CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

12 May 2012

Chilled Oreo Cheesecake

Salam.

Ini kali pertama cubaan daku nak buat chilled cheesecake. Pilihan hati guna biskut oreo sebab stok biskut dah ada. Cuma tak terbuat sampai la selasa lepas sebab takde gelatin. Pastu p cari gelatin halalgel kat Giant. Alhamdulillah ada. Terima kasih kawan2 yg kasi info. Ai ni susah sket nak percaya bab tanda halal yg tak terkenal ni. Pastu permintaan encik suami lak nak makan cheesecake. Bahan2 semua ada kat store. Apalagi ku godek2 sampai la jumpa 1 resepi ni. Tapi resepi ni byk dah daku olah sesedap citarasa daku la. Hehe.... lain org lain citarasa kan. Daku tak suka telur..nanti rasa berlemak sgt. So dapat la kat sini. Basic resepi tu aku amik kat situ. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.


Pandangan atas... takdak topping
Sudah potong dan diletak topping



Okeh kat sini meh daku share resepi olahan daku lak. :) Kalo ada yg sudi nak cuba, silakan la. InsyaAllah bagi yg tak berapa gemar manis2 ni bole la guna resepi ni.

Resepi asal : Chilled Oreo Cheesecake
Olahan : Sima


Chilled Oreo Cheesecake

Bahan-bahan
- 250G cream cheese
- 40G Gula Halus
- 70G/2.5Oz Air panas
- 1/2 tsp Esen Vanilla
- 130ml/4Oz Whipped cream. ( Nik guna whipped whipping cream
- 1 tbsp gelatin
- 5 keping biskut oreo
- Lebihan cream base biskut oreo

Bahan Base
- 100G Biskut Oreo dibuang krim
- 50G butter dicairkan

Cara-cara Base
1) Tumbuk/Blend biskut oreo hingga halus
2)Gaul dgn butter yg dicairkan hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang dan tekan hingga padat
3) Sejukkan dalam peti sejuk sementara membuat filling

Cara-cara cream cheese filling
1) Masukkan gelatin ke dlm air panas yg disukat. Kacau hingga larut. Ketepikan.
2) Pukul cream cheese, gula dan vanilla sehingga sebati. Masukkan lebihan cream oreo.
3) Masukkan whipped cream, kacaau secara lembut.
4) Masukkan gelatin, kacau sebati secara perlahan.
5) Masukkan chopped biskut oreo ke dalam adunan. Tuang adunan ke atas base.
6) Sejukkan selama 4 jam.




Bowling KRH

Salam.

Pada ahad lepas, daku join tournament ahli club kopi KRH beserta tema warna purple. Awal2 rancangan sebenarnya bowling ni just utk gather2 je. Sekali ramai pulok yg baik hati dan murah rezeki sponsor macam2 hadiah dan macam2 goodies bag. Aku pon turut kasi roti hotdog size comel utk dimakan2. Cerita bab roti pon ada kesah dia lak. Huhu... meh ku cerita roti yg ku buat utk majlis ni. Awal2 aku buat separuh ari sabtu frozen dan ahad aku defrost dan tunggu naik je. Last2 tak naik2. Dah mampus kot yis tu. Akhirnya aku buat lagi sekali utk semua hidangan sekali gus. Lamaaaa nak tunggu naik lagi pon cuaca pon sejuk sgt time tu jadinya waktu dia mengembang tu agak lama nak tunggu. Haihhh.... alhamdulillah still dapat gak buat. Daku malas nak mengomen panjang2... dok reti sgt.

