CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

13 July 2012

Menolong Adik Nur Amira Umairah

Salam.

[Update 18 July 2012]
Baru je call mak adik ini, dpt khabar berita yang mata kanan sudah tak boleh diselamat hanya mata kiri sahaja boleh melihat itu pon terpaksa menggunakan kaca mata berharga RM600. Semoga bayi ini cepat sembuh. Amin. Sesiapa ingin menderwa, ini BSN akaun abg kepada emak anak kecil ini. Badrunsani Bin Mohd Tajuddin, 03100-41-00012708-4.

Terpanggil hati ini utk buat entry khas utk baby kecil Nur Amira Umairah. Kesian lagi dgn ibu bapa baby ini hanya bekerja sebagai penjaga kedai runcit. RM100 pon besar jumlah bagi mereka. Moga anak kecil ini cepat sembuh. Ya Allah, sembuhkanlah anak kecil ini. Angkatlah segala derita dari tubuh badan anak kecil ini ya Allah. Amin.



Ini sedutan dari Sinar Harian

PENDANG – Sepasang suami isteri di Kampung Sungai Baru mukim Air Puteh dekat sini, hanya mampu menanggung kesedihan apabila mengenang nasib anak mereka yang menghidap penyakit Glaucoma apabila kedua matanya terbonjol.

Nur Amira Umairah Mohd Akbal berusia empat bulan dikenal pasti menghidap penyakit itu sejak lahir pada 24 November 2011 di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar apabila matanya terbonjol dan semakin membengkak.

Ibunya, Zainon Mohd Tajuddin, 20, berkata, kedua mata anaknya terbonjol namun mata kanan anaknya itu dilihat begitu serius apabila mata hitam di bahagian itu bersaiz besar daripada mata kiri.

“Ketika umur tiga bulan, doktor membuat pembedahan, namun ia tidak mampu menstabilkan keadaan bayi apabila tekanan pada kedua mata semakin tinggi sehingga menyebabkan doktor cuba memasang tiup pada mata kanan.

“Keadaan mata kiri selepas pembedahan itu masih lagi tidak diketahui keputusannya sama ada anak saya mampu melihat atau tidak kerana buat masa ini, keadaannya tidak menunjukkan ke arah perubahan positif,” katanya kepada Sinar Harian.

Zinon berkata, penyakit itu menyebabkan anaknya itu sukar untuk membuka mata, terutamanya waktu siang dan keadaan itu turut menyebabkannya sering menangis.

“Saya kasihan dan sedih melihat keadaan bayi saya yang sukar membuka matanya dan terpaksa menanggung kesakitan bonjol mata itu.

Nasibnya belum diketahui lagi sama ada dia mampu melihat atau tidak.

“Bukan sahaja keadaan mata terbonjol, malah saya dimaklumkan telinga kirinya juga mengalami masalah kurang pendengaran dan terdapat ketulan di ovari anak saya,” katanya.

Bapa bayi itu, Mohd Akbal Baharuddin, 23, berkata, disebabkan penyakit itu, dia merayu bantuan daripada mana-mana pihak supaya dapat membantu kos rawatan anaknya yang tinggi kerana perlu mendapatkan rawatan tiga kali setiap bulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, penyakit serius dihadapi anaknya itu menyebabkan dia perlu sentiasa mendapatkan rawatan di hospital terbabit memandangkan tekanan pada mata itu semakin tinggi.

“Doktor kata saya perlu berulang untuk mendapatkan rawatan selalu sehingga anak saya besar menyebabkan saya buntu untuk mendapatkan bantuan rawatan anak saya.

“Setiap kali pembedahan mata, pihak hospital meminta RM100 untuk kos pembedahan sebelah mata, namun kos pemasangan tiup yang dilakukan itu, pihak hospital belum lagi memberitahu bayaran dan saya bimbang bayaran yang dikenakan tinggi.

“Malah, kos tambang dan makan di sana juga tinggi sehingga menyebabkan kami terpaksa berkongsi makan kerana tidak mampu,” katanya.

Mohd Akbal berkata, dia tidak mampu menampung kos rawatan anaknya kerana hanya memperoleh pendapatan sebagai pembantu kedai runcit kurang RM400 sebulan Mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menghubungi keluarga ini menerusi talian 017-7509123 atau 013-4756126.


Oleh itu, daku menyeru agar dermawan2 diluar sana sama2 kita membantu anak kecil ini.


No comments: