CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

11 May 2011

Qistina Warded kat DEMC

Salam.

Tanggal 9hb May 2011, demam Qistina tak sembuh2 gak dah lebih seminggu kitorg decide bawak pegi ke demc lak. Since da 2kali pegi UMRA dan doc situ suggest kalo 3kali intake antibiotik, tak ok gak so kene bawak pegi hospital. Mlm isnin tu pegi la kami, punya la ramai jugak org pastu doc ada 2org je. Tunggu giliran sampai lebih 2jam menunggu. Sebelom ni pernah je pegi sini tapi takde lak org seramai tu. Lak tu tiap2 patient ada la lebih 20minit sorg dlm tu. Huhu....

Dah sampai turn kami, doc ckp Qistina demam sbb kahak a.k.a broncho tula. Sbb tu mlm2 dan pagi2 dia panas sbb kahak byk terkumpul. Siang2 kahak kurang sbb tu demam takde mane. Huhu... sedey saya. Ye la ibu mane nak tgk anak sakit sampai masuk ward kan. Biarpon nampak ceria, hati tetap gundah gulana. chewwaahh...

Pagi td doc ckp maybe bole discaj esok. Harap2 begitu lah hendaknya. Dah byk kali unpaid leave ni. Huhuhu..nak berenti kewangan tak mengizinkan. Huhu...kalo mampu ibu nak je jadi housewife jaga Qistina sepenuh masa ( selain jaga bapaknya jugak ). Kat sini Qistina glamorrrr sbb nya tembam sgt. Huhuhu...sabo je la. Abes kene dukung pegi sana sini tinggal ibu dia sorg2 jaga bilik lak. Semoga Qistina cepat sembuh. Amin. :)

Oh ya... kpd kawan2 semua yg bagi tip2 tu, insyaAllah akan dituruti. Terima kasih atas keperihatinan kalian semua. Hehehehe.... bab karpet tu nnt pegi mane2 bawak la tilam bucuk Qistina. :)

Ni sedikit gambo dia. :)










09 May 2011

Asyik sakit je...

Salam.

Oh tajuk tak hengat donia. Ya bukan nak salahkan sesapa. Tapi mcm biasa ada la org2 dok berckp anak aku asek sakit je. Dah tu Allah nak kasi sakit tu.. bukannya aku mintak pon. Siap doa dijauhkan lagi ada. Sapa nak anak sakit kan?? Lagi satu org musti tanya2 breastfeed pon hampir tiap2 bulan pegi klinik. Ya.. dah Allah kasi, aku redha je. Usaha utk sembuhkan anak. Yang lain2 tu kerja Allah. Kita berusaha yg terbaik utk anak. Ingat senang ke nak jadi ibu bapa ni? Ini adalah salah satu cabaran dan dugaan.

Sejak minggu lepas lagi Qistina demam. La ni makin teruk. 2-3hari lepas mcm dah sembuh. Sekali mlm tu demam tinggi lak. Pastu esok p jumpa doctor. Dpt antibiotik. Ari ahad p cucuk amik darah. Result dia takda denggi ke hape. Normal. Alhamdulillah. So continue dgn antibiotik. Tgk ptg ni camne. Tak OK pegi spital. Hati ibu mane yg tak runsing kan. Huhu... Pastu akak nik ckp, BS dia guna alor vera utk sejukkan badan anak dia. Demam lagu tu jugak. Kejap ok kejap demam tinggi. Huhuhu.. mane nak cari alor vera ne?? Sesapa tau, bgtau ya. Den mau beli. Pastu terus tanam dan simpan. Huk.. kalian yg membaca (jika ada) tlg doakan agar Qistina sihat ye.

Ibunya?? Musti la doa tiap2 kali solat. Terima kasih. Ya Allah.. sembuhkanlah Nik Nawwar Qistina. Kembalikan dia kpd kesihatan yg baik2. Amin.



Dok tunggu turn ari sabtu
Bosan la ibu..
Buli ibu!!!
Saya suka... (Tunggu turn kene cucuk amik darah + neb)
Puas ati main2 dgn ibu
Lepas kene cucuk, main2 dgn ayah lak
Saya suka lompat2. Gambo pon tak clear
Hehehe...
Cak!!





07 May 2011

Qistina 7 bulan + demam

Salam. rini nak hapdate gambo2 Qistina. Oh ya.. dia juga start demam sejak ptg smlm. Tepat2 dia masuk 7 bulan tu la dia demam. Hhuhuhu....sat lagi nak pegi klinik. Ni dok tunggu ayah Qistina bersiap2.Sejak ptg smlm dok merengek je. Tdo pon tak lena. Oh mcm biasa kalo dia tak sihat, dia akan menyusu tanpa henti. Huhuhu..