Janji kul 3.30 petang kat sana. Aihhhh kalo dah baru nak buat roti pagi tu naseb la kan. Huhu.... kul 3 petang baru la daku keluar umah menuju ke OU. Wangsa bowl kalo tak silap. Dah le sangat jarang pegi OU. Sekali nasib parking dekat masih gak sesat nak cari pusat bowling tu. Haihhhh..... sampai2 je meriah... ramai yg datang. Hehe..... terus la ku kasi roti2 tu. Siap2, dah pon asar pe lagi pegi solat dulu la baru main. Dalam kul 5 lebih gitu main. Sorang 2 game. Aku yg semestinya pasangan pasti ke longkang!! Hahaha..... berapa kerat la ku main bowling ni. Hehehe.. apa pon seronok main. Bole la buat lagi ye ;)

Oh ya terima kasih kepada penaja2 sekalian. Biarpon main masuk longkang ajo masih dapat hadiah saguhati. Hik hik..... makanan dan minuman disponsor tu. Terima kasih ya.... konyang jugak. :) Moh kita layan gambar. :)


Suasana di lane. Dipenuhi mak mak budak
Nadya dan anaknya
Yg nampak blkg tu kak As. Baju pink kak yati, kawan dan Maria
Yg nampak blkg tu Kak As lagik. Sambil dok snap gambar
Diana dan Kak As ada kelas craft.
Anak2 comel...
Diana. Sempat lagi buat kelas craft
Kak Haza dgn tab dia. Mama dan papa otomen
Penyelaras majlis = Kak sue.
Nuyue dan anak
Anne dan fawwaz dok NIP.
Pemenang kita
Oh en encem saya.....
Qistina yg dah kehabisan bateri. :)




Semoga ukhwah ini berkekalan ya. :)





Rich Blueberry Muffin


Salam,

Mood baking dah datang. Hehe..... mood memasak makanan ruji ke laut. Yeahhhhhhaaaa.....
Kali ni buat muffin kurang manis... utk mak bapak ada blueberry dan untuk anak, takda filling. Kali ni amik resepi simple yg amat tapi hasil yg marbeles dari Che Mat Gebu.

Tapi yang bestnya si Qistina sukaaaa sangat yg ada blueberry. Bila masa dia p amik yg ada tu pon tak tau la. Yang dia punya tu tak nak lak. Sabooooo je la. Aiii pemanis sungguh anak den ni.



Resepi kopipes : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
130 g mentega berkualiti
125 g gula halus
3 biji telur gread "B"
250 g tepung gandum*
10 g susu tepung*
15 g baking powder*(*disatukan dan diayak)
130 ml susu sejat "IDEAL"
1 camca teh esen vanilla
Bluebery filling secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu antara 1 biji telur ialah 1 minit.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi berselang seli dengan susu cair, hingga habis dan di akhiri dengan esen vanilla. Putar hingga rata.
  4. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 1/2 penuh dan sudukan 1/2 camca teh blueberry filling, tambah sedikit lagi adunan. Buat hingga siap.
  5. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan turun kan suhu kepada 180C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sejukkan sebelum dihidang untuk minum petang...Menghasilkan kurang lebih 20 biji muffin bergantung pada saiz muffin cup yang anda gunakan..




11 May 2012

Berjumpa Dengan Kak Arra

Salam,

Pada sabtu 2 minggu lepas, sempat daku buat date dgn kak Arra. Sambil nak amik barang yg daku pesan dekat kak Arra. Terima kasih ya kerana tolong belikan barang baikkkk punya. Hehe... utk produk tenusuku yg makin menurun ni. Ye la Qistina pon dah besar kan.

Perjanjian buat kul 3 petang sebabkan pagi tu pegi bersiaran kat sungai buloh, kul 3 tu masih dlm perjalanan. Singgah solat dan salin pampers Qistina dulu baru la sambung balik menuju ke Alamanda, Putrajaya. First time pegi situ. Ramai pulok manusia. Biasanya dengar2 Alamanda ni tak ramai org. Maybe sebab kes bersih kat KL tu jadi ramai p melencong jauh dari KL lak. Hai la nasib... hehe.....

Jumpa la anak2 comel kak Arra.. kiut miut je. Baik sangat2... biasa la bila anak dara mesti la kene sopan ya dak? Hehe... Qistina lak tetiba je merajuk time nak bergambar. Kene marah dengan ayahnya la.. sebabnya dia p angkat skirt dia tu. Abes la nampak poyut moncit itu. Haha... sabo je la.

