CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

15 July 2014

Ramadhan 2014 dan berpuasa di hospital

Salam Ramadhan.

Hari ini hari ke - 16 berpuasa. Alhamdulillah kita bertemu lagi ramadhan moga-moga ada rezeki utk bertemu ramadhan tahun hadapan. InsyaAllah..amin. 

Last entri daku ada mention nak kene cari kije kan. Alhamdulillah 15 April 2014 start kerja di tempat baru. Skrg masih dlm probation tapiiiii hahaha ada tapi tu lagi. Dalam 3 bulan ni dah bape hari dah cuti. Anak-anak asik tak sihat. Tak berjangkit kat tadika Qistina, jangkit kat umah babysitter. Berputar gitu la. Lepas last entri tu dah 2 kali warded termasuk kali ni. Total warded utk tahun ni je dah 3 kali. Bulan 1, bulan 5 (lepas start kije!) dan hari Ahad lepas (bulan 7). 

Allahuakhbar hati ibu mane la tak sayu tgk anak-anak sakit je. Dalam hati ni mmg takde rasa nak kerja dah. Moga-moga dilembutkan hati emak lihat la cucu perlukan perhatian si ibu. Terasa I'm a very bad mom! Couldn't take care own child and end up they always get sick. Sobbsss sobb... 

Belajar ilmu tinggi-tinggi pon bukan la wajib bekerja pon. Boleh apply ilmu-ilmu dipelajari itu kepada anak-anak. Sungguh kesian kat anak-anak. Hospital mcm rumah ke-2. Drugs dah byk masuk dlm badan. Hmmmm.... guna natural remedy mmg tak jalan bila dah start sakit. Kalau sebelum sakit tu Alhamdulillah ada la juga menjadi. Contoh daku beri black seed honey utk Qistina. Memang jarang jatuh sakit. Tapi itu la masalah pulak dgn en. suami. Dah tgk depan mata anak OK dgn madu tu boleh pula nak tukar ke madu lain. Madu asli dari kampung lah bagai. Nak tunggu amik madu kampung tu satu hal la pula. Bukannya tiap2 minggu balik kampung. Berbulan baru balik. Dah takde stok madu mula la Qistina start sakit. Ya Allah.. berikanlah kesabaran. Lain daku minta lain pula dibelinya. (Urut dada minta kesabaran tinggi).

Kali ini si adik pula yg start sakit dulu. Mula-mula tu daku dan en suami dah bergilir sejak minggu lepas duk amik cuti dan jaga si kecik ni. Hari Khamis pegi check, alhamdulillah kahak takde dlm paru-paru. Dia pon nampak makin ok takde selsema sgt dan batuk. Jumaat hantar la si kecik ke umah bs dan kami bekerja. Amik je haaaaaa makin teruk. Esoknya makin tak sihat dan dah dgr wheezing terus! Ohhh.. Ahad pagi terus ke hospital dan sah kene warded utk neb tiap 4jam. Daku dah bergenang air mata. Tahan sgt tak mo jatuh air mata niiiii. Kakak Qistina lak dah ada kahak dalam paru-paru tapi masih sikit dan bole continue ubat je tak perlu warded. Tapi dah nama si adik kene tahan kan, mmg semua berkampung kat hospital la. Dan dan terus pegi beli black seed honey tu sementara menunggu kemasukan ke ward. Start hari ni kakak pula dah demam panas. Walaupun nampak aktif, panas tau suhu dia. 39C! Ubat demam takde. Lap-lap je la badan kakak. Kebetulan lak demam dah petang doktor dah balik umah. Nak ke emergency nak kene register bagai. Adoilaaaaaaa daku dgn si adik kecik meragam dan cirit je nak kene register menunggu utk amik ubat semata je. Memang tak dapat nak buat la. Tunggu en. suami balik kije bawakan ubat aje la. Alhamdulillah mlm ni nampaknya demam dah surut. Moga kakak dan adik cepat sembuh ya. Amin..amin..ya Rabb.

 Kalo jumpa daku dan nampak cam tulang temulang berjalan tu tok sah tanya kenapa ye. Dalam bulan Ramadhan ni makin tak berselera la mikirkan kesihatan anak-anak. Doakan anak-anak daku diberikan kesembuhan dan kesihatan yg baik. Serta doakan agar emak daku dilembutkan hati utk daku berenti kije and give full attention to my own daughters. Ya Allah perkenankanlah doa-doa ku. Amin.



