CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

03 October 2013

Happy Birthday Anakanda Qistina

As Salam.

Semalam genap umur 3 tahun anakanda ibu. Hari ini baru sempat nak update. Semalam awal-awal pagi lupo nak snap gambo princess sorang tu. Malam dah balik baru bole snap. Itu pon byk benor sesi air mata tumpah dan drama sebabak. Manja hamat.

Selamat hari lahir yang ke-3 anakanda ibu, Nik Nawwar Qistina. Alhamdulillah membesar dgn sihat dan cerdas. Moga anak ibu membesar menjadi juara dunia dan akhirat. Amin. :) Harapan ibu dan ayah agar Qistina dapat menjadi seseorang yg berguna dan solehah dimasa hadapan. Apa pon cita-cita Qistina, ibu dan ayah pasti akan memberi sokongan untuk mu asalkan tidak melanggar syariat Islam. 

Disebabkan keadaan ibu yang dah sgt sarat ni, tak dapat nak buat kek utk anakanda seperti tahun lepas. Sambutan pon ala kadar sahaja. Sekadar kek utk diraikan bersama dgn kawan-kawan di rumah babysitter. Mujur ada lebih, bole la ibu dan ayah makan dgn anakanda. Hhuhuhu.... tang hadiah lak tahun ni ibu dan ayah awal-awal lagi dah belikan. Satu khemah mainan dan block warna princess utk bermain. Nanti bila ibu dah cergas balik boleh la ibu belikan princess dress utk anakanda yer. Hehe... 

Disebabkan sambutan buat kat umah babysitter dan ibu dgn ayah langsung tak join, takde la gambo-gambo sambutan tu. Qistina pon berpeluh sakan masa ibu amik gambar. Dlm kul 9mlm baru la nak mandi yer. Haaaa ada satu permintaan Qistina yg ibu tunaikan malam tu. Qistina nak susu ibu so ibu pon kasi la. Siap bole pilih nak belah mane lagi tu. Hehe..... lepas ni mmg dah jarang dah ibu nak kasi ye. Qistina pon dah nak jadi kakak dah. Sudah besar pon. Pecah rekod ibu nyusu sampai umur 2 tahun lebih. Qistina lagi advance sampai 3 tahun genap. Ekeke...

Akibatnya mlm tu ibu mengalami contraction sepanjang malam. Ingatkan kalo tak berkurang pagi tadi memang nak kene pegi hospital dah. Mujur makin kurang. Sekarang pon ada lagi cuma BH aje la. Mane la tau adik Qistina nak keluar dekat dgn tarikh kakaknya. :)

Gambar atas umur baru beberapa minit.
Kiri, umur setahun dan kanan 2 tahun

Haaa... makan byk. Gambar dia genap 3 tahun :)

Dah payah benar nak pandang kamera



2 comments:

Hannyy said...

seronok dia makan kek tu..cun dah qist nik..nak jadi kakak dah..=)

Sima said...

Hani... Seronok sgt mkn kek sampaikan tak nak kongsi. Hehe... :)