya dibuka hari jumaat dan sabut sahaja. Malam tu daku masak la apa yg patut sebab mak buyung cramp kaki dan mak dua anak dah tumbang. Itu la galak benor berjalan. Hehe.... pehtu sempat siapkan lauk ayam dan ikan jer. Sayur tak sempat buat pon tumbang gak kepenatan. Hehe... mak ai ler kene siapkan utk sayur jer la. Pehtu manggil semua anak dan cucu makan.

Pagi² lagi dihari ketiga daku keluarga sekeluarga kecik ai ajer. Memula nak minum² alang² dah keluarkan duit. Sekali pegi tengok kat tempat teh boh center sungai palas tu tak bukak lagi. Malas nak turun balik ai tunggu aje la. Sekali dekat waktu buka kedai ramai gila serbu. Lebih² meja kat luar mengadap pemandangan. Huhuhu... naseb ai tak berapa baik sebab dapat meja tengah even kat luar pon. Sebab ada sekumpulan org cha ya nun alif ni menghalang pemandangan dah le tak cukup tempat kat situ tapi nak jugak menyemak kat situ. Bengang betul ai. Hilang mood di pagi hari. Balik rumah kemas² dan checkout. Otw balik tu singgah ler di Healthy Strawberry Farm kat situ memang manisssss strawberry dia even dah tak le picking dah. Huhu... pastu meneruskan hasrat ke kea farm. Jammed jugak. Kitorg guna jalan shortcut ler dah tau jalan kan. Hehe... sesampai di kea farm takdak parking la pulok. Dah kene parking jauhhhhh... tapi atas usaha berjalan gak ke arah kea farm. Adik² dan bapak² serta anak² duduk kat Butterfly farm ler. Qistina lak tdo lena yg amat time tu. Terpaksa la ayah dia temankan manakan ai, mak dan akak jalan kaki naik ke kea farm. Naseb mak buyung (sepupu) dapat park kat atas nun. So nnt nak turun balik mak ai naik kereta la. Ai tak pe jalan jer. Di kea farm macam² ada. Bunga la, bantal la, baju, buah² serta sayuran yg murah² belaka. Sila pandai pilih yg fresh² tau. Terbeli la jugak RM10 sayuran dan satu beg warna biru utk Qistina. Hehe.. Oh, ai da beli strawberry kat healthy strawberry farm tu. So bawa balik yg tu je la.

Kitorang tak pekene pon steambot kat atas nun. Ye la dah penat shopping lagi.. semuanya flat. Penat rempuh jammed lagik. Nasib semua keta auto. Kalo manual menangis oooo.... Tak pa la... len kali plak ye. Gitu la cerita diatas nun. Dan kebetulan kami pergi cuaca mmg super sejuk. -+ 16C ditambah lagi dgn hujan. Malam² pasti menggigil sejuk. Siap pakai sweater tdo + blanket yg tebal! Dua malam stay dua-dua malam asek ujan jer. Tido poluk Qistina mmg syiok. Hehe... Bawah ni gambar yg sempat upload jer. Byk lagi gambar, nanti la ye :)





Ibu and anak takde kije dalam kereta selain amik gambo jer.


Yeay dah nak sampai.


Tempat pertama singgah Bharat tea di Brinchang


Anak² excited dalam guest house. Menginap di Tanah Rata


Market di Tanah Rata town dekat je dgn rumah sewa.


Gediks..


Anak² sedara bersama mama ly


Breakfast menu pertama di CH.


Minum2 di Bharat Tea Center dekat Tanah Rata


Cheeseee


Sejuk kat sana


Qistina dah besar!


Di Red Big Strawberry Farm


Makan² sambil berehat.


Semua tidur kesejukan. Berselimut dan bertopi. Budak bertiga gagah bermain dlm sejuk.


Org dewasa tumbang anak² kecik dok syiok bermain.


Pemandangan di Kea Farm Brinchang.

