CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Hari raya. Show all posts
Showing posts with label Hari raya. Show all posts

09 October 2013

Start Cuti dan Menunggu Masa

Salam.

Esok bermula la daku MC hingga 18hb. Sekarang ni mak buyung nak jalan pon dah tak berapa nak mampu sgt. Kene rehat 4 jam dulu baru bole jalan beberapa meter. Huhu.... mulanya plan nak start MC next week tapi bila dah berjalan pon dah sgt tak larat apa lagi nak buat kerja (walhal takdak kerja pon). Nak pergi ke tempat kerja pon rasa tak larat. Hari ini paling terasa so decide pegi klinik nak mintak MC ler. So doktor kasi start esok sampai 18hb. Even due 24hb, minta HR tolak maternity leave atau kalo dpt MC lagi den kasi ler. Tapi rasanya better tolak maternity leave aje la. Tak kosa nak p klinik semata nak mintak MC lagi. Which is hanya 3-4 hari bekerja ja lagi. 

Weekend ni dah nak balik kelate dah. Harapnya dipermudahkan perjalanan dan selamat sampai ke kampung. Minggu depan dah Raya Haji dan takde pon buat korban utk tahun ni. Adik plak nak bernikah hari raya ke-3. Adik lelaki, umur dah 27tahun gedix benor nak kawen. Kasi aje la... majlis reception akan diadakan pada tahun depan. Kenapa tahun depan? Haaa pengantin tau nak kawen je kan tak reti nak cari persediaan dan bergantung kat mak je. Jadik la gitu... omak den kerja lagi dan bulan ni mmg sgt pack utk beliau. Naseb la labu... ;P takpa. Da gedix sgt buat dulu hat wajib. Hehe...

Sekarang ni daku rasa cam dah ada regular contraction tapi rasanya still lambat lagi. Ikutkan pengalaman hat first, mmg sgt lambat nak buka jalan even kene induce. So minggu depan sempat lagi kot. Hahaa.. Harap sgt tak overdue.. seriau benarnya mikirkan sakit induce tu. Sakit dia lagi sharp. La ni sibuk dok cari apa yg patut kene buat utk cepatkan bersalin. Hehe... tapi akan practice bila kat kampung la. Baju bajan tak packing pon lagi. Bila kira-kira balik, den ada kat kampung 3 minggu je pastu balik sini semula. Seminggu ja pantang kat kampung. Uhuhuhu.... to be exact dlm 10 hari je pantang kat kampung. Lagi 50 hari pantang sendiri...tak bestnyaaaaaaaaaaaaaaa... :(



12 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Salam.

Raya ke-5 baru update blog untuk hari raya. Hari ini dah start kerja tapi MC sebab cirit birit yg kene sebelum raya lagi. Apa pon selamat hari raya maaf zahir dan batin utk family dan rakan taulan. Mesti raya korang semua meriah kan? Ai raya tahun ni kepenatan yg amat. Biasa la bila berbadan dua ni. Balik kampung pon dah berbelas jam dalam kereta. Nak balik dgn flight kesian kat en somi lak. Drive balik sorang-sorang lak nanti.

Balik raya ni dapat la merasa beberapa makanan masakan kelantan yg best-best. Hehe... cuma still kontrol carbo tu. Kat sana kan kebanyakan makanan manis-manis. Memang bole cuit sesikit aje la. Kang melambong naik tinggi gula ai. Ekeke... Tahun ni giliran raya kat umah mak. Banyak tempah dari buat sendiri. Yang buat byk lauk pauk je. Gulai ayam, gulai kuning ikan tongkol dan kuah satay. Tu memang menu wajib kat umah tiap-tiap tahun. Umah MIL mcm biasa mmg takde masak apa-apa. MIL dari dulu mmg takde buat apa-apa. Kami laki bini biasa bawa balik biskut dan kerepek raya aje mcm biasa.

Raya pertama, lepas solat sunat raya pergi ziarah kubur arwah Che. Dah 3 tahun tak jejak kaki kes bergegas kene ulang alik. Raya kali ni dpt pergi. Alhamdulillah... lepas tu p beraya umah mak-mak sedara yg memang sgt dekat dgn kubur arwah Che. Dah selesai beraya baru la p beraya umah MIL. Rancangan asal umah MIL raya ke-2 tapi mengenangkan permintaannya nak gak kami dtg, kami pegi juga. Plan raya ke-3 dah nak balik KL.Since raya pertama dah separuh hari kat MIL dan raya ke-2 pon disitu, kami postpone la plan nak balik KL ke ari ahad, raya ke-4. Raya ke-3 tu beraya dgn mak ai ler. Cian kat dia. Sob sob....

