CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

20 February 2011

Pengalaman Menyusukan Qistina Ketika Berpantang 2

Assalamualaikum... ( dah takde salam2 da... )

Haaa... sambungan k. Harap2 takde la panjang lebar mane. Okehhh.. Doktor dah siap wat analisis sume tu diorg pon panggil la aku. Apa diorg diagnose sbg jangkitan kuman dlm otak berdasarkan teori. Sbb apa teori, sbb nak kene check darah dulu ada kuman tak. huhu... ok la aku pon. Dgr cam kes beratkan tapi aku tak le nak respon byk da. Shock yg td pon tak hilang lagi. Pastu kata mereka ini, kene warded 10 hari. Aku la hai dlm hati mak aiiii 10 HARI??? Berpinar rasa mata aku. Takpe la, demi anak kan. 10 ke sebulan pon sanggup woo... Diorg ckp kalo nak tunggu ada bilik utk mak menunggu. Wajib la aku nak tunggu. Takkan nak biar je dia dlm ward. Oh aku tak sanggup biarkan dia sorg2.

Then bermula la episod aku berpantang sendiri dlm wad dgn menjaga Qistina. Lagi pon Qistina menyusu badan. Hati aku gundah gulana kalo biarkan dia. Kalo bole aku nak katil tmpt aku tdo tu sebelah tmpt Qistina. Tapi nak wat camne bilik nun jauh di belakang. Time anak menangis then kita dok kat bilik kompom tak dgr punya. Nak harapkan nurse panggil bila da anak tu nangis sampai hilang suara la. Diorg pon ada kije gak kan. huhu.... Hari bertama mmg aku tak pegi jauh la. Pegi pon nak minum air je. Dah ptg tu baru aku teringat yg seharian aku blom mandi, makan dan kencing!! Da takde rupa da aku ni. Makanan lak yg diorg hidangkan tu ayam la ikan kembungla...segala yg mak aku tak kasi mkn la. Aku ni pon ape lagi. Minum air je la. Pagi je aku rembat roti dgn air kopi. Ptg lepas opis hour baru mak aku dtg bawakkan makanan, pam aku dan pakaian aku. Huhu... aku ni da kene bentan ritu. Mmg fobia la nak mandi air sejuk. Tak sangguppp..



Tgk la Qistina muka stress.  :(


En somi lak mlm tu da dpt tau. Mmg risau la. Tapi  nak wat camne..kompeni tak kasi coti. Annual leave pon da abes. Huhu..tunggu weekend je la dia dpt balik. Sedih2 aku nanges2 le. Hari kedua kat situ Qistina bykkkk sgt menyusu. Sampaikan setiap 20minit la. Pastu tak mo lepas lak tu. Pastu tak lama tu nampak dia makin segar da.. hati aku pon gumbira juga..Hehe.. Minum bykk poo poo pon bykkkk. Bole la lebih 6 kali sehari dia poo poo. Tanya doc, diorg ckp normal la bb minum breastmilk. Pastu diorg consult aku, kalo nak confirm teori diorg tu betul ke tak, nak kene amik air tulang belakang. Aku mendengar ni cam erkk.. tulang belakang tu. Dah le byk tul cerita tak best pasal ni. Aku ckp la nnt aku discuss dgn en somi. Pasal makanan aku lak, mak aku setiap lunch time dgn mlm akan dtg kasi makanan sambil ambil baju2 aku pakai then kasi aku baju lain. Aku tinggal bersihkan diri dan mkn je.



Da ceria time. Hehe...

Tapi start hari ke-3 Qistina kene pindah masuk bilik sekali dgn bb kuning. Mula2 tu ok la sebab tak ramai bb. Ade la dlm 3 bb je. Pastu start mlm tu makin ramai lak bb jaundice masuk ward. Huhu..ape lagi Qistina langsung stress. Nampak dia takle nak tdo. Asek nak aku susukan dia je. Mmmg berjaga la aku mlm tu. Tdo duduk + menyusu. Sakit badan tok sah ckp la. 12jam direct dia menyusu. Huhu...Esok pagi tu ok la sket. Dia pon tdo. Aku pon amik la kesempatan utk rehat sama. Tapi tak lama gak dia tdo. Ade la sejam dua je. Org ramai lagi la dia stress. Huhu.. Mmg dugaan betul la. Rutin aku hari2 mcm tu la. Sepanjang ada kat wad tu bole kira dgn jari bape lama aku tdo. Asal letak je nanges.. kalo dia tdo lama sket mula la B aku bengkak. Huhu... menambahkan parah je. En somi sempat la dtg weekend. Time tu la aku bole berehat jap. Sgt menghargai org2 yg bantu nih. Dlm wad ni, only parents je bole masuk. Selain dari parents baby2 tu tak le. Nak tgk kene tgk ikut tingkap le.


Ayah balik tgk Qistina tapi Qistina stress lg.

Utk air tulang belakang tu, semua family aku ckp jgn setuju.En somi pon kata tak pe la bertahan la ye utk 10hari. Utk mu Qistina ibu sangguppp.. Da ckp doc yg en somi tak kasi. Doc pon kata ok la. Takpe kita monitor dia utk 10hari. Aku lak wat muka sedih je... tapi aku tgk mommies utk bb pramatang ade berbulan dok kat situ. Kesian sungguh. Tiba2 ari ke-7 tu pakar segala pakar dtg turun tgk wad. Ditelitinya setiap kes baby. Disoal satu2 apa masalah dan apa jalan penyelesaian dari doctor2 yg ada. Aku mendapat khabar gumbiraaaa... bole balik da... Hoooreyyy...sbb Qistina menunjukkan progress yg aktif takde tanda2 ada kuman dlm otak pon. Hehe..ujian darah 2kali amik pon takde kuman dlmnya. :D :D

Ibu sgtttt gumbira. Akhirnya kita bole berehat2 kat umah. yeayyyyy.... Dan aku pon menjalankan aktiviti berpantang dgn gumbira. Hehe... terlampau happy rasanya. cam pegi kat pantai la holiday... Sekian cerita2 basi time berpantang. Hehe...


Hari terakhir kat wad. Muka bintat alergi
habuk. Aritu bb super duper ramai!!

Da selamat kat rumah! Heehee

Ibu saya mau susu..




2 comments:

Hannyy said...

wah nik..dugaan kamu..perit gak dengar ye,tp mmg bab2 anak sakit ni,mmg mak wajib nagis sekali!!!

tp sib baik semmua baik2 je kan..sihat dah pun qist dari dugaan tu semua..

nak share gak la cerita berpantang..huhu

Anonymous said...

dugaan yer.. suspen gila sy bc kata yg part nk ambek air tulang belakang tu. hih, seram jgk kan.. n yg finally alhamdulillah your baby dah selamat akhirnya. memang khasiat susu ibu kan yg awk bg dia. amazing! subhanallahh!