CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

19 January 2011

Pertama kali menyusu Qistina

Salam.

Dlm n3 lepas2 ada aku attend SGM dari ratuhati.com kan. Start pregnant lagi aku da set mind nak breastfeed bb aku. Ye la.... susu ibu kan susu terbaik utk anak2 kita lg pon Allah juga menyuruh kita menyusukan anak2 kita. Kalo kita tak le susukan cari ibu susuan kalo tak jumpe baru la cari susu artificial aka susu lembu ka susu kambing ka.. Susu ibu ada byk kebaikan dia. Yang paling penting kandungannya mengandungi antibodi. Dlm 3 hari pertama selepas bersalin susu yg keluar dipanggil kolostrum adalah sgt kaya dgn antibodi juga dipanggil cecair bernilai emas. Selepas 3 ari baru susu sebenar atau susu matang keluar.

Niat dihati mmg nak exclusive breastfeed shj. Maksud exclusive ni dimana anak kita diberi susu ibu sahaja selama 6bulan tanpa campur air atau susu lain. Lepas 6 bulan bole introduce solid food kpd bb kita. Meh nak start story mory pasal menyusu Qistina. Hari pertama dia keluar aku da dpt pelbagai tentangan!! Hadeeeiii.. Semua org2 tua paksa suh kasi susu formula. En somi dan aku da pesan awal2 kat nurse jgn kasi susu formula (FM) sbb aku nak breastfeed. Pastu bermula la episod dimana org2 tua memaksa2 ckp bb lapar susu sbb bb besar.. Aku kene bius sbb tu tak le nak menyusu ( ada ka mcm ni??? appara doc ckp aku ok je bole menyusu!! ) aku lak time tu baru pas keluar dari bilik bedah. Tiba2 kene mcm tu terus la aku cari en somi. Dia lak takde kat situ time tu. Dgn berat hati aku pon terpaksa la setuju. Huhu...dlm hati tak ku sangka org2 tua sekeliling aku ni tak terdedah pasal susu ibu.

Nampak kan beza khasiat.

Disebabkan aku sendiri bawa air zam zam, ntah bila diorg dok kasi air kat Qistina. Huhu...musnah da nak dpt first touch within 30minit after deliver. Bila aku da sihat sket aku mintak la Qistina tu aku nak menyusu bole lak depa wat lari Qistina ckp badan aku ada bius lagi tak le kasi susu. Bius masuk dlm susu la. Alahaiii kuciwa lagi aku. Bila aku bole menyusu Qistina tu?? Selepas sehari aku bersalin. Huhu....sedih kan. Tapi tak pe sekurang2nya selepas aku dpt je bb dlm tgn, aku da tak kasi sapa2 amik pon. Hmm...baru puas ati aku. Ari ke-3 ptg tu da bole keluar. Semangat makin membara nak breastfeed bb. Lantak le apa diorg nak kata. Aku tak kesah. Aku tau aku ada susu. Kene stimulate saje. Alhamdulillah.. Qistina masih lagi menyusu sampai skrg tanpa campuran susu lembu.


1 comment:

Hannyy said...

wah nik..banyak rintangan yer...

samela kita..mlm pas bersalin,misi dah ambik bby,die suh kita rehat,daku ni xterhingat nak pesan jgn bgi fm..esok tu tgk ade btol fm sebelah bby..adoiiii camne leh lupe pesan..

sabor je la...xpe2..lepas ni nyusukan je qist k..=)