Salam.
Lama betul tak update blog. Bulan ni bulan amat bzzzzz. Huhuhu... kije mmg la hari2 busy ajo. Tambah2 lagi musim raya. Pehtu macam2 hal yg menghalang daku menghapdate blog ni. Hari ni baru ada masa skettt ajo. Selama ni asek dok BW aje. Komen pon kadang aje. Pesbuk pon jarang hapdate gak. Tgk kejap then ada la kije nak kene buat. Huhu.....
Skrg ni meh nak cite perkembangan anak dara ku. Skrg da ligat berjalan. Hehe.. sukanya. Dah jarang merangkak melainkan nak amik perhatian ibunya ni ler. Kadang2 nampak dia kurus sket sbb dah ligat kan. Kadang2 nampak naik balik badannya. Apa pon satu je daku harap, agar dia sentiasa sihat dan membesar dgn baik. InsyaAllah amin. :)
Bab menyusu lak, Qistina macam biasa la menyusu bagai juara. Kurang sebotol dari dulu. Skrg dah mkn 3 kali sehari. So susu pon berkurang ke 7 botol sehari = 21oz sepanjang tinggal kat BS. Time2 kecik before start solid food dulu 8-9botol = -+ 27oz. Ok la... skrg production pon berkurang start lepas raya. Nak up balik tu.. huhu sadis gak ler. Pernah dpt 2oz je sekali pam. Before raya menten 4oz sekali pam skrg ni 3oz. Kurang 1oz tu. Bagi daku ni byk tuuuu.. memandangkan Qistina kuat menyusu. Daku mkn macam2 mende nak up kan balik susu. Mmg takde yg boleh buat susu ku naik. Skrg ni daku dok mkn madu. Alhamdulillah nampak la kenaikan sket. At least dlm 10-20ml gitu. Apa2 pon rezeki juga tu.
Skrg daku amat susah nak mengepam mlm2. Sebabnya Qistina dok bergayut ajooo.. Aku bgn dia bgn, aku tido dia tido gak. Mmg anak ibu sungguh la. Asal pegang aje pam mata dia terus terbuntang bosar. Nampak aku dok mengepam mmg dia mengamuk ler...skrg ni lagi dasat, pandai bukak pam kat B ku tu. Hambekk.. marah benor dia. Manja tu toksah ckp ler...kalo bole nak berkepit 24jam ajo. Tak pe la...kecik2 ni ler boleh dok berkepit dok gomol puas2. Dah besar esok2 kang dah jadi bini org kene ikut laki. Huhu...wahhh jauh betul daku berimaginasi. Hihihi...
Jadual mengepam kat opis masih sama takde skip ke apa. Cuma kat umah dah short dari 4 kali sehari ke 2 kali sehari aje. Fenatttt satu hal la kan, itu bole ignore. Masa mmg sgt singkat terasa, lagi2 kije kat opis makin dasat byk benor. Huhu.. nak berenti ekonomi blom stabil. Terasa nakkkkkk sgt jadi mem bosar... hahaha... huarrrggghhh angan2 sungguh!! Kembali ke topik asal. Suka sgt merapu. Huhu.. kalo dulu, bila susu drop daku akan mengepam 2 jam sekali. Biasa amik coti la dan anto Qistina ke BS. La ni mane boleh amik coti. Dah abesss..huhu.. Rasa2 nak je mc next week. Sejak lepas raya haji ritu, hari ni baru la daku berehat sekejap. Badan pon dah rasa sakit2. Huhu... sabo aje la.
Awal minggu ritu mak daku dtg sini sempena meneman akak daku yg baru lepas pantang balik ke umahnya. Selama 3 hari la daku berkampung kat Bukit Raja tu. Huhu...salah satu makin penat sbb kene travel lagi jauh. Hari terakhir mak daku dok sini, dia tlg jagakan Qistina. Sgt behave ok. Dok main2, mkn dan minum susu dgn baiknya kata mak daku. Sejak balik ke KL semula lepas pantang, mak daku mmg tak pernah jaga dah melainkan dlm pantang dulu. Huhu...so risau gak ler kot2 menangis kan. Iyo la time aku tinggal nak pegi kije tu bukan main meraung2. Alih2 semua itu drama queen ajo. Sabo ajo la.. Dan hujung minggu depan mak daku bersama2 adik2 yg bersekolah tu dtg sini utk berjimba2 bercuti sakan. Yeaaahaaa....
Masalahnya plak MIL daku mintak kami balik kg. Bincang tadi dgn en somi, biar dia je balik sorg2 naik bus. Nak naik flight idak ler kami mampu. Huhu... dan sekali lagi daku tak kasi kata putus sebab masih berkira2. Risau ooohhhh biarkan en somi balik sorg2. Fobia pon ada. MIL minta balik kg sempena majlis tahlil utk arwah adik MIL a.k.a mak sedara en somi yg bongsu. Daku masih dlm dilemma.. hmmm.....
Kalu kamu ler ( sapa2 yg membaca blog ni... eh ada ke? hehe ) apa kata kamu ya? Ada pendapat? Balik bersama or stay sini? Tarikh mmg betul2 clash la.. 26hb ni MIL buat majlis tahlil dan 26hb ni juga pagi tu mak daku dtg sini. Hmmm.......
Moh layan gambar Qistina time mak den jaga awal minggu ni. Hehe...
Main apa tu dgn mama bie?? |
Alolo ibu cair tgk Qistina :) |
OTW ke Subang airport |
2 comments:
da makin besar qistina ye.hehe
emm,clash plak tarikh ye.susah gak tu.semuanya org2 kita sayangkan.
kalu saya,mgkn saya stay je kot..sbb mak n adik2 sy jarang sgt trn cni.hehehe.
wah,qist..manja you! ehehe
klau hani nik,hani wat gitu gak,sebab semua dah plan kan,so kite split la tugas tu hehe..rasanya mereka2 yg berkaitan pun memahami..=)
Post a Comment