CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

03 November 2011

Entry Untuk Anak Ibu

Salam.

Haha..ini entry tertangguh khas utk anak ibu, Qistina. Selamat menyambut ulang tahun yg pertama sayang! Maafkan ibu sebab terlalu lambat buat entry utk Qistina. Kekangan masa dan kesihatan yg tak mengizinkan ibu utk buat entry. Huhu...

Tanggal 2 Oktober lalu, genaplah umur Qistina 1 tahun. Pada tarikh yg sama juga genap setahun ibu bertarung nyawa utk melahirkan Qistina. Setelah 9 bulan berada dlm perut ibu, anak ibu tiada lagi menunjukkan tanda2 mau keluar menjenguk dunia. Suka sgt ya berada dekat dgn ibu dan mendengar degupan jantung ibu? Masih teringat lagi ibu bagaimana teruja rasa dan perasaan menunggu Qistina keluar dari perut ibu dgn ayah setia menemani disisi. Apalah sgt dgn sakit yg ibu tanggung berbanding dgn rasa bahagia melihat anak ibu selamat berada disisi ibu. Ibu dan ayah sgt gembira dan bersyukur dikurniakan Qistina.

Pada jam 3.55 petang,

Harapan ibu dan ayah semoga Qistina membesar menjadi anak yg solehah, baik dan menjadi org yg berguna bila dewasa nanti. InsyaAllah ibu dan ayah sedaya upaya menerapkan nilai2 murni utk anak ibu. Melindungi anak ibu dan memberi kesenangan utk mu. Moga Qistina membesar dgn sihat dan kuat! Amin. Ibu doakan Qistina agar panjang umur, murah rezeki dan comel sokmo.

Ibu dan Ayah sangat sayang pada Nik Nawwar Qistina. 


Qistina semalam genap setahun sebulan :)



2 comments:

Hannyy said...

cepat je anak besar kan nik..semoga anak2 membesar jadi anak2 yg soleh dan solehah..amin..

mizah said...

dah besar kan...qistina dah jalan belum? aufa baru pandai merangkak genap 11bulan...hahahahah