Salam.
Yeahhh.. rini genap 6 bulan umor Qistina. Harini juga genap la 6 bulan exclusive breastfeed daku. heheh... dpt genggam diploma dlm penyusuan susu ibu. Target may PHD. hehe.. harap2 tercapai la impian. :)
Perkembangan setakat nih :
1. Boleh meniarap tanpa halangan.. ( meniarap dgn bersungguh2 pada 3bulan )
2. Boleh terbalik semula dgn hati2.
3. Boleh memanggil ibu dgn panggilan mamamammmmamammmaaaa.... ( ini 5 bulan da pandai gak soooo cute )
4. Boleh capai barang yg dikehendaki. Walaupun jauh diusahakan sampai berjaya. ( ini 5 bulan da pandai )
5. Pandai mengangkat tgn nak suruh dukung. ( lebih2 lagi ibunya ni )
6. Da nampak putih2 gigi kat gusi tuh.. ( tang ni sgt gerun )
7. Pandai kejutkan ibunya dari tdo. ( sebab nak nenen )
8. Suka tgk tv dgn khusyukkkkk
9. Berat maybe 8kg ( oh 7.6kg time 5 bulan ritu )
10. Pandai palingkan muka tak suka dicium2 ( pandai merajuk time 4 bulan lagi )
11. Pandai mencari org.
12. Pandai melihat kpd org yg memanggil.
Wokeh.. takat nih yg super duper pandai. Bab nak gigit B time nenen tu blom ada tanda2 lagi. Tapi pernah dia ketap bibir sambil dok tarik. Huhu... lagi suka dia melihat sekeliling sambil mulut tu dok nyonyot. Ingat B ibu ni apa?? Flexible cam getah ke?
Ibu dan ayah dah discuss. Qistina bole menyusu as long as Qistina nak. Ibu akan pam selagi mampu dan akan stop pam dimlm2 hari bila Qistina da 2tahun 1/2. InsyaAllah semoga Allah permudahkan perjalanan penyusuan kita ni ye Qistina. Harapan ibu agar dpt memberi yg terbaikkkkkk utkmu. :)
Ini lah gambo2 terbaru dia :::::::
 |
Qistina baru sihat. Dok kat majlis kawen. |
 |
Gumbira ceria... |
 |
Aksi daring time Qistina tdo. Hehe |
 |
Bersiap nak pegi umah BS |
 |
Dah suka meniarap je la ni |
 |
dan juga bergolek golek |