CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

02 September 2012

Salam Merdeka ke - 55

Salam.

Selamat Hari Merdeka ke-55!!! Sudah 55 tahun kita merdeka. Alhamdulillah, Malaysia masih aman damai walaupun banyak cubaan untuk meruntuhkan semangat perpaduan kaum di sini. Terkenang juga jasa-jasa perajuit yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia. 

Bendera Malaysia (sumber google)

Sewaktu mula merdeka :)



02 August 2012

Qistina 22 Bulan

Salam.

Alhamdulillah masih lagi bernafas di dunia ini. Syukur juga Nik Nawwar Qistina sudah meningkat umur ke 22 bulan dan semakin panjang akal dia. Hehee.... seronok melihat karenah anak2 yg sedang membesar. Qistina masih lagi menyusu susu ibu sepenuhnya dan daku pon masih mengepam di tempat kerja. Cuma dirumah memang dah sentiasa dikosongkan oleh Qistina. Asal dapat dok rilex jap mula la dia dtg mengempeng. Even dok busy pon still dia nak juga. Huhuhu...tak pe ibu turutkan aje. Bila lagi anak nak menyusu, sekaranglah masanya. Dah besar nanti, tak dapat la nak nyusu dok? Hehe...

Hai...
Untuk perkembangan dia, alhamdulillah perkembangan seperti toddler yg lain. Dah start bercakap walaupun guna ayat yg hujung2 saja kadang-kadang ada juga ayat penuh. Hehe.... tapi nak sebut ayah, ibu tu walaupun boleh tapi tetap la dia panggil "MA".... semua mcm tu la. Ayah pon MA, ibu pon MA. Kalau tak faham apa yg dia cuba cakap memang dia akan merajuk. Hehe... tapi mostly apa dia cakap akan beserta dgn aksi sekali. So memang daku akan faham apa dia cuba sampaikan. Suka sangat ajuk cakap kita, orang dewasa. Emosi makin berkembang..dah tahu apa keinginan dan apa baju yg disukai. Nak suruh pakai baju cepat-cepat kene cakap baju tu cantik. Kene puji pujian dulu. Anak perempuan la katakan... ikut sapa la tu. :)

Nom nom...
Bluuueeekkkk
Perkembangan fizikal pula alhamdulillah juga, sihat dan suka beriadah. Bila dia tau macam mane nak memanjat, mula la dok panjat sana sini. Sebelum ni hanya test skill kat tangga jer. Skrg meja la kerusi la.. nasib almari penuh barang kalo tak almari pon dipanjatnya. Dah 2-3 minggu lepas mula melompat.. hehehe... walaupun lompatan kaki tak terangkat, cubaan tu penting. Hehehe..... ibu ayah tukang sorak bila cubaan dibuat. Berat makin meningkat (opkos) sebegitu juga dgn perut semakin kedepan. Haaa tang ni ibu risau. Walaupun makanan dicatu kat rumah BS dia tu tak tau la apa yg dimakan. Memang makin chubby. Lagi lagi kalo weekend, dok dengan daku memang sentiasa makan tapi tetap la sedikit. Memadai dgn dia kenyang saja tapi still sambung bf lepas tu. So takde istilah rehat dari makan dan minum. Ermmmmmm......


Special pose dari Qistina













Sama-sama membantu meringankan

Salam.

Di ramadhan barakah ini, daku ingin berkongsi kepada rakan2 diluar yg dermawan. Mereka yang menderita dan memerlukan bantuan. Dapat info dari blog kak Moon (sini). Sungguh besar dugaan dihadapinya. Moga penderitaan dan penyakitnya cepat sembuh dan dapat meneruskan hidup seperti biasa. Amin.



Link blog beliau : aliaharyanie.blogspot.com

19 July 2012

Firm hokkaido chiffon cake

Salam.

Ini entry peram. Dah lama buat hokkaido chiffon cake ni. Cake ni jadi jenis firm sebab terlupa nak extra kan white eggs. Huhuhu.. sungguh2 lupa.. nasib bole mkn dan sedap jugak. Hehehe...... next pasni nak try lagi la. Nak try yg bebetul punya. Harap2 takde yg tertinggal mane2. Hehe.... Ohhh walaupun dapat dlm 20cup. Sekelip mata je abes okeh. Biasa la anak dgn bapak la abeskan. Ai kurangkan gula so takde la manis sgt.


Untuk dinner daku buat creamy chicken soup makan dgn french loaf. Lagi2 makan time sejuk2 dan hujan mmg sgt comfort rasanya. Hehe..... walaupun tak berapa pekat sbb malas nak tunggu lama2. Lapoooo benornya. Hehe... alhamdulillah walaupun takde bahan2 perasa pelik2 dan semua adalah makanan sihat.
Resepi nnt la daku update ya. Skrg kat opis lupa da kat mane amik resepi ni. :)


Firm Hokkaido Chiffon Cake
Creamy chicken soup with french loaf
Habes sekelip mata
Crispy base pizza
Oh ya pizza menjadi menu makan malam utk next day nya. Resepi sama cam dulu. Alhamdulillah kenyang. Skrg dah byk kali buat tapi tang cheese tu failed lagi ler.. huhuhu.....