26 March 2014

One hectic month! Phewww...

As Salam.

Lama benar blog ni bersawang. Ampunnnn mmg sgt tak sempat. Bermula dengan tahun baru anak sulung masuk tadika tapiiiii part paling mencabar bila ada ibubapa yg amik mudah pasal kesihatan anak-anak. Dihantar juga anak yg sakit. Sungguh kasihan anak yg sakit dipaksa hantar ke sekolah. Bila deme sendiri sakit pandai lak nak MC bagai. Tahu sakit tak larat pegi kije. Anak-anak pon gitu la. Mesti la diorg pon tak larat. Nak kene berehat. Dah pulak berjangkit kat budak-budak lain termasuk la anak ai. Hangen tak hangen. Sampai warded berminggu. Dah satu family jatuh sakit. Dugaan sungguh. Bila anak-anak duk sakit den fikir-fikir.. berenti je la kije jaga anak fokus belajar. 

Alhamdulillah berenti la den.. kiki... Qistina lak lepas warded 2 minggu masuk sekolah balik tak sampai 2 minggu kene pulak chicken pox. Mak aihhhh...memang superrrr vangang la makpak budak tu..Yang pegi anta jugak tu jumpa dgn aku memang kene tampo kokedai la.. Dah jangkit pula dekat si kecik. Alahai kesian tgk anak-anak sakit tak berenti. Ini baru beransur pulih dua beradik tu. Alhamdulillah.. tapiiiii bulan ni jugak ai start semester baru. Start je penuh assignment kene buat. Huhu... sem lepas agak menurun la den punya pointer. Ye la... byk kot kelas aku tuang. hehe....

Yang paling best aku kene cari kije balik.... -_-'' bermula la pencarian kije lak.. Keputusan cari kije balik bukan sebab en suami aku tapi sebab omak den. Ohh ibu....restu la ai mau jaga anak-anak je. Huhu... disebabkan itu aku juga ada setup bizz kecil-kecilan.. ya... ai mula jual kain-kain japanese cotton yg comel-comel. Kain-kain ni bukan dari vietnam ye. Ini japanese cotton kainnya lagi lembut dan sejuk dari vietnam cotton / english cotton ni. Corak pon sgt menarik dan ada juga corak-corak yg sesuai dibuat sebagai crafter. Bole jenguk page ai di Nawwar Bizz

Moga-moga selepas ini kehidupan kami dipermudahkan dan rezeki dimurahkan. Amin.

Ketika warded bulan akhir bulan January di DEMC


Yang ni kakak kene chicken pox sgt byk.

Kakak dah sembuh adik pula kene.
Antara stok yg ada
Corak bunga

Mari pilih sebelum tailor tutup tempahan :)




27 November 2013

Pengalaman Bersalin Mardhiyyah

Salam.

Payah nak update blog la ni. Kesnya ai is mak dua anak yang berpantang sendiri la ni. Sekarang semua tengah tdo amik kesempatan berehat sambil update blog. Sekarang ni dah masuk hari ke 37 aku berpantang dan umur Mardhiyyah. Nak le coret kisah bersalin hat ni pulak. Kesahnya start masa MC dari kerja lagi. Waktu tu dah 38minggu. 2-3 hari lepas start cuti kesnya den amat tak larat dah nak jalan dan pegi balik kerja. So minta la MC dari doc panel. Dapat la seminggu cuti utk minggu ke 38 tu. Dok berehat2 kat rumah time tu la start contraction. Nak kata on off tak jugak. Contraction memang utk bersalin cumanya boleh ditahan dan takde tanda2 bersalin hat lain. 

