CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

30 May 2012

Kek SMECC Lapis Cheese


Salam,

Hari isnin minggu lepas buat kek coklat lapis cheese. Pastu terus masuk esbok sebab dok cari idea camne nak deco. Tangan menggedik nak mendeko kek ni. Hari Selasa baru la buat deco-deco. Pastu hasilnya mesti la hasil budak baru belajar kan. Comot sana sini tapi sebab nak gakkkk cuba kan jadinya gitu la hasilnya. Memang geram jer tengok org lain dok deco2 cake comel2. Kita pon nak cuba juga.... :)

Kek ni dah lama daku simpan resepi tu. Dok intai2 tapi tak buat2..Bila mlm tu terjaga tapi tak le tdo balik apa lagi. Terus la daku buat kek ni. Tak lama sgt nak buatnya. Alhamdulillah.. dapat juga buat kek ni. Sedapppppp sangat lagi2 kek yg dah padat tu. Superrrr moist la katakan. Terima kasih pada kak Nor dan Dayang yg menyumbang resepi ni.







Maaf la deco2 yg super simple dan comot. Masih belajar lagi. Ini pon hasil dok tengok dlm youtube dan blog2 baking.


Resepi asal : Kak Nor
Sumber : Sima

Bahan Lapisan Keju:
250g cream cheese
70g gula kastor
20g tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
25ml air
3 sudu besar blueberry filling (tak letak pun tak apa)

Cara:
1.Panaskan air dalam periuk pengukus.
2.Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
3.Ambil satu bahagian adunan kek coklat, tuang ke dalam loyang dan kukus
selama 15 minit.Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
4.Kemudian pukul cream cheese,gula,tepung gandum,jus lemon dan air
sehingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
5.Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi.Ratakan.
6.Letakkan (dot2kan guna sudu kecil) blueberry filling dipermukaan adunan
cream cheese tadi.Kukus lagi selama 15 minit.
7.Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese
dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.


pesan:
*air kukusan hendaklah betul2 mendidih sebelum mengukus kek.
*balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap.
*tiap lapisan kek dikukus dengan api sederhana sahaja.

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
 Sumber : Sima


Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung ~ k.nor lebih suka guna melted butter
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

 Cara daku buat :
Kek coklat tu, buat 2 kali ganda resepi tu. Pastu bila nak masak, disebabkan pengukus ai kocik ai guna kaedah steam bath. Alhamdulillah menjadi cuma masa amik lama sket la. Ai punya oven tu kene lama sket bakonya. Bakar dengan suhu 185C selama 20 minit.


23 May 2012

Kembalinya Norma kepada Pencipta Alam

Salam.

Pagi2 ni bila check blog dan nampak post2 mengenai pemergian selamanya arwah Norma ke sisi Pencipta kita dan alam, Alla S.W.T. Masuk blog kak Moon, nampak entri mengenai Norma. 

Al-Fatihah utk arwah Norma. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Amin. Takziah juga untuk Talib dan sekeluarga. Moga tabah menghadapi hari2 yg mendatang. InsyaAllah, apa yg ditentukan olehNya adalah sebaik2nya utk kita.




19 May 2012

Bingka Labu Lemak Manis

Salam.

Ini first time buat kuih muih. Hehehe..... awal minggu lepas beli labu utk si kecik. Ingat nak buat donut tapi bila buat pilihan kat en suami, dia mau bingka plak. Pastu nampak la plak Kak Nor buat bingka labu. Ulam dicita pucuk mendatang (eh betul kah? hehehe ). Pehtu daku pon nak nge"test" tahap kepanasan oven tu. Dulu buat kek main taram ja. Tak amik tau pon. Ikut ja resepi pastu asek la dok check bila nak masak. Huhuhu......

So kompom daku punya oven suhu dia ok bila buat 185C ngam2 masak ikut masa. Daku guna loyang 8"saja. Jadi dia agak tebal sket. Banyak juga dapat. Skrg ada byk lagi balance.  Sapa mau? Meh daku suap... Bingka ni sgt lembut gebus gitu. Memang lemak berkrim. Lagi satu, labu tu daku main taram lecek ja. Bila potog, ada lagi ketulan buah labu. Konon-konon corak dan seni. Okeh memandang cuaca rini sgt panas, skrg nak pegi sejukkan badan dgn mandiiiiii..... 





Diceduk dari : Kak Nor

BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
2 biji telur
2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati kesedapannya.







Order Order

Salam.

First time daku buat oreo chilled cheesecake tu sempat la bawak beberapa slice ke opis. Saja nak abeskan sebab daku tak le abeskan sempena Qistina lactose intolerant. Ada la akak senior mintak daku buatkan utk dia. Mula2 ingatkan main2 rupanya serius dia nak. Oke la aku buatkan... huhuhu takot la plak nak buat utk org ni. Huhuhu... alhamdulillah walaupun comot sedikit, order pertama daku berjaya juga dibuat.

Terima kasih ya kerana order. Hehe...


Ada sedikit comot. Biasa la first timer.



17 May 2012

Kasih Ibu Lacey Buchanan

Salam semua...

Sejak beberapa minggu lepas satu video ni mula2 daku nampak kat FB. Orang dok pakat2 share. Time tu lak tengok dari hp jek. Tu pon dah nak meleleh air mata. Kalo kawan2 mau tengok sila siap2 kan tisu ya. Memang menyentuh perasaan sungguh. Video mengenai anaknya dan bagaimana dia sebagai ibu menyayangi anaknya walau pun mempunyai kelainan yg sangat istimewa.





Moga anaknya mempunyai kehidupan yg bahagia di masa hadapan.