CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

27 September 2011

New born in the house!!

Alhamdulillah akak 2nd daku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 4kg secara normal. Wahhh teringat2 bau best newborn nih. Hehe... Tak sabar nak jumpa la. Lambatnya bole coti mau gomo itu budak bam bam.

21 September 2011

Perjalanan Penyusuan Tatkala Qistina 11 Bulan

Salam.

Meh sini nak cerita pasal my breastfeeding journey takat ni. Alhamdulillah masih ada rezeki Qistina walaupun drop agak teruk start kita berpuasa. Sampai skrg masih lagi struggle utk up kan balik volume susu tapi dgn dugaan N luka akibat terkena cakar manja Qistina. Ya masih tak sembuh da dekat sebulan. Semalam makin parah tiap kali pam mesti kuar darah. Apa lagi marmet la jawabnya. Naseb sempat belaja dulu. Hehe...

Ok. Dulu tiap kali pam mesti dpt at least 4oz. La ni nak dpt 4oz ya Allah bercinta da.. huhu... skrg rata2 3oz per session. Mane nak cukup. Qistina minum purata 24oz sehari. Daku dpt pam 5x3oz=15oz aje. Mmg selebihnya top up dgn frozen EBM. Nasib dulu dok pulun kumpul stok. La ni stok2 itu masih lagi menjadi penyelamat. Kalo dulu, bila susu drop daku buat intensive pumping. Amik cuti 1 hari, Qistina anta ke BS then aku pam every 2 hour. Keesokkannya alhamdulillah berhasil. Tapi kini sebabkan cuti nan hado terpaksa la buat2 tahan hati. Regular pump mcm biasa, minum extra luar biasa dan mkn pon extra luar biasa juga. Amik masa jugak la. Then mlm2 pon kene pam juga. Ini satu masalah daku. Skrg amat susah nak bgn sbb sgt la letih. Masak + kije + bf + kemas2 + layan big baby lagi. Huhu... redha aje lah. Daku pon kene rehat gak.

Walau apa pon, mesti jgn putus asa! Nak wat power pumping lak, harap2 sedar lah tgh2 mlm ni. Amin. Jgn lupa juga doa agar perjalanan penyusuan di permudahkan olehNya. Amin. :)




Wordless Wednesday || missing my adorable baby

20 September 2011

Open House Rakan RH

Salam.

Sabtu lepas daku p terjah open house rakan2 RH. Hanya sempat pegi 2 biji umah pada ari ahad sbb ari jumaat dan sabtu daku pegi umah pak sedara kat melaka ada open house gak.

Memula pagi2 lagi siap2 nak pegi ke umah pija kat seremban. Lepak2 pastu konvoi ramai2 sekali dgn pija p terjah umah kak as aka pengasas RH. Pija hidangkan kami nasi ayam marrrbelesss. Sbb kan syiok lagi dok borak, niat nak mkn lagi tu daku simpan dulu. Hehe...dasar mkn byk kan... Lepak dekat 2 jam, tunggu shila tapi katanya stuck dlm jammed PLUS highway. So kami pon berangkat la ke rumah kak As. Gather kat sana lak.

6 biji kete dari umah Pija serbu umah kak As. Haru biru satu umah. Hihi.. Gembira dpt jumpa member2 RH. Mula2 sampai tu ada shila dan 2-3 org je. Kami sampai mk2 kejap makin lama makin ramai lak. Mmg bingit satu umah. Hehe.... syiok oooo... borak, mkn2 (roti jala berpagar marbelessss + nugget best banget) sampai moncit perutku pastu snap sana sini. Qistina dok galak borak dgn member2 sebaya (mcm la paham..haha). Take 5 jap, Qistina dok menyusu pastu en somi da ajak balik. Memandangkan jam dah kul 5ptg, daku pon setuju la nak balik. Itu pon atas permintaan kak As, bergambar beramai2. Nak gather mak2 budak ni cukup susah! Hehe...sebok dok borak + bersilat dgn anak2 kan.

Moh kita layan gambar. Oh ya, kat umah kak aris 2 minggu lepas tak nyempat amik gambo. Huhu..


Ahli club anak Ogos 2010
Gambar ramai2
Qistina sebok dok capai kepala org!


Tuan umah pertama Pija
Shila dan Myra bam bam
Zaid anak kak sue
Izn dan Icha comel
Kat umah Pija
Ibu dan Qistina yg galak

19 September 2011

Boikot Restoran CILI MERAH!

Salam.

Ini cerita sakit hati, byk mongok dll. Hati ni sumpah seranah tul. Huiii... mmg dasar mata duitan!! Jom kita sama2 pakat boikot restoran bangang!! CILI MERAH SEC 9, SHAH ALAM.

Sebab apa nak boikot? Sebab ini cerita :: Tragedi.

Kalo manusia dewasa pon menggelupur kene air panas, inikan pula baby kecik! 7 bulan ok. Meraung aku tgk bb comel tu masak daging dia. Baik pula si owner kedai tu langsung tak tanya khabar, tak jenguk mahupun kasi ganti rugi/ tanggung kos medical. Cam haram J.


p/s :: geram tahap apa ntah..


Update :: 20110921 ::
Salam, link tu dah pon di remove oleh owner blog dan kisah ini dah jagi kes polis. Kita tunggu dan lihat camne. Ada dpt response back dari kawan owner restoran tu, katanya owner tu nak melawat tapi tak dibenarkan oleh bapanya. Cekidout dari sini lah ye :: Kejadian tomyam tumpah ke baby