Mari tengok gambar2 anak2 dara ni. :)

Atiqah.. anak dara ke-2 kak Arra. Si kakak p main2.

Tengok la anak dara ai merajuk. Comel betul perangai
Haa... sebab ini la anak dara den kene marah. Nak jugak tu. Ayoooo Qistina.



p/s : Gambar dengan kak Arra tak amik lak. Hehuuu....


Kek Karamel

Salam,

Ini adalah cubaan pertama membuat kek karamel. Alhamdulillah menjadi. Puding tak rebeh dan kek pon sodap. Dah lama mengidam nak buat kek ni. Ye la kan asek dok tengok org dok tayang je. Hehehe.... ini resepi jenis puding yg tebal. Kalo makan panas2 cepat rasa muak. Ritu tak penyabar punya kes nak makan terus ngap lepas kuar dari oven. Memang sekali ngap terus rasa cepat muak. Peh tu ai pon letak ler dlm peti ais. Tunggu petang baru ngap balik. Sedapppppppppppppppp plak rasa dia. Tak muak pon. Hehe.... yg membuat cepat rasa muak tu puding dia. Kalo kek tu makan panas ka sejuk ka semua sedap. Hehe..... syioknya dah menjadi kek ni. Weeeeeee.... bole la buat bila2 masa ai terasa nak makan. :D

Meh kita tengok gambo2 dia. Hehehe..... oh ya ai potong tak cung ah. Maap ler... tapi belang dia ok la. Buat warna apa yg ada je. Time tu ada 3 warna aje. Skrg gigih mengumpul warna pelangi. Nak buat kek pelangi lak :) Yang berwarna-warna tu ai letak perisa. Warna coklat, perisa coklat. Warna hijau perisa pandan dan warna pink perisa strawberry. Weeee..... kalo tak letak perisa pon takpe. Itu adalah optional.

Pandangan sisi... sila abaikan pandangan dibelakang ya. hikss....


Time amik gambar ni lepas keluar dari oven. Terus potong... sebab tu sememeh sket. Huhuhu.... Bila time sejuk2 dipotong tak sempat nak amik gambor. Potong je abes.. haha... dasar suka makan kek. Gitu la...

Pandangan dari atas. Hehe.....

Yg ini yg dipotong.. sememeh sket. Malu saya....


Resepi kopipes dari : Diana

Bahan-bahan : Loyang 22cm
(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula ( untuk buat gula hangus )
  1. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.. biar gula hancur dan warna tukar jadi perang ).
  2. Ketepikan dulu ( gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu ).
(B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur ( putih & kuning )
(C) - Lapisan Kek 
  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis ( Ana tambah ) _ Diana tak bubuh
(D) Merinque
  • 6 biji putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar
Cara²
  1. Sediakan bahan ( A ) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn ( B ) perlahan²... jangan bagi berbuih²... nanti tak jadi karamelnye...
  3. Tapis bahan ( B ) tadi dalam loyang gula hangus ( A ) tadi.. ketepikan.
  4. Pukul bahan ( C ) *Ana guna senduk je.. ketepikan.
  5. Pukul sampai bhn ( D ) sampai jadi kembang & bila kita angkat dia tak jatuh...( meringue )
  6. Campurkan adunan ( C ) + ( D ) dan gaul dengan senduk hingga sebati.. jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna dan paste kalau nak..
  8. Masukkan ke dalam loyang yang ada gula hangus & keremel tadi ( A + B )..s elang seli warna, letak ditengah² loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175°C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160°C / 170°C sahaja, ( bergantung kpd oven masing-masing juga ya )
  10. Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit.
  11. Bila masak angkat & rehatkan 25 minit / setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi... masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  12. Masukkan dalam peti sejuk 1 jam dan lepas tu makan sejuk². Lebih sedap selepas semalaman.
  13. Sedap dimakan sejuk.