Sekarang bersiaran di KL di hari raya ke-5. Gambo raya tak berapa nak ada. :(



23 November 2012

Hari Raya Qurban

Salam.

Entry basi lagik. Kali ni nak tunjuk gambo-gambo raya Qurban. Raya tahun ni alhamdulillah dapat buat Qurban kali ke-3. Ya baru 3 bahagian langsai. Ada lagi 4 bahagian. In shaa Allah moga dapat la langsai hingga genap 7 bahagian. Lebih pon tak pe. :)

Balik raya haji ni kejap je. Cuti hari Khamis before raya. Itu pon dah makan 12 jam perjalanan. Sepanjang jalan nak pulang ke kampung ada beberapa kejadian kemalangan berlaku. Sempat gak terserempak dgn kemalangan maut. Baru je berlaku lak tu. Huhu... Al-fatihah utk mangsa. Kita kene beringat tak salah kita salah org lain cuai dalam memandu. Tapi bila ajal sudah tiba, kita akan dijemput juga.

Okeh selamat sampai ke kampung kami ada byk urusan nak diselesaikan. Lewat petang baru dapat berehat. Esok pagi-pagi dah nak kene kerjakan lembu. Kat Kelantan, binatang Qurban selepas di sembelih biasanya kami sendiri turun padang potong-potong dan lapah utk dibahagikan. Fenat jugak ler... tapi sangat seronok. Bila lagi nak merasa melapah lembu. Ada bahagian diberi utk dimasak dan dihidangkan utk yg sama-sama melapah lembu tadi. Sebahagian dibahagikan kepada org-org kampung. Dan amik sedikit utk dibawa balik KL.

Hari Sabtu dah bertolak pulang. Tapi kami singgah ke Kratong, Pahang utk hantar MIL ke rumah kakak dia kat sana. Ada majlis utk cucu sedara dia menikah. So MIL pegi awal utk menolong mana yg boleh. Hari Ahad baru balik KL. Dari perjalanan 4 jam jadik ke 8 jam. Itu pon jammed sebab kemalangan gak. Kami guna jalan jarang org guna utk balik. Guna jalan Jelebu-Klawang-Kajang. Jalan tu sunyi dan tak terurus bila masuk sempadan Selangor. Huhu... nasib ada dalam 10 kete pada masa tu dok guna laluan tu. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah.





04 September 2012

Selamat Hari Raya

Salam.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Hehe.... walaupun dah lepas kemuncak beraya, tapi still nak ucapkan. Kita masih dibulan syawal lagi. Mood raya still ON.

Tiap2 minggu lepas raya wajib ada jemputan ke rumah terbuka. Hehe mmg kenyang yang amatssss. Diet pon hancusssss dah ler time balik raya semua pakat tegur makin chubby. Huhu.... eh eh patut posa makin kurus kan??? Asal terbalik lak. Huhu... tak pa selagi Syawal masih ada ku makan takat yg mampu dan berpada. Hujung minggu ni penuh dah jemputan. 

Gambar family tersayang di hari raya pertama



08 November 2011

Selamat hari raya aidiladha

Salam.

Harap masih blom terlambat kan. Hehe.. Biasa al bizi sket skrg ini. 

Selamat hari raya aidiladha utk kawan2 dan umat islam yg menyambutnya. Alhamdulillah dpt buat korban 1 lagi bahagian utk tahun ni. Syukur sgt. Semoga ibadah kita diterima olehNya. Amin. :)

Raya kali ni balik kampung jugak opkosss.. Hehe... tahun ni family korban seekor lembu. Mmg anak beranak aje. Tak sempat lah nak kongsi dgn org lain. Hehe... Aktiviti melapah tu semua kat kamera akak. Bila sempat insyaAllah akan update. Adanya gambo si kecik tersengih otw ke umah mak sedara.



Latest picture of Qistina

20 September 2011

Open House Rakan RH

Salam.

Sabtu lepas daku p terjah open house rakan2 RH. Hanya sempat pegi 2 biji umah pada ari ahad sbb ari jumaat dan sabtu daku pegi umah pak sedara kat melaka ada open house gak.

Memula pagi2 lagi siap2 nak pegi ke umah pija kat seremban. Lepak2 pastu konvoi ramai2 sekali dgn pija p terjah umah kak as aka pengasas RH. Pija hidangkan kami nasi ayam marrrbelesss. Sbb kan syiok lagi dok borak, niat nak mkn lagi tu daku simpan dulu. Hehe...dasar mkn byk kan... Lepak dekat 2 jam, tunggu shila tapi katanya stuck dlm jammed PLUS highway. So kami pon berangkat la ke rumah kak As. Gather kat sana lak.

