Salam.
Ilmu ini saya amik dari
Momma Mia Blog. Mari kita sama2 menimba ilmu penyusuan susu ibu. Harap dpt menyampaikan juga kpd mommies yg baru belajar seperti saya ini.
Disebabkan oleh bekerja, mmg kene gali segali-galinya ilmu penyusuan ni utk menjayakan penyusuan susu ibu sampai la Qistina umo 2 tahun (InsyaAllah). Susu ibu boleh diperah dan jika disimpan dgn kaedah betul, susu perahan itu boleh bertahan lama kerana mempunyai sel2 hidup dan anti-bakteria.
Mari kita ketahui istilah-istilah penting susu ibu yg diperah.
ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG
DIPERAH
- EBM
= Expressed Breast Milk
- Fresh
EBM = Susu yg baru diperah
- Chilled
EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan
beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey <-- ramai betul tanya pasal 2 lapisan ni. Tak...tak basi tau..
- Frozen
EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
Pehtu dah tahu pasal istilah ni mesti la nak tau pasal container utk letak EBM2 ni kan.
BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI
- bekas plastik atau
botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
- bekas kaca atau
bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
- breast
milk storage liners yang memang dikhususkan untuk
menyimpan perahan susu ibu
- Bekas dadih - Ianya
boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan
dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat
bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU.
Sana banyak
info diberikan.
Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas
ditandakan dengan label.
- Tarikh Perahan
(Guna susu yang terdahulu)
- Waktu perahan (Guna
susu yang terdahulu)
- Kuantiti susu yang
diperah
- Nama Bayi (untuk
mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/
pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam
kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz
sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
Da tau pasal bekas meh amik tau pasal tmpt menyimpan lak. Musti la kene tau rules and regulation pasal nak simpan susu ni kan.
TEMPAT PENYIMPANAN
SUHU BILIK?
- Jika bilik tidak
ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
- Jika bilik ber-AC
(15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan
spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.
FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu)
- bahagian beku - 2 minggu
- bahagian sejuk ( tak beku la ) - 48 jam
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-7 hari <-- biasa buat sampai 3 ari.Lebih dari waktu tu terus naik atas
(selepas dibekukan) - 24 jam <-- yg sudah cair. Asal dari tmpt beku.
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1
darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun. (dok kat kutub utara paling best tak yah guna freezer)
BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga
12-24 jam
PERINGATAN:
- susu yang dah
dicairkan tidak boleh dibekukan semula
- susu yang
dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
Wokey.. moh jenguk tips2 dan cara penyimpanan kat opis ke rumah.
TIP DAN CARA PENYIMPANAN
Di Pejabat
- Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti
sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan
antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan
masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi
antibodi)
- Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang
diletakkan bersama pek ais
Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan
sedikit sahaja dibahagian beku.
- Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan
kepada bayi untuk bekalan hari esok.
- Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk
dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya: Katakan anak
anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4
botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu
perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol
lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang
bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk
dicairkan untuk kegunaan esok hari.
Okeh. Ini kata2 hikmah dari penaja. hehe...
JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!
- Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk
kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan
menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian
paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil. <-- da tak cukup tmpt tu cuit2 la en somi suh beli deep freezer. Hehe..
- Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya,
tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila
susu dibekukan.
Rujukan :
http://sereniety.blogspot.com/2009/08/penyimpanan-asi-ebm.html
http://www.momschoice.com.my/blog/
http://mom2muzz.blogspot.com
Okay.. selamat sudah ilmu utk kali ni. Next ( copy dari blog momma Mia jugak.. byk ilmu dia perturunkan wooo ) cara2 mencairkan dan memanaskan susu ibu. Mau tepek gambo EBM yg tak seberapa. Ye la..saya ibu yg tidak dikurniakan susu melimpah ruah tapi masih lagi boleh menyusukan Qistina bok bok. Alhamdulillah :)
Yg bawah tu botol BPA Free. Yg atas tu guna liners. Alhamdulillah.. :)
Oleh sebab Qistina minum 3oz sekali hadap (kadang2 6oz time kebulur le). Maka setiap botol tu letak 3oz je. Kalo dlm liners tu letak 6oz sbb biasa akan kasi 2 botol EBM beku yg dicairkan ke babysitter. Harap2 bole conquer freezer ni. Hekeke... :P