Bergambar sefamily
Ayah control macho, Qistina yg excited dan Ibu yg dabel chin. Ooohhhh...
Bharat tea shop center view

Happy dapat jalan²
View Sg. Palas Tea Boh Center

Hover gumbira

Control senyummmmm

Suka benar Qistina dgn nasi lemak.

Syiok minum ai panas² kat tempat sejuk.


Ayah gak gambo cun

Di tea centre Boh sungei palas ya

Muka ibu nak buat peace tapi tak tahan berat Qistina




Update :
Hehe ini je la gambo boleh nak upload. Byk gak gambar ai kat sg. palas ni tak share kat pesbuk *_^




06 February 2013

Plan CNY Holiday

As Salam,

Alhamdulillah masih lagi kesempatan nak update blog ni. In shaa Allah jika ikut perancangan, cuti² raya cina ni akan bercuti ke Cameron Highland sekali lagi. Kali ni pergi dgn family belah daku plak. Sewa satu apartment ramai² duduk sana. Family belah daku adik² dan mak semua pergi kecuali kakak sulung tiba² ada hal tak dapat dielakkan.

Sepupu sesewel daku pon join sama. Tak padan mak buyung..bersungguh nak berjalan. Hahaha.... Disebabkan ramai nak pergi kitorg planning nak masak sendiri jer kat umah tu. Disebabkan daku berkereta hagakkkkk bosar sket jer. Byk ler barang² dari umah kene bawak. Yang penting, selimut!!! hahaha... karang beku kat sana!

In shaa Allah kali ni nak qada melawat tempat² yg tak sempat pegi tu. Hehehe... seronok plak rasa. Blom juga senaraikan tempat² yg syiok nak pegi neh. Nanti nak buat list la. Pastu bentang kat meja bulat. Moga perancangan kami berjalan lancar. Amin. :D


31 January 2013

IPong KONG!!

As Salam.


Huhu... tepat birthday daku, iphone terchenta buat hal plak. Sebelum ni dah start ada problem. Ada masalah software sound tak bunyi² kecuali ringtone jer. Sekarang ni plak sim card tak leh baca lak. Huhuhu.... ai tau bukan masalah sim card. Tapi masalah dgn iphone. 

Daku tak pernah bukak or tukar sim pon selama ni. Sedihnya..... uwaaaaaaaaaaa.... so tak leh nak online. Pastu segala mala post kat facebook wish birthday tu ai reply through yahoo mail jer. Huhuhu... sedey gila. Harap² ada la solution dia. Sebelum ni pegi apple service center pon tak membantu sgt. Siap suruh trade in lagi. Ai akan dapat iphone version sama tapi hat baru la. Dannnnn kene tambah RM711. Uwaaaaaa... sedeynya. :(

Nak beli iphone 5 hat baru tu idak le ku mampu.... huk huk... ya Allah permudahkan urusan ku. Amin. Dah le sgt² sentimental value ini iphone. :(

Mode : sedey, kuciwa


30 January 2013

Potty Training Qistina

Salam.

Akibat kebosanan meh kita post entry banyak². Hehe...

Untuk record sendiri, berjaya men"free" Qistina dari pampers/cloth diapers. Hehe... sgt lah terharu sebab hanya buat pada weekend sahaja. Dan weekend ke-2 Qistina dah berjaya nak bagitau kalau nak poo poo atau kencing. Terharu ibu, nak...

Mula² nak start tu sebenarnya sebab dah tgk Qistina bila kencing jer dia ckp basah. Tanda² dia dah ready nak free diapers tu dah ada. Bila nak start poo poo jer dia akan cakap busuk. Hehe.. comel jer dgr suara anak kecil ckp ni. Start situ dah nekad nak buat potty training utk dia. Kat umah BS dah start umur dia 2 tahun lagi. Tapi on off gitu dan biasalah anak mesti nak tunggu ibu dia jugakan. :)

Umur dia 2 tahun 2 bulan, waktu tu Disember tahun lepas. Weekend yg tak berapa tenang tu ajar dia tak pakai pampers. Memang awal² tu setiap setengah jam tanya dia nak kencing tak? Mesti jawapan dia geleng jer. Pastu biarkan dulu. Tak lama pastu mesti dia akan kencing. Kadang² berjaya bawa dia ke tandas, kadang² tgk je la air berjejeran meleleh. Hehe... kalo dia kencing kat luar ke kat mane² bukan toilet, daku tak marah just bagitau dia lain kali bagitau ibu jika nak kencing. Pastu puji² la anak tu. So dia tak stress sgt dalam process ni.

