CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

03 September 2010

Mengandung Minggu ke-36

Salam.

Lama betul tak bersiaran. Sepanjang ramadhan ni byk sungguh dugaan. Huhu.. lebih2 lagi bab mengandung ni. Takat ni puasa aku da berlobang 2 hari. Harap2 ramadhan yg tinggal lagi 6 hari puasa ni dapat la aku penuhi. Start pertengahan ramadhan perut aku da meragam. Berangin je. Asyik muntah2. Mkn mmg sgt sedikit. Tiada selera langsung. Minum air je byk.




Hari ni genap usia kandungan aku 9 bulan. Hehehe... da tak lama lagi baby ku akan keluar jumpe ibu dan ayah. Gumbira rasa. Tak sabar pon ada. Tapiiii harapan aku biarlah baby kuar lepas raya. Nak beraya sakan gak ni. ;) Sejak 2 minggu ni aku asyik kene Braxton Hicks ( BH ). BH ni dikatakan contraction palsu utk persediaan bersalin. Teruk jugak aku kene. Setiap hari okeyyy... seksa menahan sakit ni. Mcm nak patah tulang pinggang aku ni. Duduk tak kene, baring tak kene, berdiri pon tak kene. Huhu... Baru tau seksanya ibu kita mengandungkan kita dulu. Ampun mami. Nasib la aku ni jatuh bawah kategori anak TAK DERHAKA.




Minggu lepas mami dan sepupu ku dtg fly jauhhh dari kelate semate2 nak sopping raya. Jumaat lepas kawasan Selangor cuti sempena Nuzul Al-Quran. So time cuti2 ni amik kesempatan la nak sopping. Baju aku da tak yah sopping da. Pakai mane yg da beli last ritu kat JJ Bukit Raja. So aku just sopping utk en. Somi aje la. T-shirt dan seluar slack selai. Cukup la. Tak perlu beraya sakan. Tahun ni budget byk ke arah baby dan ibu baby berpantang je. Hehehe.. Sepupu aku dtg hari khamis mlm. Mami lak jumaat ptg. Balik ahad mlm.

Yg tak tahan pegi sogo pada jumaat. Semua maklum sogo tu lautan manusia berkumpul utk sopping. Aku ni amik mana berkenan then bayar terus. Dah duduk diam2. Tunggu spupu aku n bakal somi dia memilih je. Aku dok setempat berehat. Senang kan. Tapi duduk diam2 pon dok tgk2 gak ragam org sopping. Dasattttttt... menakotkan pon ada. Ramainya ya Allah. Ptg tu balik umah akak aku sambil tunggu mami lak sampai dari kelate. Da sampai berbuka siap, terus la ke KL balik pergi ke Jln TAR. Huhu... ingat mlm2 buta pegi takde la crowded mane. Tapi sampai je, ya Allah. Dasat tul org sopping utk raya ni. Mcm semut dok hurung gula. Ramai gak even da kul 12 time tu. Aku jalan2 je la..ikut mami sopping. Mengikut je aku ni tak padan dgn buyung. Abes tawaf hampir kul 2 da. Mula2 nak balik, tapi akak sulung aku ajak p minum lak. Kat kg baru. Pegi la kami pon. Da sampai tu terus order makanan skali. Terus la utk sahur. Balik sampai umah da kul 5pg. Aku teguk air masak je dah...masuk tdo. Penat!!!!




Hari sabtu tu. Aku bgn kul 11 pg. En. somi bgn kul 3 ptg okeyy!! Kalah ibu mengandung penat dia. Bukan dukung aku pon. Hehe.. Berehat dulu kat umah pastu kemas umah then buat kije umah mane2 yg patut. Kul 6 bertolak ke umah akak 2nd aku utk bukak puasa. Mami and the gang satu hari pegi PAS dan PKNS. Cari baju raya lagi. Aku mmg tak ikut la. Mlm tu lepas buka pon diorg pegi lagi. Aku stay je kat umah. Tak larat dah. Esoknya tak tahan pegi lagi sogo. Aku ikut sama. Pegi je..sopping tu takde la. Aku sopping bahan2 basah je. Hahaha.. jgn tak tau rege sogo pon murah2 tau. Terkezut den. Mlm tu kul 9mlm, mami dan spupu aku balik kelate. So kene berbuka kat lcct la gamaknya. Akak 2nd aku masak kitorg mkn kat masjid berdekatan dgn lcct. Sedap lak rasa ikan sardin je pon. Hehehe.. so dgn keberangkatan mereka balik maka sesi sopping pon abes la. Hehe.. minggu ni minggu utk berehat. Yeah!!



Gambar terkini dgn perut 9 bulan. Hehehe....

Semangat nak raya berkobar2 ni. Minggu depan da raya!! Hehe.. tapi semlm buat weekly check up. Jumpa doktor pakar. Bole lak doktor tu ckp "Nampak gaya awak ni tak lama lagi ni. Harap2 sempat la ye balik. " Huhu... saya mau beraya!!! Sume org ckp tgk gaya perut ku ini da tak lama lagi nak bersalin. Sob sob.. nak raya dulu. Baby..kuar lepas raya ye. Hehe...




1 comment:

Maarif Ibrahim said...

Tima kasih sebab beli sluar ngan baju raya tuk saya. Saya pun tak sabar nak jumpa baby...:P