CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

19 July 2013

10 Ramadhan Pertama Dah

Salam.

Pejam celik dah masuk 10 hari pertama ramadhan dah. Alhamdulillah diizinkan Allah S.W.T untuk berpuasa sepenuhnya. Belum tinggal pon lagi. Walaupun kadang-kadang terlampau letih masih lagi bertahan. Syukur... Semalam baru kali pertama tapau makanan untuk berbuka. Sebelum ini en suami akan menjadi chef. Lauk pauk simple pon dah syukur. Ada gak rezeki untuk berbuka puasa. :) Terima kasih ya en suami. Kadang-kadang kalo larat ai turun sekali memasak mane patut. En suami takat ni request nak makan puding laici. Blom tertunai lagi. Moga ada kudrat nak membuatnya. Sebelum ni en suami mengidam nak cek mek molek. Buat la kami laki bini. Rasa dah ok.. rupa je tak comel mane. Dah selamat dalam perut :) Sebab rupa tak seberapa memang tak amik gambo ler. Hehe...

10 ramadhan ke-dua ni dikatakan 10 hari untuk pengampunan.. mari kita ambil kesempatan ini memohon ampun dosa-dosa yang telah kita lakukan. Perancangan untuk minggu ni nak start buat biskut raya. Buat hat simple-simple jer. Mulakan dengan cornflake madu dulu ;)



10 July 2013

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Salam.

Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada rakan-rakan dan keluarga yg menyambut bulan yg mulia ini. Moga kita mengambil kesempatan ke atas bulan mulia ini dgn memperbanyakkan amal dan ibadah kepadaNya. Puasa ini mesti la bersederhana ya. Bukan berlebihan dalam menu makanan untuk berbuka. 

Dibulan ramadhan, kita berpuasa bukan sahaja menahan dari makan dan minum, tapi menahan rasa amarah, nafsu dan lain-lain juga. Berpuasa mengajar erti bersabar dan bersederhana dalam serba serbi. InsyaAllah nasihat untuk diri sendiri juga ni. :)

Ramadhan kali ini, kali ke-2 berpuasa dalam keadaan sarat mengandung. Sekarang dah masuk 25 weeks, agak mengah dan selalu je rasa heart burn. Harap-harap, dapat berpuasa penuh. Amin. :) Masa mengandungkan Qistina, berlobang 5 hari terakhir disebabkan demam. Moga puasa kali ini, tiada masalah untuk menghadapinya. Amin.. lagi sekali. Hehe... Oh ya, kali ini en suami kene la masak-masak macam biasa ya. Ai bole tolong serba sedikit ja. Mengah dan penat pregnancy kali ini mmg taking it's toll! Huhu....

Salam ramadhan kalian :)



12 June 2013

Kisah Angah (Muhammad Amin Fahmi)

Salam.

Hari ini nak share kisah adik ni yg dipanggil angah oleh ahli keluarganya. Angah mengidap kanser. Dah lama follow kisah angah. Bermula dgn luka di punggung yg sgt susah nak sembuh. Alhamdulillah dah makin ok tapi kanser leukemia yg dihidapi sebelum luka tu makin mengganas. Keadaan kanser angah makin byk merebak ke seluruh badan. Dari mula follow kisah angah sampai la ni tak putus-putus doa dititipkan untuk angah semoga dilindungi olehNya. Diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T.

Hari ini post ini di facebook oleh ayah angah (link : ini) membuatkan gugur air mata ni. Tersentuh hati keibuan yg selama ni cuba ditahan-tahan bila membaca kisah angah. Akhirnya hari ini tak mampu nak menahan air mata dari mengalir. Moga diberi kesembuhan kepadamu angah. Moga diberi kesihatan yang baik-baik untukmu angah. Moga diangkat segala derita dan penyakit dari tubuh badan mu, angah. Amin ya rabbal alamin.

--------------------------------------- UPDATE 10 JULAI 2013 ----------------------------------------------

Pada 24 Jun 2013, adik kecil ini telah pergi menemui Allah S.W.T. Moga rohnya dicucuri rahmat. Syurga untukmu, insyaAllah. Bertabahlah wahai keluarga angah. Disana angah sihat dan menanti ibu bapanya dipintu syurga. 




05 June 2013

20 weeks

As Salam.

Lama tak update. Huhu... cik M dtg melanda. Preggy kali ni agak penat + sakitnya extra berbanding first preggy. Alhamdulillah morning sickness dah berkurangan. Dah sgt jarang muntah-muntah just still rasa loya je la. Apa pon bersyukur gak. Kembali bertenaga sedikit. Sedikit tu pon dah bersyukur sgt. Kalo tak nak solat pon nak mintak en somi tlg amikkan wudhu. Ohooooo......

