CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

19 July 2012

Firm hokkaido chiffon cake

Salam.

Ini entry peram. Dah lama buat hokkaido chiffon cake ni. Cake ni jadi jenis firm sebab terlupa nak extra kan white eggs. Huhuhu.. sungguh2 lupa.. nasib bole mkn dan sedap jugak. Hehehe...... next pasni nak try lagi la. Nak try yg bebetul punya. Harap2 takde yg tertinggal mane2. Hehe.... Ohhh walaupun dapat dlm 20cup. Sekelip mata je abes okeh. Biasa la anak dgn bapak la abeskan. Ai kurangkan gula so takde la manis sgt.


Untuk dinner daku buat creamy chicken soup makan dgn french loaf. Lagi2 makan time sejuk2 dan hujan mmg sgt comfort rasanya. Hehe..... walaupun tak berapa pekat sbb malas nak tunggu lama2. Lapoooo benornya. Hehe... alhamdulillah walaupun takde bahan2 perasa pelik2 dan semua adalah makanan sihat.
Resepi nnt la daku update ya. Skrg kat opis lupa da kat mane amik resepi ni. :)


Firm Hokkaido Chiffon Cake
Creamy chicken soup with french loaf
Habes sekelip mata
Crispy base pizza
Oh ya pizza menjadi menu makan malam utk next day nya. Resepi sama cam dulu. Alhamdulillah kenyang. Skrg dah byk kali buat tapi tang cheese tu failed lagi ler.. huhuhu.....


13 July 2012

Menolong Adik Nur Amira Umairah

Salam.

[Update 18 July 2012]
Baru je call mak adik ini, dpt khabar berita yang mata kanan sudah tak boleh diselamat hanya mata kiri sahaja boleh melihat itu pon terpaksa menggunakan kaca mata berharga RM600. Semoga bayi ini cepat sembuh. Amin. Sesiapa ingin menderwa, ini BSN akaun abg kepada emak anak kecil ini. Badrunsani Bin Mohd Tajuddin, 03100-41-00012708-4.

Terpanggil hati ini utk buat entry khas utk baby kecil Nur Amira Umairah. Kesian lagi dgn ibu bapa baby ini hanya bekerja sebagai penjaga kedai runcit. RM100 pon besar jumlah bagi mereka. Moga anak kecil ini cepat sembuh. Ya Allah, sembuhkanlah anak kecil ini. Angkatlah segala derita dari tubuh badan anak kecil ini ya Allah. Amin.



Ini sedutan dari Sinar Harian

PENDANG – Sepasang suami isteri di Kampung Sungai Baru mukim Air Puteh dekat sini, hanya mampu menanggung kesedihan apabila mengenang nasib anak mereka yang menghidap penyakit Glaucoma apabila kedua matanya terbonjol.

Nur Amira Umairah Mohd Akbal berusia empat bulan dikenal pasti menghidap penyakit itu sejak lahir pada 24 November 2011 di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar apabila matanya terbonjol dan semakin membengkak.

Ibunya, Zainon Mohd Tajuddin, 20, berkata, kedua mata anaknya terbonjol namun mata kanan anaknya itu dilihat begitu serius apabila mata hitam di bahagian itu bersaiz besar daripada mata kiri.

“Ketika umur tiga bulan, doktor membuat pembedahan, namun ia tidak mampu menstabilkan keadaan bayi apabila tekanan pada kedua mata semakin tinggi sehingga menyebabkan doktor cuba memasang tiup pada mata kanan.

“Keadaan mata kiri selepas pembedahan itu masih lagi tidak diketahui keputusannya sama ada anak saya mampu melihat atau tidak kerana buat masa ini, keadaannya tidak menunjukkan ke arah perubahan positif,” katanya kepada Sinar Harian.

Zinon berkata, penyakit itu menyebabkan anaknya itu sukar untuk membuka mata, terutamanya waktu siang dan keadaan itu turut menyebabkannya sering menangis.

“Saya kasihan dan sedih melihat keadaan bayi saya yang sukar membuka matanya dan terpaksa menanggung kesakitan bonjol mata itu.

Nasibnya belum diketahui lagi sama ada dia mampu melihat atau tidak.

“Bukan sahaja keadaan mata terbonjol, malah saya dimaklumkan telinga kirinya juga mengalami masalah kurang pendengaran dan terdapat ketulan di ovari anak saya,” katanya.

Bapa bayi itu, Mohd Akbal Baharuddin, 23, berkata, disebabkan penyakit itu, dia merayu bantuan daripada mana-mana pihak supaya dapat membantu kos rawatan anaknya yang tinggi kerana perlu mendapatkan rawatan tiga kali setiap bulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, penyakit serius dihadapi anaknya itu menyebabkan dia perlu sentiasa mendapatkan rawatan di hospital terbabit memandangkan tekanan pada mata itu semakin tinggi.

“Doktor kata saya perlu berulang untuk mendapatkan rawatan selalu sehingga anak saya besar menyebabkan saya buntu untuk mendapatkan bantuan rawatan anak saya.

“Setiap kali pembedahan mata, pihak hospital meminta RM100 untuk kos pembedahan sebelah mata, namun kos pemasangan tiup yang dilakukan itu, pihak hospital belum lagi memberitahu bayaran dan saya bimbang bayaran yang dikenakan tinggi.

“Malah, kos tambang dan makan di sana juga tinggi sehingga menyebabkan kami terpaksa berkongsi makan kerana tidak mampu,” katanya.