13 July 2012

Menolong Adik Nur Amira Umairah

Salam.

[Update 18 July 2012]
Baru je call mak adik ini, dpt khabar berita yang mata kanan sudah tak boleh diselamat hanya mata kiri sahaja boleh melihat itu pon terpaksa menggunakan kaca mata berharga RM600. Semoga bayi ini cepat sembuh. Amin. Sesiapa ingin menderwa, ini BSN akaun abg kepada emak anak kecil ini. Badrunsani Bin Mohd Tajuddin, 03100-41-00012708-4.

Terpanggil hati ini utk buat entry khas utk baby kecil Nur Amira Umairah. Kesian lagi dgn ibu bapa baby ini hanya bekerja sebagai penjaga kedai runcit. RM100 pon besar jumlah bagi mereka. Moga anak kecil ini cepat sembuh. Ya Allah, sembuhkanlah anak kecil ini. Angkatlah segala derita dari tubuh badan anak kecil ini ya Allah. Amin.



Ini sedutan dari Sinar Harian

PENDANG – Sepasang suami isteri di Kampung Sungai Baru mukim Air Puteh dekat sini, hanya mampu menanggung kesedihan apabila mengenang nasib anak mereka yang menghidap penyakit Glaucoma apabila kedua matanya terbonjol.

Nur Amira Umairah Mohd Akbal berusia empat bulan dikenal pasti menghidap penyakit itu sejak lahir pada 24 November 2011 di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar apabila matanya terbonjol dan semakin membengkak.

Ibunya, Zainon Mohd Tajuddin, 20, berkata, kedua mata anaknya terbonjol namun mata kanan anaknya itu dilihat begitu serius apabila mata hitam di bahagian itu bersaiz besar daripada mata kiri.

“Ketika umur tiga bulan, doktor membuat pembedahan, namun ia tidak mampu menstabilkan keadaan bayi apabila tekanan pada kedua mata semakin tinggi sehingga menyebabkan doktor cuba memasang tiup pada mata kanan.

“Keadaan mata kiri selepas pembedahan itu masih lagi tidak diketahui keputusannya sama ada anak saya mampu melihat atau tidak kerana buat masa ini, keadaannya tidak menunjukkan ke arah perubahan positif,” katanya kepada Sinar Harian.

Zinon berkata, penyakit itu menyebabkan anaknya itu sukar untuk membuka mata, terutamanya waktu siang dan keadaan itu turut menyebabkannya sering menangis.

“Saya kasihan dan sedih melihat keadaan bayi saya yang sukar membuka matanya dan terpaksa menanggung kesakitan bonjol mata itu.

Nasibnya belum diketahui lagi sama ada dia mampu melihat atau tidak.

“Bukan sahaja keadaan mata terbonjol, malah saya dimaklumkan telinga kirinya juga mengalami masalah kurang pendengaran dan terdapat ketulan di ovari anak saya,” katanya.

Bapa bayi itu, Mohd Akbal Baharuddin, 23, berkata, disebabkan penyakit itu, dia merayu bantuan daripada mana-mana pihak supaya dapat membantu kos rawatan anaknya yang tinggi kerana perlu mendapatkan rawatan tiga kali setiap bulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, penyakit serius dihadapi anaknya itu menyebabkan dia perlu sentiasa mendapatkan rawatan di hospital terbabit memandangkan tekanan pada mata itu semakin tinggi.

“Doktor kata saya perlu berulang untuk mendapatkan rawatan selalu sehingga anak saya besar menyebabkan saya buntu untuk mendapatkan bantuan rawatan anak saya.

“Setiap kali pembedahan mata, pihak hospital meminta RM100 untuk kos pembedahan sebelah mata, namun kos pemasangan tiup yang dilakukan itu, pihak hospital belum lagi memberitahu bayaran dan saya bimbang bayaran yang dikenakan tinggi.

“Malah, kos tambang dan makan di sana juga tinggi sehingga menyebabkan kami terpaksa berkongsi makan kerana tidak mampu,” katanya.

Mohd Akbal berkata, dia tidak mampu menampung kos rawatan anaknya kerana hanya memperoleh pendapatan sebagai pembantu kedai runcit kurang RM400 sebulan Mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menghubungi keluarga ini menerusi talian 017-7509123 atau 013-4756126.


Oleh itu, daku menyeru agar dermawan2 diluar sana sama2 kita membantu anak kecil ini.