Waktu itu beberapa hari sebelum raya haji. Daku blom balik ke kampung lagi! hat tu paling best. Contraction time tu dah dalam sejam sekali. Kadang2 layan gak contraction kadang2 ignore je. Tak rasa sakit sgt pon lagi kan. Pastu dok fikir2 sempat ke idak nak balik kampung neh. Huhu... pujuk2 baby minta keluar lepas adik lelaki kahwin. Dia kahwin hari khamis raya haji ke-3. Dan kebetulan lak en somi ni minta delay utk balik kg. Byk barang tak prepare. Biasa la suka last minit ngemas kan. Akhirnya den juga yg kemaskan barang2 balik kampung. Kalo tunggu dia Isnin tu kot baru nak kemas. Hari Ahad pagi bertolak balik kampung. Time ni contraction dah 30minit sekali. Tapi bila tido, contraction tu rasa mcm hilang terus. Pastu bila aktif, ada balik sambung semula aktiviti contraction. Huhu..... Alhamdulillah walaupun dalam hati cemas gak risau terbersalin dlm kereta. Akhirnya selamat sampai kampung. 

Contraction tetap ada sampai la raya haji. Dalam kitaran 30minit lagi. Masih blom terasa sakit yg amat lagi. So makan la apa yg ada. Nanti payah dah nak mkn kene pantang 40hari. Hari adik kawen pon masih gitu lagi dan tanda2 bersalin makin terserlah. Perut asek memulas je. Cirit birit sampai 3 hari start raya haji hingga la nak bersalin yg benar mmg cirit birit. Berat pon makin turun. Masa hari Khamis adik kawen tu mlm tu ada leaking sikitttt air ketuban. Tetiba je keluar air takde bau takde warna. Cerita la kat nurse hari tu pon ada checkup 39 minggu kat kkia. Bole la dia wat dono je. Tulis je tapi takde further action. Hmmm.. den ingatkan ok la takde mende la sebab bukan continuous leaking.  Hari Sabtu malam ada hati nak pegi anta adik lelaki bongsu, aiman balik ke asrama. Singgah makan megi ketam kat Berih, Bachok. Dah abes makan terus sakit amat tak le nak jalan dah. Huhu....adik hat baru kawen tu continue p anta aiman ke asrama. Den balik umah terus dan tido. Tak larat sungguh.

Esoknya pagi2 tu nampak cam ada darah bercampur lendir. Bila tanya emak den dia kata bukan lagi ni. Den pon ooooo ok la gitu bukan show la. Tapi sakit contraction dah makin kuat. Ku tunggu lagi sampai ke petang. En somi walaupun ada di situ tapi jauh. Dekat tapi jauh.. bz tengok orang pasang aircond. Sgt penting kot dari bini dia yg tengah sakit amat nak bersalin ni. Dalam pukul 6 lebih pas mak balik dari kerja baru la ku pergi spital. Sakit tak tertahan dah. Pegi daftar wad bersalin tunggu turn nak check segala mak neka. Dan dan nampak semua doktor yg ada tu adalah LELAKI... uwaaaa.... den tak rela even en somi redhaaaaa. Ku request kat doc lelaki tu ckp check jalan saya nak doc perempuan bole? Alhamdulillah ada juga doc perempuan bertugas cuma dia super busy la. Kene tunggu lama baru bole check. Ku rela tunggu..akhirnya doc perempuan dtg check bukaan. Baru 1cm okeh. Den rasa dah nak meneran dah. Amat sakit. Pastu tunggu turn nak scan lagik dan juga buat CTG check jantung baby. Time ni aku dah tak tahan sgt dah. Jam pon dah tunjuk kul 12 mlm. Dah masuk hari lain dah. Satu hari dok menahan heavy contraction. Huhuhu... Tiba2 aku rasa sakit yg amat sgt tahap aku dah berzikir Allahuakhbar. Doktor lak dah tgk bacaan cantek, dan aku request nak ubat tahan sakit bole pulak dia nak tgk lagi. Huiiii tak tgk ke den ni dah tahap sakit guling2. Kaki dah menendang2 tak menahan. Lagi hebat dari time Qistina dulu. Doktor pakar dtg tgk marah2 kat doktor2 lain sebab biarkan den gitu. Sakit den dah tahap nak bersalin dah katanya. Bila check bukaan baru 2cm. Ku dah menangis dah..sakit kat ari2 di rahim. Doktor pakar check tempat jahitan czer lama pon sakit jugak. Last2 doktor sepakat minta aku terima utk czer kali ke-2. 