Mohd Akbal berkata, dia tidak mampu menampung kos rawatan anaknya kerana hanya memperoleh pendapatan sebagai pembantu kedai runcit kurang RM400 sebulan Mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menghubungi keluarga ini menerusi talian 017-7509123 atau 013-4756126.


Oleh itu, daku menyeru agar dermawan2 diluar sana sama2 kita membantu anak kecil ini.


26 June 2012

Hari Gaji

Salam.


Yeay... gaji udah masuk. Moh kita berbelanja besar-besaran!! Tak sampai seminggu keringggg ring ring.. Hehehe..... hehe... tak baik tau berbelanja tak hengat donia. Moh kita sama sama insaf sekejap. :p

Biasa la dah masuk gaji ni macam macam nak bayar. Opkos la hutang kene bayar dulu kan. Senangnya hidup kalo takdak hutang. Tapi kalo tak berhutang mana mampu nak beli banglo, porcshe tu semua kan. Yang penting tetiap bulan jangan miss utk bayar. Alhamdulillah takat ni semua beli takat mampu milik. Kalo tak mampu tu telan liur tutup mata jangan tengok. Huk huk.....

Oh ya... skrg daku gigih mencari kije baru. Sebab tempat kije skrg dah buhsan... bole gitu? Hehe... ada la sebab2 PNC okeh. Walaupun begitu, rakan2 sekerja kat sini mmg best. Siap buat kutu bagai. Hehee.... ada geng kek juga. Tapi nak buat camne... hati dah tak berapa best buat kije sama berulang dan setiap hari. Ooooohhhh bosan sungguh..tapi tak baik mengeluhkan. Sekurang2nya ada la tempat utk mkn gaji. :)



19 June 2012

Selamat hari bapa

Salam.

Amaran! Entri ini byk memuji partner saya. Jika tamao muntoh hijo sila jangan baca.

Hari ini minggu ke-3 bulan Jun adalah sambutan hari bapa di Malaysia (post peram). Alhamdulillah suami daku mempunyai ciri2 bapa mithali. Ewahhhh..... sapa lagi nak puji kalo bukan si isteri ye dakk. Heheh...

Sejak semalam lagi daku dah celebrate dgn buat kek karot khas utk si dia. Hari ni plak p makan2 kat papa john pizza jer. Takde la sambutan grand2. Ala kadar ajer. Sangat bersyukur kerana dijodohkan dgn en somi. Hihi... Skrg ni most house chores dia yg buat. Dan yg paling penting, sejak si Qistina tu start baby lagi dia da jaga spt mandikan, basuh yak yak, buatkan makanan Qistina dan macam2 lagi. Terima kasih ya sayang. Walaupun mulut tu menceceh membebel tapi tangan kaki badan bergerak buat. I lap you laj...Hehe..... kadang2 tak suruh pon buat. Rajin sungguh.. Akibat kerajinan en somi, daku jadi kembang sket (sebenarnya byk ). Jadi si isteri dok berlingkar depan tv aje. Muahahaha....

Moga encik somi mengekalkan sifat yg ada dan improvekan mane yg kekurangan. Sama2 kita berubah ke arah kebaikan. Walaupun kita byk improve tang perut kedepan. You tetap jejaka paling tampan di mata ai. Ekeke.... Skrg ni nampak byk perubahan.. lagi2 time bercakap2 dengan Qistina. Lagi best dah boleh ditinggalkan Qistina dgn you. Daku bole la berjimba2 (dasar tak sedar diri) kan... Paling best bila bole layan citer korea sama.. Hahaha... ai tetap tak le layan citer thriller yg you suka. Dasat benor...

Oh da habes rambling tak tentu arah. Yeahh.... Moh jamu mata dgn karot kek. Try buat deco ala2 basket.. tak berapa menjadi sangat. Huhuh... dah ler terrrrover cooked sket. Tak pe la lenkali bole take note da. Resepi ni amik dari kawan sekerja. Memang seorang yg sangat pandai dlm bab kulinari. Hehe... terima kasih ya. Mohon halal segalanya. Ai share kat sini ya. Seperti biasa ada la sedikit penambahan dlm resepi tu. Ikut suka ati ai aje kan. Nasib menjadi. Hehe... lenkali bole buat lagi.





Nyum nyum... sedap sos garlic tu.
Order hari itu...
Si kecik yg kepenatan berjalan2.
Carrot cake dah tinggal separuh
Deco yg comotssss
Resepi yg marbeles
Moist dan tak crumble.

En somi kesayagan saya




Resepi : (Terima kasih kak Akmal Hani Hashim)

Bahan2
- 1 1/2 cawan walnut
- 2 1/2 cawan carrot parut halus
- 1/2 cawan maple syrup (nik guna golden syrup)
- 2 cawan gula (nak kurangkan manis pon ok)
- 1/2 cawan minyak jagung
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 3 biji telur
- 2 cawan tepung serba guna (nik pakai tepun gandum)
- 2 sudu kecil serbuk kayu manis (nak kene kurang)
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 sudu garam
- 1/4 cawan sunflower seed (nik tambah)

cara2
1) campurkan maple syrup, gula, minyak dan esen vanilla. Pukul dan masukkan telur sebiji2.
2) ayak tepung, cinamon, soda bikarbonat dan garam.
3) Masukkan campuran tepung ke dalam campuran maple syrup. Masukkan sedikit demi sedikit, pukul hingga sebati.
4) Masukkan carrot dan walnut. Gaul sebati.
5) Griskan loyang dan alaskan dengan baking sheet. Tuang adunan dan bakar selama 50 minit suhu 185C


 Kalo nak tambah raisins pon ok. :)