CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

19 September 2010

Sambutan Hari Raya

Salam.

Hari ni hari raya ke - 11. Hehe... aku da berkampung di kampung halamanku. Menunggu waktu utk deliver. N3 kali ni nak cerita berkenaan raya pertama yg ku sambut bersama en. somi. Hehe... wokeyy.. terus terang ku cakap aku tak larat sgt beraya dgn 2 kampung perlu dibahagi sama adil. Huhuhu....

Perut sarat da cukup bulan org tua2 cakap. Mcm ne la nak sakan sgt. Raya pertama dirumah mertua. Biasa2 sahaja. Takde istimewa ke hapa ke..hehe.. Memandangkan mertua saya hanya ada anak sorg saje so sambutan ala kadar je. Takde masakan sempena raya pon. Hanya ada ketupat pulut dan tapai utk anak kesayangan dia. Aku ni mmg tak le nak mkn tu sume. Pulut or tapai mmg ku tak makan sbbkan pregnant ni. Pagi raya aku tak pegi solat raya k. Tak larat la nak solat beramai2 tu dgn aku yg tak le solat mcm biasa da.

Lepas tu mkn2 kat umah mak sedara aka adik kpd mertuaku. Nasi sume kat situ. Aku da kebulur daaa.. Nak mkn nasi tapi sume sibuk dok suruh aku mkn mende lain. Huk huk huk... aku lak mmg la malu nak demand ok. Umah org.. umah mertua takpe lagi. Lepas mkn2 pegi ke kubur. Baca surah yassin utk arwah pak sedara2 dan nenek kpd en. somi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin. Da selesai sesi tu terus balik umah. Kroh kroh kroh........ sampai ke ptg then pegi ke umah mak aku lak.

Kebetulan lak mak aku dah ada kat umah mak sedara kat bunut payong. So direct la kami ke sana. Sampai je aku terus makan dgn banyaknyaaa... Hahaha... tak sedar diri tu. Mkn byk2.. Hehe... aku sampai, akak 2nd pon sampai gak. Tahun ni giliran raya pertama kat umah mertua. Sama dgn akak aku yg 2nd. Hehe... so sampai da ptg, adik beradik aku dan sepupu sepapat yg lain sume da beraya sakan pg2 lagi. Ptg tu mereka da letih pecahkan umah. Lepas mkn2 sume pegi melawat kubur arwah nenek aku dan pak sedara aku lak. Lepas tu beraya kat umah mak sedara sorg lagi. Dokat jo... jalan kaki sampai da.. Mkn lagi. Tak hengat dunia. Aku ni tak perasan agaknya perut aku da terlampau sarat da. Dgn baby lagi dan segala makanan aku telan. Hehehe....



Da ptg hampir mlm balik la ke rumah mak aku. Rehat2.. makan2 ( lagi ) sambil bakar satay. Huhu...aku sempat mkn sikit je satay. Secucuk je. En. somi da nak balik umah dia da. Da la sepi je umah dia nak balik awal2 lak. Huhuhu.... sampai dalam kul 10 gitu. Mertua ku ada kat umah adik dia. Sambil tgk cite. Hmmm... Esok pg2 ada majlis kat umah mak sedara yg ke berapa ntah tak ingat. Merewang la MIL aku ni. So sambil2 tu kitorg yg dok goyang ni pegi beraya umah kakak ipar ku. Lain mak je. Hehe..still consider kakak ipar. First time aku jumpa. Lepas borak2 beraya pegi balik ke umah kenduri tu. Then balik umah. Berehat...kroh2 lagi. Lepas zohor pegi jumpa abg2 ipar la plak. Beraya dgn diorg. Sampai ke magrib. Baru balik umah. Lepas tu aku bersiap2 nak balik umah mak aku le. Patut ptg ok. Ni mlm da.. huh.. tak puah ati aku. Tak pe. Ada lori ada bas.. :p

Sampai umah mak aku terus la aku landing. Seharian dok atas kereta je. Sakit badan ni. Huhuhu... Esoknya majlis pertunangan sepupu aku. Tema biru gitu. Hehe... Mlm tu en. somi ku jatuh gering la plak. Selsema makin menjadi2. Suara pon da lain. Pg2 je rasa badan da panas. So pg tu pegi ke klinik dulu le. Nasib ada yg da bukak. Cian dia... kat majlis tu asek tdo je. Dapat la mc 2 ari utk ari berkerja. Yeay!!! dpt bermesra2 2 hari lagi. Hehehe.... Da dpt mc apa lagi terus ke majlis. Alhamdulillah..majlis berjalan dgn lancar. Aku dgn tak hengatnya mkn dgn lahap skali. En. somi pas mkn terus mkn ubat dan tdo. Cian dia.. raya2 ni demam lak. Kije aku kat majlis tu tukang tgk aje la... Org lain lak risau tgk aku sarat bawak perut. Makanan pon org tlg amikkan. Hehe..mcm princess pon ada. Tapi aku mmg susah nak bgn kalo da duduk. Berat wooo... da 3kg anggaran bb ni.

Bakal pengantin kene berdiri bagi laluan kpd pengantin baru harum lagi.

Kesimpulannya aku dpt la apa yg dihajati iaitu raya = makan dgn sakannya before bersalin. Hehehe... Sampai skrg ni still lagi dok menunggu bb kesayangan ni bila nak kuar. Hari2 pujuk. En. somi da balik KL ari raya ke-5. Weekend ni tak balik tgk aku. Cian dia penat lagi. Raya kali ni mmg sgt penat la bg aku. Penat bawak perut ke hulu ke hilir beraya. Hahaha... Apa pon, aku bahagia dpt beraya dgn en. somi. Hik hik... ( gewdikss )



1 comment:

Maarif Ibrahim said...

Fuyyo...panjangnya cite.Nasib baik saya suka membaca.

Tu la...cian kat saya, demam la pulak. Nasib baik dapat mc, boleh la bermesra kat kg lagi...hehe