6 biji kete dari umah Pija serbu umah kak As. Haru biru satu umah. Hihi.. Gembira dpt jumpa member2 RH. Mula2 sampai tu ada shila dan 2-3 org je. Kami sampai mk2 kejap makin lama makin ramai lak. Mmg bingit satu umah. Hehe.... syiok oooo... borak, mkn2 (roti jala berpagar marbelessss + nugget best banget) sampai moncit perutku pastu snap sana sini. Qistina dok galak borak dgn member2 sebaya (mcm la paham..haha). Take 5 jap, Qistina dok menyusu pastu en somi da ajak balik. Memandangkan jam dah kul 5ptg, daku pon setuju la nak balik. Itu pon atas permintaan kak As, bergambar beramai2. Nak gather mak2 budak ni cukup susah! Hehe...sebok dok borak + bersilat dgn anak2 kan.

Moh kita layan gambar. Oh ya, kat umah kak aris 2 minggu lepas tak nyempat amik gambo. Huhu..


Ahli club anak Ogos 2010
Gambar ramai2
Qistina sebok dok capai kepala org!


Tuan umah pertama Pija
Shila dan Myra bam bam
Zaid anak kak sue
Izn dan Icha comel
Kat umah Pija
Ibu dan Qistina yg galak

18 September 2011

Minggu Open House

Salam.

Ya minggu ni mesti kita sgt busy attend umah terbuka!! Tak pon mesti ramai gak yg buat rumah terbuka kan. Hehe... Cerita pasal open house ni, terlampau la byk jemputan utk open house. Siap ada yg berkahwin pon ada. Ya time cenggini la kita amik peluang wat majlis kan. Org pon bole dtg time coti2 ni. :)

Start Jumaat smlm pegi umah pak sedara kat Melaka. Satu hari sampai ke mlm open house dia. Daku tlg2 mane2 yg mampu la. Lagi pon dgn Qistina yg suka ngendeng kat ibu dia ja sempat la dok kipas lamb chop kejap. Hehe... yg lain2 tu, daku dah sampai semua da siap. Akak daku pon turut serta join. Meriah tu mmg meriah tapi penat pon sama naik. Hampir kul 12 mlm baru la siap majlisnya. Kami pon turut la berehat. Muahaha...walhal daku da berehat lagi awal sbb tdo kan si Qistina. Ibunya pon turut sama zzzzzzz... :)

Hari Sabtu pagi tu baru bertolak balik ke KL. Takde la jammed pon kat highway nun. Alhamdulillah. Tapi ada nampak beberapa eksiden la. Yg paling teruk bas persiaran. Abes kemekkk. Uhuhu..ngeri lak tgk. Masukkan ke lebuh raya perseketuan, ya Allah jammed teruk!!. Lalu try cari laluan tikus.. Hehe... dpt la keluar ke jalan klang lama. ;)

Sesampai kat rumah terus flat. Zzzzz... ingat bole la nak pegi open house mane2. Tak juga. Last2  bgn2 je da magrib. Mmg takde open house da..close house suda. Hehe... Nnt nak continue jejak open house ari ahad pula. Miahaha... rancangan ke rumah rakan2 alam maya. :)







10 September 2011

Harap blom basi lagi.

Salam.

Semua dah update pasal raya, daku baru terkedek2 nak upload gambo. Hehe... raya kali ni raya pertama utk Qistina. So preparation utk Qistina adalah yg utama. Ibu no 2 ayah no 3. :p

Wokeh maleh nak cerita panjang lebar mane. Raya kali turn kat umah daku ( tapi mostly still kat belah sana :( tak suka hokey). Malam raya aku la org paling sibuk tlg mami aka nenda tersayang Qistina kat dapur. Hari terakhir puasa, pagi2 lagi daku dah rebus nasi himpit cap Nyonya. Beli instant punya senang. Tgh hari sket daku buat puding roti dan sos kastard. Sepatutnya ptg tu aku nak buat gulai ayam utk nasi dagang dan roti jala tapi ayamnya stuck kat kuala krai daaaa... Tayar pancittttt.. so kene la tunggu. Stok ayam proses yg ada tu kasi kat customer lain dulu. Oh ya, adik ku meniaga ayam proses segar. So mmg kitorg amik ayam dari dia ja. Dah le dia je yg buka sampai ke mlm sempena raya. Mmg mantopsss meniaga time tu.

