Salam.
Seperti tajuk kat atas. N3 kali ni aku nak cerita mengenai rutin puasa aku ( baru 2 ari puasa ). Tahun ni niat dihati nak penuhkan puasa. Hehe.. dah cik p tak dtg bole la wat azam tu. Tapi berita terbaru aku kene wat BSP next week so kene gak la tak posa sehari. Huhu.. berkecai hajat. InsyaAllah hari2 yg bole aku puasa, aku nak puasa melainkan keadaan tak mengizinkan. Contoh ; time puasa tapi badan aku da terlampau lemah dan menggigil. Haaa.. itu tandanya nak kene buka posa la. Lagi2 time sarat ni kan. Ramai dok bising kat aku especially opismate la. Diorg ckp bukan ke pregnant women ada exception?
Ok. Dalam Islam mmg ada mengatakan wanita mengandung dibolehkan tak berpuasa di bulan Ramadhan. Tetapi kene ganti puasa dan kene bayar fidyah. Huhu..bayar fidyah tu tak de la nak berkira mane. Tapi bab nak mengganti posa ni la paling lemah. Kalo da tak posa sebulan..adeihhh naya nak ganti sebulan tu. Sebab tu la aku nak posa selagi mampu. Hehe.. dulu time cik p dtg pon rasa penat da nak berganti. Itu baru seminggu. Ini berminggu2 nak ganti. Hish... cekeding la aku. Dan setakat ni, aku masih lagi mampu berpuasa. :)
gambo dari pakcik google
Baiklah berbalik ke topik sebenar. Time berbuka puasa aku dan en. somi takat ni simple2 je. Takde berlebih2. Ye la berdua je pon. Lagi la space perut aku makin kecik. Takat lauk 1 jenis dan sayur 1 jenis. Cukup da. Even bole buat aku tak berselera. Hahaha.. Maybe sebab family aku kan ramai. So lauk pon byk la. Sahur pon mcm tu gak. Sama mcm berbuka ( panaskan lebihan lauk berbuka je ). Percubaan pertama sahur buat susu blend kurma. Ini en. somi yg buatkan. Mmg aku punya suggestion tapiiii.. mmm.. ( maaf ye en somi.. saya cite disini ) kurma bykkkkk tapi susu sikit.. so imagine la kemanisannya. Rasa nak migrain sbb manis. Hehehe... sampai skrg aku trauma. ( tak byk pon rutin ) :p
Hajat dihati, weekend ni bole la nak masak special sket utk en. somi. Itu pon kalau keadaan aku mengizinkan la. Kalo da dtg BH ni. Huhu.. Nak bgn pon tak le. Cian kat en. somi asek dia je yg kene masak. Ada member aku dlm forum ckp bila ibu mengandung ni berpuasa. BH pon akan selalu strike. Dan ye mmg aku selalu kene. Nak patah pinggang aku rasa. Nak beribadah pon tak selesa yg amat. Cian en. somi tak terawih sebab aku. Nasib en. somi jenis menjaga isterinya. :)
gambo dari pakcik google gak
Ini sedikit artikel mengenai panduan utk ibu mengandung pasal puasa. Klik disini [...] dan juga disini [...] utk ibu2 yg menyusukan bayinya.
1 comment:
Takpe. Kalau cik somi tak tolong, sapa lagi nak tolong...
Post a Comment