Rini dah masuk 4 hari dia demam. On and off. Huhu...ingatkan dah sembuh. Smlm tiba2 naik balik suhu dia. Risau la... :(

Enjoy gambo2 bam bam...





Dah demam pon.. cepat sembuh ya sayang.



02 May 2011

Qistina 7month

Salam.

Happy 7th month Qistina!! Tak sangka selama ni jugak la aku nak jadik ibu bapa. Sungguh tak ku sangka. Dulu tak imagine pon akan jadi parent bole tak? Hahaha.... So da 2minggu Qistina start solid food. Takat ni aku baru intro carrot, bayam dan potato. Yg paling digemari adalah semestinya carrot. Satu mangkuk tu tak cukup lagi. kalo bole bermangkuk2. Huhuhu... kalo potato dan bayam bercinta  nak abeskan. Sabo je la. Pandai betul memilih. Oh ya susu still on sama dose mcm biasa. So imagine la mcm ne org dok ckp Qistina tembam. Huhu...

Maybe berat dia dah 9kg. Sebab dah sgt berat. Aku dah tak larat sgt nak bawak dia. Hhuuhu.. baby carrier yg ada tu pon da tak muat dah. Ingat nak beli SSC. Macam biasa la kalo dah ingat2 ni. En somi nih suka sgt delay2. Selagi aku tak mengamuk selagi tu la dok sambil lewa. :( Mencik.. sgt tak suka.

Ok. Skrg Qistina pandai nak bermain2 dgn rakan sebaya. Menjerit2 bunyi dia dok galak. Haha.. Lagi dah sgt master bergolek2. Atas bantal, atas ibu ayah pon dia golek2. Huhu... Makin jelas panggilan ibu dia. Dia panggil apa tau. Mamamamamaaaaamaammmaaa... haaa.. mama ko dia panggil. Moden tul anak aku. Mane belajar tak tau. Ayah dia tak dak bunyi lagi. Hihi... kalo nak susu pandai lak dia pegang nenen pastu buat bunyi mmmm...mmmm...hmmm... dgn nada kuat ok. 

Skrg da pandai nak ikut kemana sj ibu dia pegi. Penat okeh. Nak bawak dia kehulu kehilir. Kalo ada ring sling ok la. Dan tak nak dgn org lain langsung. Kalo pegi jauh sket menangis bole tadah air mata. Huhu.. dgn ayahnya pon tak nak. Dia ok dgn rakan sebaya shj. Haih... pandai tul. Nnt la update gambo2 dia. Tak sempat nak upload. Ni pon Qistina dah dok mencari ibunya. Daaaa.....




01 May 2011

Hasil Rembatan pada Motherhood 2nd Expo kat MV - N3 basi

Salam.

Hehe.. ini entry basi utk expo MV ritu. Seblom gomen wat pengharaman botol bpa tak free nih, da lama aku nak cari botol utk serve sbg feeding purpose only. Sebabnya utk menghindarkan colic. Sejak akhir2  ni aku perasan Qistina colic byk kali gak. Walaupun dia nampak relax je, takde la nangis ke hape tapi bila check perut tu bunyi kuat gak. Mujur tak keras aje la. Alhamdulillah. Sebab tu mencari2 nih. Then sebab da capai target exclusive BF utk 6 bulan nih, bole la nak start solid food. So mencari jugak la bahan2 utk prepare brg solid food dia. Hehe..

Botol mmg suka Avent. So rembatla 9 biji time tu. Mmg murah la berbanding rege retail biasa kan. Pastu utk bekal solid food dia kat umah BS nnt pon guna bekas container dari Avent gak. Siap bole letak susu lagi. Hehe... suka suka. Iyo la anak pertama byk la berhabis sbb serba takde kan. Kalo da ada daku recycle aje le. Tak mo la bazir2 nih. Dan sempat aku rembat nursing bra dan blouse. Yo la kan naik lunyai da nursing bra yg ado tuh. :p

Sempat jugak rembat mainan mobil utk Qistina. Letak kat baby cot dia. Sebenar nak tgk kerusi gak sejak2 nak start solid food nih. Tapi sampai la ni tak beli2. hahaha.. skrg dah nak ada second motherhood and baby fair dah. baru nak publish entry. haha... sgt la basi okeh. Nnt plan nak beli SSC dan carseat kat second baby fair ni. wokeh..