Time ni lama gak ku fikir2. Kalo czer kompom la anak sikit je kan. Pasni kompom tak le normal dah. huhu.... doctor taknak amik risiko rahim pecah dan tempat jahitan lama czer terbukak. Lagi pon bila diorg tekan2 tempat czer lama tu kurasa sakit. Huhu... memang bila contraction dtg ku rasa sakit amat kat situ. So nak elakkan risiko diorg tak mo tangguh2 tunggu utk normal. Plus den dah sakit contraction 5 minit sekali lebih 12 jam. Ikut kira doktor pakar suruh tahan sakit paling lama pon 8 jam je. Akhirnya jam 1.05pagi 21 Oktober 2013 tepat Mardhiyyah dilahirkan. Time Mardhiyyah, bius separuh badan je. Lepas tu ku dapat rasa godekan dlm perut tapi tak sakit. Ngeri gak mikir kene bedah dlm keadaan sedar. Mula2 request nak full bius tapi doktor takmo kasi. Nak kasi half je walhal den dah tak le nak dok diam dah. Sakit bila baring lagi sakit. Alhamdulillah dipermudahkan urusan czer ku. Bila aku sign ke kertas setuju czer, terus bilik OT dah prepare dan panggil aku utk czer. Tak perlu tunggu turn. Bila nak bius Allahuakhbar..contraction terus makin hilang biarpon blom bius lagi. Dan paling best time nak keluarkan Mardhiyyah, sepatutnya ada seorang doktor tolak dari atas perut dekat dada aku dan seorang tarik keluarkan baby. Tetapi Mardhiyyah menolak diri sendiri utk keluar tanpa perlu ditolak oleh doktor. Sangat mudah perjalanan mengeluarkan Mardhiyyah. Cuma bila jahit balik ada complication berlaku. Daku bleeding di tempat luka lama. Lapisan ke berapa tak tau la. Hilang darah sebanyak 60ml. Alhamdulillah daku selamat dijahit dua kali. Jahitan pertama dibuka semula utk cari tempat bleeding dan dijahit semula. Sebab tu czer kali ni lagi lama berbanding Qistina dulu. Dulu dlm masa 30minit dah siap. Hat ni lebih 2 jam aku dlm bilik OT.

Sempat la aku kucup mardhiyyah..hehe.. pastu dia diletakkan dlm warming babycot. Aku nampak dia dari kejauhan terkelip2 memandang sekeliling. Waktu tu gumbira hati ibu ni..Keluar je dari OT, terus nurse ambilkan mardhiyyah letak didada kejap pastu pegang dia utk disusukan. Hehe... dapat gak susu direct dari ibu walaupun bukan dlm sejam pertama. Yang penting susu ibu minuman pertama Mardhiyyah dpt. Kemudian aku diletakkan dlm labour room utk monitoring selama 6 jam akibat complication tu. Mardhiyyah lak dapat diazankan oleh ayahnya lepas aku dah masuk labour room utk monitoring. Huhu... Selepas 10jam dalam jam 12 tengahari baru la den dimasukkan dalam wad. Petang tu plak den demam yo. Terbaek lah... terus kene mandi kat katil tu jugak. Suhu 39C terkejut abes doktor. Esoknya baru turun suhu tu. Demam maybe sebab bengkak kat tempat iv. Kat tangan daku kiri kanan ada jarum. Dua2 bengkak dan menyakitkan. Daku plak pening yg amat maybe sebab kehilangan darah yg sedikit itu atau pun kurang gula. Dah tak makan langsung lebih 24jam memang ketar badan dan pening la. Selepas tu daku bertapa dalam wad tu jaga diri dan Mardhiyyah selama 4 hari. 

Sekian cerita bersalin kali ini yg penuh pancaroba. Kita hanya merancang Allah S.W.T juga yg tahu apa yg terbaik utk kita. :)


14 November 2013

Welcome Miss Mardhiyyah to the family

AsSalam.

Alhamdulillah selamat melahirkan anak ke-dua pada 21 Oktober 2013 jam 1.05 pagi. Syukur ibu dan anak selamat. Bersalin secara czer. Berat baby 3.1kg, panjang 52cm dan ukur lilit kepala 32cm. 

Baby diberi nama Nik Nawwar Mardhiyyah binti Maarif. Nama ni kami dah pilih awal2 lagi masa pregnant. Takde la lama benar berfikir nama apa nak kasi lepas bersalin. Pengalaman bersalin kali ini akan ditulis pada next entry. Panjanggggg kesahnya. :)

Layan gambar baby baruuuu...