Dah sampai ayam, time tu daku sibuk dok buat roti jala sambil berlari2 p nyusukan Qistina yg dok kerap terjaga. Ayam sampai kul 11mlm gitu kalo xsilap. Mami dok potong2 ayam, akak 2nd dok prepare bahan utk gulai kuning dan ayam. Then daku basuh2 ayam, mami daku sambung tebar roti jala. Sampai ke pagi mami dok wat gulai. Mujur yg lain2 tu dah prepare awal2 so mami just buat je la. Takde la fenat sgt. Daku lak tertdo time p menyusu Qistina hampir kul 3 pagi. Fenat gak okay..

Pepagi raya tu dah agak lewat le bgn tapi sempat le solat subuh pastu dok berebut nak iron baju. Haha last2 daku continue gosok semua baju yg tak gosok lagi utk semua org! En somi dah siap pegi solat raya daku tak mandi2 lagi. Prepare hidang makanan la hape2 la. Biasa la akak 2nd dah tunggu masa je nak bersalin. Bergerak pon susah. Aiii aje la yg dok tlg mami ai. Akak 1st dok beraya belah en somi dia. Dah siap2 berbaju raya terus nak kasi duit raya! Tak nyempat2 la en somi nih. Daku pon continue mehlantak sbb da lapoooo. Daku baru je nak beraya bersama2 keluarga sebabkan keluarga daku mmg jenis pepagi bzzzz utk preparation lagi biasa tgh hari baru la bole nak beraya. Petang baru berjalan2. Ini kebiasaan kat umah daku le. Tapi tepat kul 12 en somi ajak balik kg dia da. Moncong la daku.. yela baru nak beraya. Uhuk2222...

Well daku bertolak ke umah MIL pon dlm kul 2 lelebih. Jarak patut sejam je jadik la hampir 2 jam. Biasa la petang2 org2 keluar utk beraya. Mmg jammed ler. Sampai2 kat umah MIL beraya la dgn dia. Pastu takde dah. Lagi pon mmg tradisi belah en somi mmg takde wat nasi ke gulai2 ka. Tarak ok. So dok melangut daku tak tau nak wat apa dah. Mlm tu tdo sana then raya ke-2 pon dok sana gak. :(

Qistina riang ria mcm biasa. Dari raya pertama. Walaupun muka dan badan berbintat kene serangan terik cuaca dan alergik dgn habuk. Uhuk2 cian Qistina. Tapi mami daku kasi bedak merah tu. Alhamdulillah ok la. Raya ke-2 ptg tu dah nampak surut dah bintat2 di muka dan badan. Raya ke-2 pegi ke umah sepupu sepapat belah hubby dgn adik beradik yg sebapa. Kami dihidangkan dgn ketupat palas semata. Woahhhh daku kebulur!! Haha...tak pernah lagi beraya rasa kebulur. Uhuhuhu... destinasi terakhir aje baru la dpt mkn nasi. Itu pon MIL ku da request kat tuan rumah. Haha.. mujur la tuan umah tu sepupu hubby je. Rapat la jugak. Bole la alas perut. Kenyang suda....

Raya ke-3 baru la balik semula ke kg daku. Haaa... apa lagi harus la mami den ajak p beraya kat umah member2 dia. Pegi 2 buah umah je tapi sehari suntuk masa. Harusla jammed tak hengat k. Byknya masa kat atas jln je. Uhuhu...nanges lagi. Mlm tu mak sedara daku wat bbq. Makan sampai senak sabo je la. Hehe.. dah lewat baru balik umah. Raya ke-4 pon dah ptg baru la berjalan2. Sebab da ngantuk seharian sebelum tu dok berjalan je. Kali ni open house nasib dekat dan tak jammed. Makanan pon merbeles. Hehe... Esoknya dah nak balik. Sedih ai.. Moh kita layan gambo lak. :D :D


Raya pertama

Ciuman raya dari Qistina

Ibu dan Qistina

Sepupu yg dtg pagi2 raya

Antara yg beraya

Dah dok kasi duit raya
Kat umah mak sedara hubby

Qistina muka tompok2.

Mari belajar wat ketupat palas


Raya ke-dua


Cantik tapi panassss sgt

Kat umah mak sedara hubby

Qistina masam tak tahan panas


Raya ke-ketiga


OTW g ke umah pertama

Member mami pertama. Bosar umahnya

OTW ke umah ke-2 kat rantau panjang. sgt jammed

Dah pon sampai.

BBQ kat umah mak sedara

Antara yg mehlantak






Apa pon tetap seronok beraya. Qistina la yg paling suka sbb byk duit raya!!