Sabtu, ahad minggu pertama gitu la rutin tapi nampak makin byk improvement. Minggu kedua tu dah start cakap nak kencing tapi itu lah masalah satu plak. Dia tak nak duduk bawah atau atas toilet bowl jika kencing atau poo poo. Penat tu mmg la.. tapi tak jemu suruh dia duduk. Kebetulan potty seat yg beli tak p amik lagi kat seller. Dan kat umah BS pon dah free diapers kecuali time tido saje. Qistina waktu tido dia tak kencing. Bangun tu barulah dia kencing. Kadang² tengah berlari tu adalah terbabas. Hehe...

Masuk minggu ketiga, tido malam sahaja pakai pampers dan waktu p berjalan². Memang Qistina sgt bersedia utk free diapers dah. Even pegi jalan² dipakaikan pampers tetap la dia request nak kencing dlm toilet. Berjaya naikkan dia ke atas toilet bowl tapi still berdiri. Minggu keempat, potty seat sampai. Alhamdulillah... terus dia nak duduk. Sekarang totally free diapers. Jalan² last weekend yg panjang tu pon takde la pakai pampers. Ibu dia tetap bawak extra baju and pampers just in case. :)

Tahun baru Qistina start dengan pamper-less. Seronok ibu ayah jalan² tak payah bawa beg besar² dah. Semoga anak Ibu, Qistina sukses dalam hidup dunia dan akhirat. Amin. :)


Dah start tak pakai pampers di luar :)


Di rumah mama long. Alamak cekci sket.


Makan² diluar dan free diapers :)

28 January 2013

Further study

Salam.

Pagi2 dah terjaga.. Terfikir nak update blog. Hehe.. Sebelum ni ada mention pasal offer further study dari uitm kan.. Akhir tahun lepas decide nak further sebab terasa ilmu makin kurang dan apply job lain xdpt panggilan pon. Fikir punya fikir dan bincang dgn en suami, last2 kompom nak apply. Alhamdulillah diterima. Plan asal, kalo further tapi xleh nak fokus, ai nak berenti kije and fokus dlm study. Pehtu apply la kije part time mcm tutor tu ke.. Hehehe

Skrg ni sebab baru je tukar kerja, opkoz la kene stay dulu kan... Nak tak nak kene study betul2.. So yg paling penting adalah sokongan family lagi2 en suami. Semoga proses pembelajaran ni berjalan lancar. Amin.... Dalam otak ni masih lagi ada sedikit keraguan, boleh ker daku sambung belajar ni.. Larat ke nanti? Ya, ada yg berjaya genggam master dlm tgn even bekerja dan berkeluarga. Moga2 dipermudahkan urusan aku nanti.

Lagi pon master aku amik ni bukan research oriented. Tapi exam oriented. Untuk research masa mmg byk sebab takde kelas sgt. Tapiii bab nak berfikir nak buat project tu...aiiii mmg kene superrrrr fokus nak buat tu. Sebab tu ai pilih exam oriented. Pening nanti utk exam jerr. Dah pernah buat thesis masa degree dulu. Hohoho....tak tido nak siapkan okeh. Pengsan.....

9hb Februari ni daftar, ada masa lagi nak tukar fikiran... Hhaha ngamuk en somi karang. Dah ler dia pon mau sambung belajar gak. Heheh... Semoga semuanya dipermudahkan perjalanan, urusan, exam dan segalanya dalam pembelajaran kali ini. Amin...

Ohhhh minggu ni nak kene buat medical checkup dan bayo yuran. Huh.... Semoga murah rezeki juga. Amin ya rabb.