Kali ni preggy byk sgt craving. Tak mcm kakak Qistina, takde nafsu langsung nak mkn apa2. Telan je semua yg bole mkn. Craving pon still tak mkn byk. Tak leh nak telan sgt. Huhu.... Awal-awal dah turun 4kg dlm masa 3 bulan pertama. Ni baru naik 1 kg balik. Harap naik tak byk sgt la. Senang sket nak turunkan berat. Ekeke... Tapi yg tak bestnya GDM detect awal. Tinggi lak tu 9.9 selepas minum air gula. Itu pon lepas amik darah lepas minum terus muntah. Adoiiii...skrg on BSP every two weeks. Next BSP esok ni.. Lusa nak kene jumpa doktor. Dua minggu sekali jumpa doktor. Haih... tak suka ahhhh... sampaila dah nak bersalin rutin mcm tu. :( hmmmm.........

Kali ni preggy suka mende masam-masam, beza dgn hat first suka manis2 je. Boleh minum air masak byk2. Dulu kalo air masak tu minum sikit je mesti muntah. Hehe.... sangat suka mkn seafood. Ayam jarang2 bole sentuh max 1 kali sehari je bole mkn ayam. Itu pon part2 yg tulang belulang je. Kalo ikan ke udang, sotong ok je mkn. Selain tu muka byk kusammmm...yg lain2 tak ketara sgt la. 

Kakak Qistina pulak tiap-tiap malam mesti cium adik baby. Gomol-gomol perut ibu dia. Huhuhu... dan masih lagi menyusu. Alhamdulillah..walaupun ada terasa pedih-pedih. Kalo tak tahan tu pujuk-pujuk dia ckp ibu sakit. Kejap la dia merajuk pastu dia paham. Very good girl. Skrg sgt manja dgn ayah dia. Hehe... tau ibu dia tak berapa larat nak melayan karenah. Nanti bila ibu masuk ward tak de la terasa sgt kan. Kakak Qistina dah sgt petah even kadang-kadang german dia terkeluar jugak. Hehe... suka gak layan borak dia. Macam dah besar je nak borak cam org tua. Siap tanya kalo ada ibu ayah borak-borak sket mula la sibuk nak tau citer apa. Berat pon makin bertambah selera pon macam-macam nak mkn. Dia pulak terlebih craving. Asal tgk iklan makanan je nak...tu nak ini nak. Hehe.... 

Semalam dah print senarai barang yg diperlukan. Ada la sedikit lagi nak kene beli. Ada barang-barang nak kene basuh lagi. Huhuhu.... byk nak kene buat. Dah basuk simpan masuk plastik siap-siap. Takde la habuk nak berkumpul. Ada 5 bulan termasuk bulan ni utk prepare barang-barang baby. Next entry nanti letak le senarai barang ibu dan baby. Dah la tak berapa larat nak berjalan ni. Kali baby bump ketara sgt. Ye la... buncit before preggy. Waakakaka... dah preggy ni bertambah-tambah kemuncitan. Boleh lak en somi ckp, kalo tak tau preggy mmg saspek moncit. Uhuk uhuk....  

Esok genap la kandungan masuk 20 minggu. Ada lagi 20 minggu to go. Excited, serems semua perasaan pon ada la. Tendangan si kecik kat dalam ni pon makin kuat. Bila scan tumbesaran sejajar dgn edd. Moga dipermudahkan urusan bersalin kali ni. Cita-cita nak bersalin normal biarlah dapat ditunaikan. Amin. :)


14 May 2013

Majlis Perkahwinan Noor Haiza

Assalam.

Cerita awal bulan lepas. Ikut tarikh tepat tanggal 6 April 2013 salah sorang partner in crime menamatkan zaman bujang beliau. Alhamdulillah moga sehingga jannah hubungan Haiza, suami isteri ya. Amin. Ini anggota terakhir yg menamatkan zaman bujang dlm partner in crime. Hat lain semua dah selamat dan aku ler org pertama atau pembuka langkah cara hidup as a wifey. Hehehe..... Bukan gedix hokay tapi dah sampai jodoh.

Akad nikahnya pada 6 April 2013, majlisnya 7 April 2013. Maaf yer kawan, ai tak dapat hadir pada hari tu. Kemabukan melampau dan ada pulak quiz. Kamu pon tau kan. Patut amik quiz tapi ko p kawen. Hehehe.... Apa pon dpt tgk gambo, dan majlisnya sangat la syahdu. Ai pegi esoknya majlis tu sangatlah meriah. Kawan2 ramai yg datang. Takat ni aku tau, ko memang dah tau peranan wifey tu camne kan? Dah pegi kursus kawen opkos sudah hapal. Kalo ada apa2 kemusyikilan dan ingin bertanya serta ingin mengadu ataupun mau resepi, ai sedia membantu. Hik hik...

Mohon maaf juga, ai tak dapat membantu dlm majlis kamu sgt. Lenkali kene set timing bebetul. Nak apa2 majlis, aku mmg tak leh membantu kalo time mengandung. Alahai mabuk tu jenis payah benor nak ilang. Tapi sebab mabuk gak la ai dapat makai baju lama p kenduri umah u. Hehehe.... Tak perlu pegi slimming center! Tahniah utk my bff. Love you.. Moga hubungan kamu berkekalan hingga ke akhirat dan dimurahkan rezeki utk kamu sekeluarga. Amin.

Sedikit bekalan gambo yg sempat disnap utk tatapan.